Twenty five

1.3K 156 29
                                    

Biarlah masa yang pulihkan kesakitan ni.

Dunia dia gelap. Kelam dan tiada apa-apa. Apa yang lebih menakutkan daripada kegelapan yang sunyi? Bunyi yang kedengaran di telinganya seakan-akan dunia kelam ini dunia yang penuh warna dan gembira. Tetapi hakikatnya?

Rose masih diam. Makanan yang dihidang di hadapannya masih tidak disentuh. Lelaki yang duduk bertentangan dengannya kelihatan risau.

"Rose , kenapa senyap je ni? Makanlah , aku tahu kau lapar" Kata lelaki itu. Tangan Rose dicapai dan digenggamnya.

"Jungkook , kenapa kau layan aku macam ni?" Tangannya ditarik. Dia tahu , dulu dia melayan Jungkook dengan teruk bahkan mempermainkan perasaannya. Dia tak layak dilayan sebegini baik.

"Kau tahu , setiap orang ada masa diorang jatuh dan naik. Aku rasa aku patut tolong orang yang tengah jatuh. Kau , kawan aku Rose. Kawan patut tolong kawan" Jungkook tersenyum nipis. Keadaan Rose membuatkan dia sakit. Dia buta , pakaian hospital dan keadaan yang kotor.

Jadi , dia mengambil risiko untuk membawa Rose pulang ke rumahnya. Tetapi gadis itu masih mendiamkan diri sejak tadi.

"Maafkan aku Jungkook" Tangisannya pecah. Bahunya terhincut-hincut kerana menangis.

"Shhh , Rose jangan menangis. Aku maafkan kau , sekarang kau makan. Lepas ni kau bersihkan diri dan rehat. Kau mesti letih kan?"

Rose mengangguk lemah. Dia mencapai sudu dan menyuap sup yang dihidang tadi. Lega hati Jungkook melihat Rose.

"Ji-jimin.." Kata Rose tiba-tiba. Air matanya tumpah lagi. Mulutnya tiba-tiba menyebut sebaris nama itu. Hatinya rindu. Jika dikira , hanya sehari dia bersama Jimin. Tetapi sehari itu sudah cukup memberinya satu kenangan indah dalam kegelapan dunianya.

Satu hari sudah cukup untuk jatuh cinta.
Satu hari sudah cukup untuk meninggalkan satu kenangan manis buatnya.
Tapi , satu hari tidak cukup untuk mencintai dia.

Dia ingin mencintai Jimin selamanya , hingga ke nafas terakhir dia. Ia mengambil masa sepanjang hayatnya untuk mencintai jejak itu. Cinta memang gila. Cinta memang buta. Dan cinta adalah perkara paling tidak masuk akal.

Jungkook cuma tersenyum kelat. 'Dia nampaknya betul-betul cintakan Jimin , lelaki keparat bodoh tu'.

"Sudah , aku bawak kau ke bilik" Dia memimpin Rose ke bilik tetamu.

"Kau patut tahu Rose , aku TAKKAN bawa kau jumpa Jimin , kau cintakan dia kan? Jadi kau patut mati mereput kat sini" Bisik Jungkook. Bibirnya menarik senyuman sinis.

------------------------

sejujurnya , ff ni takda plot yang dirancang. aku cuma tulis apa yang keluar dari otak aku. maaflah kalau plot dia berbelit and susah nak faham.

sad or happy ending?

fixation "parkjimin"Where stories live. Discover now