Three

2K 268 25
                                    

"Kenapa awak marah ni Jimin?" Jisoo menyoal pelik apabila melihat Jimin berjalan ke arahnya dengan marah. Seperti mahu retak lantai dihentaknya. Mukanya dingin seperti biasa tetapi dia masih boleh tersenyum walaupun nampak palsu.

"Takda apa , jom pergi rooftop" Jimin menarik tangan Jisoo. Kasar. Jisoo mengaduh kesakitan apabila tangannya ditarik kuat.

"Perlahanlah sikit Jimin! Sakitlah"
"Diam , jom je la"

***

Rose menggalas beg sandangnya. Lorong itu kelihatan sunyi hari ni. Mana semua orang? Biasanya ada je orang lalu lalang di sini. Kesunyian mula menjentik perasaannya. Sejuk tapi salji tak turun. Rose memeluk dirinya untuk hasilkan haba. Tetapi usahanya sia-sia.

"Kenapa sejuk sangat ni? Kan baru bulan 11 ni?" Gumamnya.

Tiba-tiba badannya terasa hangat. Rupa-rupanya ada seseorang yang menyarungkan windbreaker pada bahunya.

"Siapa tu?!" Dia terkejut. Ye la tiba-tiba je pakaikan windbreaker.

Dia nampak seseorang berlari masuk ke selekoh belah kanan. "Woi!" Seseorang menjerit.

"Argh!!!!" Rose menjerit ketakutan. Walaupun hari masih siang , tapi keadaan yang sunyi membuatkan dia berfikir macam-macam. Rose jatuh tersembam. Lututnya menyembah jalan tar.

"Eh , sorry Rose. Aku ingatkan Jimin tadi" Jisoo keluar dari kedai komik. Tangannya membimbit senaskah komik.

Rose menggenggam tangannya. Darah mengalir dari lututnya. Rose duduk bersimpuh. Air matanya mengalir laju.

"Sakitnya...." Gumamnya dalam tangisan.

"Rose , kau okay? Sorry , aku ingatkan kau Jimin sebab tadi masa beli komik Jimin pakai baju macam ni" Jisoo meninggung di hadapan Rose. Rose masih tunduk membelek luka di lututnya.

"Rose , kau okay tak ni? Jom aku bawak kau pergi klinik. Berdarah banyak ni" Jisoo cuba memapah Rose tetapi dia enggan.

"Shh , pergi. Pergi sebelum kau menyesal" Rose perlahan bangun dan berjalan terhincut-hincut pergi dari situ. Jisoo termangu-mangu kerana pelik melihat kelakuan Rose. "Pelik betul budak tu" Gumamnya.

"Manusia macam kau tak patut hidup Jisoo" Rose tersenyum sinis. Tangannya sudah menggenggam pisau lipat. Tetapi niatnya dibantutkan dahulu. Darah yang mengalir dari lututnya membantutkannya untuk berjalan laju.

Dia berhenti di taman permainan. Buaian dijadikan tempat duduknya. Tangannya sibuk mengeluarkan first aid kit dari beg. Rose mencuci lukanya dan meletakkan ubat.

"Kenapa ni Roseanne?" Tegur seseorang.

Rose berpaling ke belakang. Namjoon. Rose tersenyum sebelum kembali sibuk membalut lututnya.

"Saya tanya ni kan" Namjoon melutut di hadapan Rose , tangannya mengambil alih tugas Rose membalut lututnya. Namjoon tersenyum sambil memandang mata Rose.

"Saya jatuh tadi. Sorry menyusahkan awak Joon" Rose tersenyum. "Awak sepatutnya lebih berhati-hati. Tengok , kan luka" Bebel Namjoon. Wajahnya kelihatan serius.

"Saya okay la Joon , jangan risau sangat tau? Okaylah , saya pergi dulu" Rose tiba-tiba bangun dan mencium pipi Namjoon sekilas.

"Saya pergi dulu Joon , annyeong"

"Roseanne , saya suka awak" Namjoon mengusap tangannya sambil tersenyum angau.

----------------

Weyh , kenapa aku rasa cite ni pelik sangat eh? Ramai gila kot suka Rose. Dahlah Rose tu pelik. Wae?! Otak , kenapa kau buat aku begini?! +_+

fixation "parkjimin"Where stories live. Discover now