and i want to be happy too
.
"Kau pergilah tegur dia ke apa , kesian aku tengok" Seorang perempuan dalam lingkungan 30-an menyiku perut kawannya supaya menegur gadis yang sedang duduk di sudut sel."Hish , aku jela yang kena berbaik dengan budak baru en?" Balas perempuan yang dalam lingkungan akhir 20-an itu. Dia bangun dari bersila dan perlahan-lahan menghampiri gadis itu.
"Kau okay? Kau nampak murung je. Rileks la , aku Yoonie" Yoonie duduk di hadapan gadis itu. Gadis itu mengangkat kepalanya dan memandang Yoonie. Bibirnya mengukir senyuman kelat.
"Weh! Dia senyumlah!" Yoonie memandang rakannya , Junyeon.
"Dah ar kau! Macam beruk tak cukup susu. Hai , aku Junyeon" Junyeon turut duduk di hadapan gadis itu. Dia tersenyum manis.
"Hai... aku Jisoo" Jisoo tersenyum lagi. Lebih pahit.
"Ouhhh , kau.... nampak baik. Kenapa.... ermmmmmmm... tahu tahu je la" Yoonie agak takut untuk bertanya.
"Penculikan" Balas Jisoo sepatah. Sebenarnya dia langsung tiada mood untuk bercakap mahupun senyum. Dia cuma ingin bersendirian.
"Okay... aku tak nak tahu lebih lanjut. Cuma , jangan malu-malu. Kitorang baik san-- aduh!"
"Baiklah sangat , dah. Urut kaki aku. Tiba-tiba rasa lenguh pulak"
---------------
"Kau dah bahagia sekarang"
"Ya , dan aku harap kau pun dapat bahagia bila dah keluar nanti" Rose tersenyum sambil mengusap lembut perutnya yang besar.
Jisoo memandang perut Rose dan kemudiannya sepasang kembar yang sedang berkejaran di depan pintu. Jimin pula hanya senyap sejak tadi. Matanya hanya memerhatinya dan Rose , sesekali dia memarahi kembar itu kerana bergaduh.
"Jisoo , aku minta maaf. Semua ni salah aku , kalau aku tak buat semua tu kau takkan ada kat sini. Sebaliknya aku"
Pandangan Rose nampak sayu. Sesekali dia menggigit bibir. Kelopak matanya kelihatan berair , hampir saja empangan air matanya pecah. Jisoo menggeleng. "Bukan salah sesiapa , ni takdir kita" Tangan Jisoo naik ke kedua-dua belah bahu Rose lantas diusap lembut.
Rose menggigit bibir , kali ini lebih lama. "Janji aku , lepas kau keluar aku orang pertama yang kau jumpa" Rose menghulur jari kelingkingnya. Mulutnya muncung seperti itik. Comel.
Walaupun Rose sudah bergelar ibu , dia masih lagi Rose yang baru tersedar dari koma , Rose yang sudah melupakan kesakitannya. Ya , itu yang terbaik.
"Ya , aku akan cari kau" Jisoo menghulur jarinya dan tautkan dengan jari Rose. Bibir Rose terukir senyuman kepuasan.
"Roseanne , jom balik ya? Nanti ada appointment dengan doktor" Bisik Jimin sambil tangannya diletakkan di atas bahu Rose. "Alaa , tapi saya rindu Jisoo...." Rose buat puppy eyes sambil memuncungkan mulutnya.
"Stop with that killin' ass face. Jomlah , minggu depan kita datang lagi kay?" Jimin memujuk lebih lembut.
"Okayhhhh , tapi awak kena belanja saya alat make up dekat etude house okay?" Rose mengedip-ngedipkan matanya. Jimin buat roll eyes sambil mengangguk setuju. Hanguslah duit gaji dia bulan ni.
"Kami pergi dulu ea? Minggu depan datang lagi , jangan risau kay" Rose mula mengemas barang-barangnya dan bangun dari kerusi. Rose terlebih dahulu berjalan pergi dan meninggalkan Jimin di belakang. Jimin menggeleng perlahan. Dia segera mendapatkan kembar itu dan memimpin mereka keluar.
Jimin sempat berkata kepada Jisoo. "Pastikan kau bahagia" Disertakan dengan senyuman kecil.
"Ya , aku pasti" Jisoo tersenyum. Dia menghantar pandangan pasangan itu sehingga hilang di sebalik pintu.
"Aku akan bahagia"
End?
YOU ARE READING
fixation "parkjimin"
Fanfiction:-was 'blind' Obsesi , bahaya dan memuaskan. Psiko , bahaya dan menjijikkan. Dendam , bahaya dan menyakitkan. Karma , mungkinkah wujud? Buta , gelap tanpa cahaya. Cinta , indah dan membahagiakan. Dan , aku juga ingin bahagia