Twenty seven

1.2K 164 4
                                    

"Kau kena tolong aku Jungkook , please aku merayu" Untuk kali ke berapa entah Rose masih merayu perkara yang sama sejak beberapa hari ni. Jungkook pun sudah naik rimas tapi dia diamkan saja.

"Kyahhh Jungkook , dengar tak ni?" Rose menarik baju Jungkook pula. Kelakuan Rose seperti kanak-kanak. Jungkook yang tadi menayang muka hodohnya kini tersenyum melihat aksi comel Rose.

"Aku dengar , dah pergi masuk bilik. Tukar baju cepat , aku nak bawak kau keluar ni" Jungkook menolak Rose supaya bangun dan bersiap. Rose mencebik sesaat dan terus berjalan ke biliknya. Mujurlah dia sudah hafal keadaan rumah Jungkook. Memang seksa dulu sebab selalu je dia terlanggar akuarium Jungkook. Paling teruk dia kena gigit anjing Jungkook sebab pijak kaki dia.

Rose meraba-raba pakaian yang dibeli Jungkook beberapa hari lepas.  Kebanyakannya skirt dan dress , seluar sehelai dua je. Nampak girly sangat ke dia tu?

Akhirnya dia mencapai seluar jeans dan baju longgar labuh , entah labuh ke tidak. Setelah menyarung pakaian dia terus keluar dan berjalan semula ke meja makan.

"Aku dah siap , kau nak bawak aku pergi hospital eh? Bincang pasal pemindahan mata?" Soal Rose gembira. Bukan senang Jungkook nak bawak dia keluar , keluar ke halaman ada la.

"Ok jom" Jungkook mengendah soalan Rose dan terus menarik tangan Rose selepas mencapai kunci kereta.

Kereta mewah itu dipandu Jungkook laju. Rose yang sudah lama tidak menaiki kereta terketar-ketar berdoa minta diselamatkan. Jadi konklusinya , Jungkook dalam bercubaan untuk mati bersama cinta hatinya Rose.

"Kau bawak perlahan sikit boleh tak!" Jerit Rose. Tangannya menggigil memegang erat tali pinggang keledar. Jungkook hanya diam dan tersenyum senget.

Akhirnya kereta Jungkook berhenti di hadapan Namsan Tower. Jangkaannya hari ini hari pertama salji turun. Dia ingin jadikan hari ini hari bermakna buatnya.

Lelaki itu keluar dan membuka pintu untuk Rose. Dia menarik tangan Rose dan memimpin gadis itu untuk masuk ke dalam bangunan.

"Weh , Jungkook. Kau bawak aku pergi mana ni? Kenapa sejuk sangat ni?" Rose menggosok-gosok bahunya kerana terlalu sejuk. Sudahlah dia terlupa ambil windbreaker tadi , mahu tak beku kat sini.

"Tu la , sapa suruh tak bawak windbreaker duh. Kita ada kat Namsan Tower. Kau nak tahu , hari ni first snow tau" Jungkook dengan girangnya memberitahu Rose.

Rose mengeluh kecil. Satu cebisan memori menerjahnya.

Rose memandang Namsan Tower yang terkenal itu. Pada hari pertama salji , kebiasaannya pasangan kekasih akan datang ke sini. Dia mengeluh. Impiannya , dia ingin meluahkan perasaannya pada Jimin di bangunan ini pada hari pertama salji. Tapi nampaknya semua tu tidak akan berlaku.

Rose mengambil langkah untuk masuk ke dalam bangunan itu. Hajatnya ingin melihat pemandangan dari atas. Mujurlah keadaan masih lenggang , bermaknya dia antara terawal ke sini.

Apabila dia sampai ke atas bangunan , pemandangannya dijamu dengan beratus mungkin beribu mangga kecil. Cantik. Di tangannya tergenggam sebiji mangga berbentuk bulat berwarna hitam. Setiap kali dia ke sini , pasti dia membawa mangga kecil dan menguncinya disini. Dengan hajat , 'Aku pasti akan kembali ke sini bersama Park Jimin'

Rose mengeluarkan marker berwarna silver dan mula menulis hajat yang sama. Dia ke mana-mana tempat dan mengunci mangga itu.

"Rose , kenapa kau tercegat lagi tu? Cepatlah" Jungkook segera menarik tangan Rose apabila gadis itu masih tercegat di hadapan pintu bumbung.

"Aku buta , kenapa kau bawak aku ke sini. Aku takkan dapat tengok salji pertama mahupun pemandangan bandar Seoul"

fixation "parkjimin"Where stories live. Discover now