its written on our fate , there's something will destroy us
.
"Nak tidur tak ni?" Soal Jimin sedikit marah. Sejak 5 minit tadi , Rose hanya berdiri di depan pintu—tanpa berniat untuk ke katil dan tidur."Kena sekatil dengan awak ke?" Jawab Rose takut-takut. Seumur hidupnya dia belum pernah tidur sekatil dengan mana-mana lelaki. Jimin yang mendengar menampar dahinya. Cakap bodoh kan , marah pulak.
"Sayang , kita dah kahwin. Jadi , awak kena tidur dengan saya. Faham?" Jimin sedaya upaya menahan amarahnya. Dia menepuk tempat di sebelahnya mengajak Rose tidur di sebelah.
"Emm , saya belum sedia lagi tau" Perlahan-lahan Rose mengatur langkah ke arah katil dan melabuhkan punggung di birai katil. Dia kelihatan takut.
"Yahh , tidurlah. Dah lewat ni , esok saya nak bawak awak keluar ni" Jimin menarik-narik baju tidur Rose. Selagi Rose belum tidur di sebelahnya , selagi itu dia tidak mahu tidur. Biarpun matanya sudah mengantuk. Rose mengangguk lagi dan terus membaringkan diri. Selimut ditarik hingga paras hidungnya.
"Sini" Jimin tersenyum puas sambil tangannya menarik Rose supaya menghadapnya. Dia mendekati Rose dan mencium lembut dahi gadis itu. "Jangan risau , saya faham" Dia menarik semula mukanya dan segera berpaling membelakangkan Rose. Pipinya merona merah.
---------------
"Sayang... Bangunlah. Buatkan saya sarapan" Bisikan Jimin di telinga Rose mengejutkannya dari tidur. Dia memisat-misat matanya. Dia bangun dan duduk di birai katil. Jimin bangun dan duduk di belakang Rose. Bahu Rose diurutnya perlahan.
"Buatkan saya sarapan ya?" Lembut saja suara Jimin menyuruh isterinya itu membuat sarapan.
Rose mengangguk dan perlahan-lahan keluar dari bilik tidur. Sebenarnya tidak langsung tidak mendengar kata-kata Jimin. Yang dia fikir cuma dia ingin sambung tidur semula. Tetapi entah kenapa dia bangun dan berjalan ke dapur.
KTANGG!!
Rose tersentak. Barulah dia sedar yang lengannya terkena pisau yang berada di atas kaunter dapur. Darah merah laju mengalir dan menitik ke atas lantai dapur. Dia merengus kesakitan.
"Jimin!" Panggil Rose. Tetapi langsung tiada sahutan. Lengannya semakin sakit dan pedih. Darah yang semakin laju mengalir keluar membuatkan dia loya. Kepalanya berasa pening dan berdenyut. Dia tidak sanggup melihat darah yang mengalir itu. Seakan-akan dia dihantui tragedi berdarah. Pandangannya segera dialihkan.
Bunyi tapak kaki seseorang membuat Rose lega. Pasti Jimin. Dia nampak sepasang kaki. Rose mendongak. Pandangannya agak kabur dan berpusing-pusing. Tak , itu bukan Jimin. Ji-jisoo. Rose nampak Jisoo sedang memegang pisau dan sedang menghampirinya dengan muka yang berdarah. Keadaan sekelilingnya tiba-tiba bertukar merah pekat. Seakan-akan perang berdarah sedang berlaku. Percikan darah dan bau hanyir kelihatan benar bahkan dia boleh menghidu hanyir darah tersebut.
Rose menjerit ketakutan dan dunianya gelap gelita.
YOU ARE READING
fixation "parkjimin"
Fanfiction:-was 'blind' Obsesi , bahaya dan memuaskan. Psiko , bahaya dan menjijikkan. Dendam , bahaya dan menyakitkan. Karma , mungkinkah wujud? Buta , gelap tanpa cahaya. Cinta , indah dan membahagiakan. Dan , aku juga ingin bahagia