Bushhh!
Jisoo tersedar. Dia nampak Rose dengan mukanya yang sembab sedang memerhatinya sambil memegang kayu besbol.
Rose meletakkan baldi ke bawah. Jisoo sudah sedar. "Kau rasa kau patut mati tak?" Rose tersenyum sinis.
Bunuh atau tidak?
"Tak , jangan bunuh aku. Aku nak hidup lama lagi" Jisoo menangis. Tak sangka hidupnya akan terseksa sebegini. Jimin , Jimin sayangkan dia. Begitu juga dia. Dan itu adalah perkara paling mengembirakannya.
"Jisoo.." Panggil Rose perlahan. Jisoo memandang wajah Rose. Mukanya sembab dan ada kesan darah tercalit , rambutnya kusut masai.
"Aku...aku cintakan Jimin.." Rose terduduk. Dia memeluk lutut Jisoo dan menangis di situ.
"Aku dah lama sukakan dia. Dah sepuluh tahun aku perhatikan dia. Tapi , kenapa dia tak pernah sedar kehadiran aku? Kenapa dia tak pernah sedar perasaan aku selama ni?"
Jisoo diam. Kenyataan yang mengejutkan. Rose yang kononnya ada hubungan dengan Jungkook rupanya sukakan Jimin sejak 10 tahun lalu.
"Jisoo.. Maafkan aku... Maafkan aku sebab buat semua ni dekat kau. Aku sayang Jimin.." Rose memandang Jisoo.
"Tak...takpe.." Jisoo tersenyum kelat. Walaupun susah , dia terpaksa. Bagaimana lagi cara untuk dia lepaskan diri?
Rose bangun. Dalam diam dia mengukir senyuman sinis. Tangannya naik ke udara dan dilepaskan ke muka Jisoo sekuat hati. Jisoo pengsan. Dia senyum lagi.
Rose membuka ikatan tangan dan kaki Jisoo dan membawanya masuk ke dalam kereta milik Jae Young.
Keretanya dipandu ke hujung bandar. Satu lagi tempat rahsia dia. Rose sempat mendail nombor Jimin.
Hari bertuah dia , semasa dia membelek telefon Jisoo , Jimin menghantar mesej dan Rose membalas , 'Aku akan bunuh diri. Selamat tinggal Park Jimin'.
"Hehe , Jimin will be mine. Just wait Jisoo"
YOU ARE READING
fixation "parkjimin"
Fanfiction:-was 'blind' Obsesi , bahaya dan memuaskan. Psiko , bahaya dan menjijikkan. Dendam , bahaya dan menyakitkan. Karma , mungkinkah wujud? Buta , gelap tanpa cahaya. Cinta , indah dan membahagiakan. Dan , aku juga ingin bahagia