Jimin meletakkan bagasi terakhir di ruang tamu apartmen barunya. Selepas itu dia menolong Rose yang terkial-kial mencari pintu masuk. Jimin tertawa kecil.
"Kenapa ketawa?" Soal Rose marah.
"Sorry , kau nampak kelakar bila terkial-kial macam tu. Nampak comel" Jimin tersenyum hingga hilang mata sepetnya.
Rose mencebik. "Ye la , saya ni kan buta. Tak macam awak yang boleh melihat lagi tu" Perli Rose. Mulutnya muncung sedepa.
"Ehhh! Jangan cakap macam tu. Aku lepuk kau kang. Jangan persoalkan takdir. Ni aku dah ada ni untuk jaga kau, kay?" Kata Jimin lantas memeluk erat bahu Rose.
"Thanks Jimin. Walapun saya tak kenal awak , tapi awak baik dengan saya" Rose tersenyum. Tangannya mencari tangan Jimin. Jimin segera menghulur tangannya.
"Awak , saya hargai pengorbanan awak. Awak berhenti sekolah dan kerja dengan appa awak. Dan sekarang awak beli apartmen. Saya dah cukup selesa tinggal dengan omma awak padahal" Rose menggenggam tangan Jimin.
"Shh , aku nak jaga kau sendiri. Aku tak nak susahkan omma" Jimin menarik kepala Rose dan mencium lembut.
"Terima kasih-"
"Shhhtt , kau rehat dulu. Aku nak kemas barang barang kita" Jimin memimpin Rose ke bilik barunya.
"Kau tidur dulu" Jimin menarik selimut dan menyelimut badan Rose hingga paras dada. Dahi Rose dicium sekali lagi.
"Jimin , kemas barang saya tu. Jangan tengok benda lain pulak" Pesan Rose.
"Ya , aku tahu la. Aku dah tengok tiap-tiap hari dah. Aku yang jemur benda tu tahu tak?" Balas Jimin. Dia cuba menahan senyuman.
Rose tertawa kecil. "Nakal awak ye"
Jimin mendekati katil Rose. "Nakal dengan kau je"
"Kyah!! Pervert! Pergi jauh la. Shuh shuh" Rose memukul badan Jimin sambil ketawa. Jimin sudah ketawa terbahak-bahak. Seronok menyakat Rose.
Jimin bangun dari melutut dan berjalan ke arah pintu. Sebelum menutup pintu , dia tersenyum melihat sekujur tubuh yang dia jaga selama dua tahun ni. Baru hari ini dia dapat beli apartmen dan tinggal bersama.
"Tak , aku tak cintakan dia. Cuma.. cuma Jisoo yang aku sayang dan cinta. Jisoo , aku harap sangat kau masih hidup" Jimin memukul dadanya. Sebak.
Sebaris nama yang masih tidak dapat dilupakan. Meskipun pengganti datang tanpa dipinta tapi masih tidak dapat menggantikan Jisoo. Rose cuma amanah sehingga dia jumpa keluarga Rose.
Jimin berjalan ke balkoni apartmen. Dia menarik pintu sliding untuk menghalang angin dingin memasuki ruang apartmen. Dia melepaskan keluhan berat. Bandar Seoul yang bercahaya menjadi hidangan pandangannya.
YOU ARE READING
fixation "parkjimin"
Fanfiction:-was 'blind' Obsesi , bahaya dan memuaskan. Psiko , bahaya dan menjijikkan. Dendam , bahaya dan menyakitkan. Karma , mungkinkah wujud? Buta , gelap tanpa cahaya. Cinta , indah dan membahagiakan. Dan , aku juga ingin bahagia