Thirty one

1.1K 140 5
                                    

would you protect me or her?
.
"Argh..." Rose tersedar dari 'tidur'nya. Dirasakan mimpinya begitu menakutkan. Tubuhnya diseksa teruk. Badannya dilibas cemeti , kepalanya dihantuk ke dinding , tangannya ditoreh pisau.

Tubuhnya berasa sakit. Kesakitan sama yang dialami dalam tidur tadi. Dia cuba bangun tetapi badannya terasa begitu sakit. Lengannya pedih , kepalanya berasa pening dan cecair hangat mula mengalir di pipi.

Rambutnya ditarik kasar. "Wah , pengantin baru dah bangun ya?" Orang itu berbisik perlahan. Kepala Rose dihentak ke lantai semula. Gaun putih yang dipakai Rose dipenuhi darah dan koyak rabak. Rambut gadis itu kusut. Luka memenuhi badannya. Orang itu tersenyum puas. Dia gembira melihat keadaan Rose yang menyedihkan.

Kepalanya ditoleh ke arah Jimin yang diikat pada kerusi. Dia masih belum sedarkan diri. Jisoo berjalan ke arah Jimin dan menampar lembut pipi tembam itu. Lelaki itu tersedar.

"Ap-apa semua ni?" Jimin masih separa sedar. Pandangannya kabur kabur. "Tak nampak ke? Tu , isteri kau dah nak mampus!" Jisoo mencengkam kuat rambut Jimin.

"ROSE!!!!" Tumpah air matanya melihat keadaan Rose. Gadis itu terbaring lemah. Dadanya hampir saja berhenti turun naik. Nafasnya perlahan.

"Kalau kau nak tahu , macam tu la keadaan aku bila Rose seksa aku dulu. Macam tu!!!" Kepala Jimin ditonyoh kuat. "Kau takde rasa kesian ke bila bayangkan keadaan aku macam tu?" Sambungnya lagi. Jimin diam. Dia langsung tidak mahu bersuara.

"Perempuan sial macam ni tak patut kahwin dengan kau" Jisoo memaksa Rose bangun dan dia mengheretnya kepada Jimin yang diikat di kerusi.

Tangannya Rose memegang pemegang kerusi. Cuba untuk stabilkan dirinya. Tenaganya hilang. Semangat untuk hidup semakin menipis.

"Ma-maafkan aku Jimin" Bibirnya menarik senyuman kelat. "Hey , sial. Kau tak sedar ke yang kau dah nak mati? Dah nak pergi neraka?" Rambut Rose ditarik kuat. Rose menjerit kesakitan.

"Maafkan aku Jisoo. Aku bersalah" Sedikit demi sedikit air mata keluar dari tubir matanya. Nyawanya sekadar nyawa nyawa ikan.

Jimin tiba-tiba diam membisu. Kelihatan dia sedang memikirkan sesuatu. Dia teringat pisau kecil yang disimpan dalam butang lengan. Begitu kecil , pisau yang dia simpan sebagai langkah keselamatan.

"Kalau kau nak bunuh Rose , bunuhlah. Tapi , jangan bunuh depan aku" Putus Jimin. Kepalanya tertunduk ke bawah.

Rose tergamam. Sanggup dia cakap macam tu? Tawa Jisoo kedengaran dan tubuhnya ditarik.

fixation "parkjimin"Where stories live. Discover now