if i could replace your pain , i will do it forever
.
Jimin tidak pernah berhenti berharap , tidak pernah bosan menunggu. Setiap hari dia akan menunggu Rose di wad. Menunggu Rose membuka mata. Menunggu Rose sembuh. Harapannya cuma satu iaitu Rose masih hidup.Keadaan Rose sangat kritikal. 6 tulangnya patah , hentakan kuat pada kepala membuatkan dia koma , keadaannya masih belum stabil.
"Jimon! Aku datang ni" Sapa Taehyung. Kepalanya terjengul di celah pintu. Senyuman petaknya ditayang.
"Hmm , masuklah" Balas Jimin lemah. Dia betul-betul tiada semangat semenjak Rose koma.
Tae duduk di sebelah Jimin. Dia tersenyum kecil sambil mengusap lembut bahu Jimin.
"Dah berapa lama? Sorrylah aku sibuk" Soal Tae. Dia menggosok belakang tengkuknya. Rasa bersalah.
"Dah dua minggu , dia dah stabil" Jimin kelihatan lemah. Dia kelihatan kurus. Makan minum tidak teratur. Selera hilang apabila melihat tubuh itu masih kaku tidak sedarkan diri.
"Kau jangan lemah Jimin. Kalau dia tahu kau macam ni , mesti dia sedih. Kau kena kuat , aku yakin dia dapat survive semua ni" Tae memberi semangat. Jimin cuma mengangguk lemah. Ya , dia perlu kuat. Rose tak boleh tengok dia lemah macam ni.
"Rose , bangunlah cepat ya. Aku nak luangkan masa dengan kau. Kita kan baru kahwin. Aku nak pergi honeymoon dengan kau dan aku janji akan cari penderma mata secepat mungkin. Aku janji" Lelaki itu menangis lagi. Dia menggenggam tangan Rose kuat. Masih berharap gadis itu sedar dari koma.
----------------------------------
Jungkook dan Jisoo duduk berhadapan. Perbicaraan sudah selesai dan Jisoo dikenakan penjara 5 tahun.
"Heh , kau tak dapat bunuh Roseanne , Jisoo. Sekarang kau tersekat dekat palang besi bodoh ni" Kata Jungkook sambil berdecit. Ekor matanya memerhati tindak tanduk Jisoo.
"Kenapa kau nak bunuh Rose?" Jungkook kembali serius. Tujuannya ingin mengetahui agenda sebenar Jisoo. Gadis itu hanya memandang Jungkook dengan senyuman sinis.
"Jawablah bangsat , aku bawak kau ke sini bukan untuk tenung aku" Jungkook naik geram. Kesabaran dia kali ini menipis apabila berdepan dengan Jisoo. Sebab? Jisoo la penyebab Rose koma sekarang ni.
"Dia musnahkan hidup aku. Dia psiko gila yang dah musnahkan hidup aku semata-mata demi Jimin" Akhirnya Jisoo bersuara. Jari telunjuknya ditunjuk pada parut di mukanya. Parut yang membuatkan mukanya hodoh.
"KAU MEMANG BANGSAT!" Pipi Jisoo ditampar kuat. Bergegas seorang pegawai polis perempuan masuk untuk menghentikan Jungkook.
"Aku akan pastikan kau mampus!" Jungkook merentap tangan pegawai yang memegang lengannya dan melangkah keluar.
******
ya allah , writers block! tolong....... aku ketandusan idea. macam mana niiiiii aduhmak
YOU ARE READING
fixation "parkjimin"
Fanfiction:-was 'blind' Obsesi , bahaya dan memuaskan. Psiko , bahaya dan menjijikkan. Dendam , bahaya dan menyakitkan. Karma , mungkinkah wujud? Buta , gelap tanpa cahaya. Cinta , indah dan membahagiakan. Dan , aku juga ingin bahagia