Thirty nine

1.2K 149 16
                                    

and i hope we'll be together , forever
.
Telefon yang berdering sejak 10 saat lalu akhirnya diangkat oleh Jungkook. Thud. Senyap.

"Aik , tadi call sangat ni senyap pulak?" Omel Jungkook geram. Hampir saja dia menamatkan panggilan , telinganya disapa jeritan perempuan.

"Arghhhh!!! Jungkook aku benci kau sampai kau kahwin ada anak cucu cicit cuit aku benci kau!!!!!"

Dia segera menjauhkan telefon dari telinga.

"Astaga , siapa pulak yang call aku terjerit-jerit ni. Dia nak aku pekak ke apa?" Dia mendekatkan semula telefon itu.

"Huwaaaaaaaaaaaa... Kenapa kau pindah tak beritahu aku. Kenapa????"

"Rose?"

"Tengok tu! Nombor aku pun tak kenal. Kau jahat! Aku benci kau"

Jungkook tersenyum gembira mendengar suara Rose. Nampaknya dia sudah sembuh sepenuhnya. Emotionally , physically. Hatinya lega. Sekarang , tiada apa yang perlu Jungkook risaukan lagi. Semua akan berjalan dengan baik. Tiada orang akan disakiti lagi.

"Maaf la , aku cuma nak cari ketenangan. Lagipun aku tak nak kacau kau dengan Jimin. Kau dah sihat?"

"Alah kau , soalan klise gila. Aku okay gila. Kau tu! Okay tak? Kononnya nak cari ketenangan" Senyuman masih tidak lekang dari bibir Jungkook.

"Hahahaha , memanglah aku nak cari ketenangan. Aku dah tak nak terhegeh-hegeh dekat bini orang lagi. Kang Jimin tu serang aku dengan pipi pau dia tu"

"Eh" Jungkook ternampak kelibat seseorang berdiri di luar balai polis. Nampaknya dia tiada payung dan keadaan yang hujan lebat memaksanya untuk berteduh di sini.

"Kau , nanti aku call semula. Aku ada hal kejap" Jungkook segera menamatkan panggilan dan berlari keluar dari pejabatnya.

Seorang perempuan sedang berteduh di bawah balai polis itu. Dia nampak kesejukan.

"Maaf cik , nak masuk dalam dulu? Mungkin saya boleh buatkan kopi?" Jungkook mendekati perempuan itu dan menghulurkan tangannya.

"What about hot chocolate?" Perempuan itu tersenyum. Dia mencapai huluran Jungkook.

"Lalisa"

"Oh Thai? By the way , saya Jungkook. Jeon Jungkook"

-------------------

"Ohmygut , saya dapat rasakan yang Jungkook jumpa seorang gadis dekat balai dan berkenalan! Ahahahaahahah aku dapat rasakannn" Rose bergolek ke kiri dan ke kanan sambil memeluk bantal golek.

Jimin hanya  menggeleng perlahan. Sebenarnya dia berasa lega kerana sikap Rose terus berubah setelah sedar koma. Dia tidak sanggup melihat sikap Rose yang sebelum ini , pelik , pelik dan pelik.

"Yahhh , Jimin!" Rose bangun dan duduk bersila. Pipinya dikembungkan sambil memandang Jimin.

"Awak nak apa sayang?"

"Hehe" Rose tersengih. Dia bangun dari katil dan berjalan ke arah Jimin yang sedang berdiri di ambang pintu.

Chupp!

Rose tersengih nakal. Tangannya merangkul leher Jimin. Pipi Jimin yang dicium Rose tadi tiba-tiba panas. Jimin tersenyum malu.

"Kyahhh , Jimin is soooo cute"

fixation "parkjimin"Where stories live. Discover now