"Please Jimin , jangan jadi bodoh. Kau tu dahlah bodoh dah , jangan tambah lagi bodoh tu"
"Jisoo , kau tahu. Dah lama aku suka kau"
"....."
"Kau dengar tak? Jisoo , saranghae" Jimin dekatkan wajahnya tetapi Jisoo pantas menolak Jimin dan terus berlari pergi.
Rose sudah tidak tahan. Dia menumbuk meja dan terus keluar mengejar Jisoo senyap-senyap.
Jimin pula tertunduk. Kesal. 'Kenapa Jisoo?'
●●●
"Gotcha" Rose pantas mengunci pergerakan Jisoo apabila dia berhenti di belakang sekolah.
Jisoo terkejut. Hajatnya hanya ingin melepaskan rasa gembiranya tetapi lain pula yang jadi. Rose terlalu kuat sehingga Jisoo pemegang tali pinggang hitam ini tidak dapat melepaskan diri.
"Shhhh.. It won't hurt if you stay calm okay?" Rose mengacu pisau pada leher Jisoo.
Jisoo terpaksa diam. Dia tidak mahu nyawa terancam. Baru dia tahu , Rose la yang toreh muka dia. Perlakuan dia seperti orang psiko.
"Apa kau nak buat ni Rose? Kau nak bunuh aku?"
"Shhhh , kau diam je. Jangan risau , aku takkan bunuh kau sebab Jimin sayang kau"
Rose dan Jisoo keluar dari sekolah melalui pintu belakang dan terus masuk ke dalam hutan tebal.
Rose sudah lama merancang semua ni. Dalam hutan yang tebal itu , terdapat rumah usang yang dijadikan portnya.
Rose mengikat Jisoo di sebuah kerusi. "Rose , kenapa kau buat semua ni?" Soal Jisoo. Air matanya mengalir perlahan. Baru saja dia ingin bahagia , datang pula di psikopat gila ni.
"Kau , sayangkan Park Jimin. Dan Park Jimin juga sayangkan kau. KAU DUA ORANG PATUT PERGI MAMPUS!!!" Serentak itu hayunan kayu besbol singgah di muka Jisoo. Jisoo menjerit kesakitan.
"Kau. Park Jimin. Tak patut bersama!!"
Bakk!
Sekali lagi kayu besbol itu terkena muka Jisoo dan sekaligus memengsankannya.
"Arghhhhhh!!!!!!!" Rose jatuh terduduk. Dia meraung kuat.
"Jimin , kenapa kau buat aku macam ni?"
YOU ARE READING
fixation "parkjimin"
Fanfiction:-was 'blind' Obsesi , bahaya dan memuaskan. Psiko , bahaya dan menjijikkan. Dendam , bahaya dan menyakitkan. Karma , mungkinkah wujud? Buta , gelap tanpa cahaya. Cinta , indah dan membahagiakan. Dan , aku juga ingin bahagia