Eighteen

1.2K 183 8
                                    

"Si--siapa kau?" Langkah Jimin terundur beberapa langkah. Terkejut. Jisoo bukan seperti ini. Dia , kelihatan lain.

"Siapa? Kau dah lupa siapa aku Jimin? Ha?" Jisoo mengambil langkah ke depan. Menghampiri Jimin yang kelihatan takut.

"Kau , ini bukan Jisok yang aku kenal. Jisoo yang aku cinta" Air muka Jimin berubah. Tegas. Penegasan untuknya , Jisoo dah berubah.

Jisoo menarik nafas dan melepaskannya. Dia menarik kerusi dan duduk. Air kopi yang dibuatnya tadi dihirup sedikit. Jimin juga duduk. Dia memandang Jisoo lama. Jisoo mendecit.

"Dulu , aku kena culik. Kena kurung. Kena seksa Jimin. AKU KENA SEKSA! Dan masa tu mana kau?! Mana kau?!" Jisoo menjerit sambil menghentak meja. Air yang dihidang tadi tumpah dan mengenainya. Panas.

"Kau tahu , sehari selepas kau hilang. Aku terima jantung. Nota tu tulis , ia jantung kau" Jimin tunduk. Rambutnya dielus kasar.

"Rose , ROSEANNE PARK BODOH TU YANG CULIK AKU JIMIN! DIA SEKSA AKU! DIA KURUNG DAN TINGGALKAN AKU! SAMPAILAH AKU DAPAT LEPASKAN DIRI!!" Jerit Jisoo. Air matanya berjuraian jatuh saat dia bangun dan menghentak meja. Jimin tergamam.

"Roseanne? Roseanne Park Chae Young? Ap--apa kau mengarut ni? Rose tinggal dengan aku , dah dua tahun. Dia  , dia buta Jisoo"

"Huh , mungkin selepas dia tinggalkan aku. Kau langgar dia kan? Jimin , dengar cakap aku. Rose psiko. Rose obses. Obses dengan kau" Jisoo memegang kedua belah bahu Jimin. Kata-katanya ditekan. Matanya membulat.

"Dia , dia amnesia. Tak mungkin psiko dia datang semula. Lagipun dia buta , dia tak ingat and tak tahu rupa aku macam mana"

Jisoo terdiam. Sekaligus mencipta suasana senyap. Dia mengeluh dan tunduk memandang lantai.

"Park Jimin , aku. rindu. kau" Dia menggenggam tangannya. Air mata gugur lagi.

Jimin memandang wajah comot Jisoo. Dia nampak selekeh dan kasar.

"Aku pun rindu kau" Dia mendekati Jisoo dan memeluknya erat.

Esak tangis Jisoo kedengaran. "Aku , aku takkan maafkan Rose"

"-dia , dia akan mati kat tangan aku Jimin. Mati.. hikhik"

Dalam esaknya ,  dia mencipta dendam.

fixation "parkjimin"Where stories live. Discover now