Thirty five

1.1K 139 8
                                    

and im gonna be your light and you will never afraid of dark anymore
.
Rose terpinga-pinga. Dirinya seakan-akan baru tersedar dari mimpi yang panjang. Dia membuka matanya. Dia menyangka bahawa kegelapan aku menyapanya lagi. Tetapi kali ini , satu cahaya menyapanya. Keadaan mulanya agak silau. Tetapi setelah beberapa saat , pandangannya elok.

Matanya meliar ke seluruh wad. Putih. Sebuah kerusi diletakkan di sisi katil dan sebuah sofa di sudut wad. Rose bangun dan duduk di birai katil.

Pintu yang terbuka menarik perhatiannya. Seorang lelaki masuk ke dalam wad dan tangannya memegang sejambak bunga peony. Bunga kegemarannya. Lelaki itu langsung tidak menyedarinya. Pandangannya diarah pada lantai.

Setelah sampai di sisi katil , lelaki itu meletakkan bunga di atas meja. Dan barulah pandangan naik. Mata Jimin membuntang melihat Rose yang duduk di birai katil sambil terpinga-pinga melihatnya.

"Rose?" Terkelip-kelip mata Jimin melihat Rose.

"Siapa kau?" Jari Rose dihala ke muka Jimin. Dia menekan-nekan pipi Jimin yang gemuk itu.

"Aku , Park Jimin. Suami kau"

"Park Jimin? Suami?" Rose membuat gaya berfikir. Dia cuba mengingati semula perkara yang terjadi sebelum dia 'tidur'.

"Kyahhhhh... Kau.. Kau banyak berubah Jimin" Rose menangis tiba-tiba. Tangannya menarik bahu Jimin dan dipeluk erat. Bahu lelaki itu basah akibat air mata Rose.

"Mata tu berfungsi dengan elok" Bisik Jimin seorang diri.

"Kenapa kau makin gemuk ni? Hah? Pipi ni , makin chubby la. Kau makan apa ha?" Pipi Jimin ditarik-tarik. Tangisnya masih bersisa-sisa.

"Tak kesahla. Yang pasti kau dah boleh melihat dan kau dah sedar" Jimin tersenyum dan mengusap kepala Rose. Dia menarik dahi Rose dan dicium lama.

"Kyahh , Park Jimin cheesy laa. Stop it" Rose menolak dada Jimin untuk meleraikan ciuman Jimin. Dia tertawa kecil.

"Kau tunggu kejap , aku nak panggil doktor and , kalau boleh. Kita balik hari ni. Aku rindu kau sangat-sangat tau" Jimin mengusap kepala Rose lagi sebelum menghilang di sebalik pintu wad.

Rose tersenyum sendiri. Dia memegang dadanya. Tak mungkin dia dapat lupakan lelaki itu. Lelaki itulah penyebab dia menjadi psiko. Dan kerana takdir jugalah dia dapat bersama lelaki itu.

"Aku harap takdir ni akan berulang , takdir yang sungguh indah. Walau sesusah mana pun dugaan itu , takdir akan tetap menyatukan mereka. Cinta , memang indah kan?" Rose berkata-kata sendiri.

Senyumannya semakin lebar melihat Jimin kembali semula bersama dua orang lelaki di sisinya. Seorang memakai kot putih dan seorang lagi hanya berpakaian kasual dengan tshirt polo dan jeans hitam.

Tetapi , mukanya. Seperti familiar.

--------

Sebenarnya chap ni dah siap 10.30 tadi tapi masa nak publish , tetiba hilang and aku terpaksa karang semula. yeayyyy wattpad , aku nak clash dengan kau

fixation "parkjimin"Where stories live. Discover now