"Kenapa buat macam tu?" Suara Jimin kedengaran dingin di telinga Rose.
Jimin tahu yang Rose dah sedar tapi sengaja tidak mahu menjawab soalan maut Jimin.
"Jawablah Roseanne! Kenapa kau toreh tangan kau?! Dan macam mana kau boleh jumpa pisau?!" Tengking Jimin. Amarahnya meluap luap. Seingatnya , dia memang menyimpan alatan tajam di tempat yang tak mungkin Rose dapat jumpa.
"Saya.. saya tak tahu Jimin. Kepala saya sakit sangat tadi , saya cuba cari air tapi masa saya ambil gelas. Tiba-tiba gelas tu pecah dan saya dah tak ingat apa apa" Rose menangis. Laju air matanya mengalir ke pipi.
"KAU TAHU TAK KAU DAH BAHAYAKAN DIRI KAU?! MACAM MANA KALAU KAU MATI?!" Jimin menengking kuat. Alasan Rose langsung tak masuk akal.
Mana mungkin rumahnya dipecah masuk. Cctv di luar rumahnya menunjukkan langsung tiada orang yang memecah masuk. Tingkap? Apartmentnya di tingkat 6.
Cctv dalam rumah? Tak , Jimin memang tak pasang cctv di dalam rumahnya. Jimin mengeluh berat. Semua ni langsung tidak masuk akal. Keadaan rumahnya bersepah , pasu , kusyen , meja , semua bersepah. Bahkan sebahagian besar pinggan dan gelas pecah. Dan , tangan Rose. Rose buta , masakan dia boleh mencari pisau dan menoreh pergelangannya.
"Semua ni tak masuk akal Rose. Macam mana kau boleh buat sepah sampai macam tu sekali? Dan , macam mana kau boleh toreh tangan kau? Atau , selama ni kau berpura-pura buta?" Kata Jimin masih lagi dingin. Hilang semua suara lembutnya dan sifat ambil beratnya.
"Awak tak pernah percayakan saya ke?" Soalan maut.
"Bukan aku tak percaya Rose! Tapi macam mana semua tu jadi?! Macam mana?!!" Jimin menggoncang kuat bahu Rose.
"Jimin! Kalau awak jaga saya selama ni semata mata untuk sakitkan hati saya , permainkan saya. Saya boleh pergi. Saya boleh jaga diri saya. Saya tak perlukan orang macam awak!" Rose menepis kasar tangan Jimin.
"Kau dah berubah Rose" Suara Jimin mula mengendur. Kini dia sedar satu perkara , Rose mula berubah. Sifat lemah lembutnya sudah hilang. Kerusi yang disediakan di sebelah katil dihenyak kasar. Tangannya naik meraup rambut.
"Awak yang dah berubah Jimin. Awak dah jadi kasar. Awak layan saya macam sampah. Saya sedar , selama ni saya cuma menumpang. Awak tak patut jaga saya. Awak tak patut beri kasih sayang pada saya. Walaupun saya tak ingat siapa saya , tapi saya tahu yang awak orang paling teruk saya pernah jumpa!" Luahan Rose membuatkan Jimin tergamam. Mulutnya terkunci. Dia baru sedar , dia dah tengking , mengasari malah menuduh Rose.
"Maafkan aku Rose!" Jimin berlari keluar dari wad.
'Kenapa? Kenapa aku kena lalui semua ni? Konflik ni takkan berakhir. Sehingga , seorang terkorban. Sama ada Rose atau Jisoo , sama ada aku cintakan Rose atau Jisoo'
YOU ARE READING
fixation "parkjimin"
Fanfiction:-was 'blind' Obsesi , bahaya dan memuaskan. Psiko , bahaya dan menjijikkan. Dendam , bahaya dan menyakitkan. Karma , mungkinkah wujud? Buta , gelap tanpa cahaya. Cinta , indah dan membahagiakan. Dan , aku juga ingin bahagia