Thirty four

1.1K 139 0
                                    

if i couldn't give you happiness , let me be your happiness
.
Ketukan pintu wad mengejutkan Jimin dari tidur ayamnya. Dia memisat mata dan perlahan-lahan bangun dari kerusi. Badannya diregangkan sedikit kerana lenguh tidur di atas kerusi.

Jimin keluar dari wad dan ternampak kelibat Jungkook yang masih beruniform polis berdiri di sisi pintu wad.

"Kenapa? Kau nak rampas Rose dari aku lagi ke? Aku ni suami dia tahu tak?" Walaupun masih mamai tetapi dia masih lagi mampu bertekak. Jungkook diam. Wajahnya ketat , langsung tiada senyuman.

"Aku takde masa nak cakap kosong dengan kau. Aku nak bincang sesuatu" Jungkook mengajak Jimin ke kafeteria hospital. Apabila melihat wajah ketat Jungkook , Jimin turut memasang wajah ketat. Pasti perkara ni berkaitan dengan Rose.

(,,•́ . •̀,,)(,,•́ . •̀,,)

"Okay , aku setuju. Aku..harap kau bersabar" Riak wajah Jimin berubah suram selepas berbincang dengan Jungkook. Dia bangun dari kerusi dengan tergesa-gesa. Dia tidak sanggup menahan tangisnya.

"Maafkan aku Jimin. Aku cuma nak kau bahagia je" Jungkook tersenyum kecil. Dia tahu keputusan dia akan membuatkan rakan lamanya itu sedih.

"Kau tak perlu pun buat macam tu. Dan kau tak patut!" Jimin bergegas pergi. Dia tidak sanggup lagi. Semua yang dia sayang akan tinggalkan dia. Sekarang ni Jungkook? Demi kebahagiaan dia? Semua tu mengarut!

"ARGHHH!" Stereng kereta dia pukul kuat. Hatinya sakit. Air mata berjurai-jurai turun dari tubir mata. Dia sudah tidak kisah menangis lagi. Buat apa pendam semua perasaan ni?

"Kenapa??!!!!!" Jimin menjerit kuat. Dia sudah tidak kuat.

Kegelapan yang singgah dahulu , kembali terang. Tetapi kini , kegelapan yang lebih lama akan tinggal dalam hidupnya. Kegelapan yang memusnahkan kebahagiaan. Kegelapan yang akan kekal menjadi parut.

"Maafkan aku. Maafkan aku Jungkook. Rose , tolong jangan tinggalkan aku. Dan Jisoo , kau.. kau.. cinta pertama aku. Tapi kau juga pemusnah kebahagiaan aku. Kau pemusnah , Jisoo"

-----------

Sorry for the short chap , again. Aku dah ada ending happy-sad maybe? Ahahahaha kelakar la aku buat happy ending. Okay tak lawak cuma , aku nak terima kasih sangat sebab support ff ni. dah 1K++ views , uhuhu terharu

love love
-namyeon💕

fixation "parkjimin"Where stories live. Discover now