"Wahh , tak sangka Seoul makin cantik la" Rose berhenti seketika dan menikmati pemandangan sibuk di bandar Seoul.
"Memanglah , dah. Jom sayang , kita balik rumah. Saya tak sabar nak peluk awak ketat-ketat" Kata Jimin sambil menarik tangan Rose ke dalam kereta. Rose mencubit kuat bahu Jimin sambil merengus geram.
"Pervert! Eeii!" Rose memeluk tubuh. Geram dengan kata-kata Jimin. Tak tahu malu betul!
"Alaa , awak bukan orang lain pun. Isteri saya jugak" Jimin mendekati Rose dan memandangnya lama.
"Tak sangka mata awak ni cantik ya" Rambut yang menjuntai di mata Rose diselak ke belakang telinga. Jimin mendekatkan mukanya lagi. Sehingga Rose dapat merasai hangat nafas lelaki itu.
Jimin terus mendekatkan lagi mukanya. Sepertinya dia ingin mencium Rose tetapi tangan Rose menolak lembut dada Jimin.
"Maaf Jimin , aku belum sedia" Ucap Rose perlahan.
"Oh , ma-maaf saya nak pakaikan ni je" Jimin menarik tali pinggang dan terus menjarakkan dirinya. Wajahnya terpancar riak sedih. Sedikit menyesal kerana mengambil langkah terburu-buru.
Manakala wajah Rose sudah merah kerana perlakuan Jimin tadi. Agak mengejutkan tapi dia memang betul-betul tidak bersedia.
Enjin dihidupkan dan kereta itu menyusur laju atas jalan raya. Sepanjang perjalanan , mereka berdua hanya mendiamkan diri. Mungkin masing-masing masih malu dengan kejadian tadi.
-----------
Rose ternganga seketika melihat dekorasi rumah Jimin. Bertemakan warna putih dan dihiasi dengan perabot hitam. Menepati citarasanya.
"Jimin!!! Aku suka rumah kauuuuuu!" Rose memeluk leher Jimin sambil terlompat-lompat gembira.
"Hahaha. Kenapa awak gembira sangat ni rumah saya je kot. Lainlah kalau awak kata awak suka kalau kita berduaan dekat rumah ni" Jimin tersengih sendiri. Dia menutup pintu dan melangkah ke sofa. Punggungnya dihenyak ke atas sofa. Dia melepaskan lelah di situ.
Rose pula sudah mencebik melihat Jimin yang berehat tanpa mengajaknya. Dia duduk di sebelah Jimin yang sedang khusyuk menonton tv.
"Jimin , kau-"
"Shhh.. Boleh tak panggil saya oppa?" Jimin meletakkan jarinya pada mulut Rose. Tawa Rose pecah.
"Oppa? Ahahaahah , kita sebaya la. Sekelas pulak tu. Jangan merepek. Saya awak je la ye?"
"Okay" Dalam diam Jimin menarik muncung. Merajuk dengan sikap Rose yang tidak tahu dengan perangai manjanya. Salah dia juga sebenarnya.
---------------
Huwaaaaaaa😭😭😭😭😭😭😭😭😭 rasa kosong je chap ni , maklum je la ya , cite ni dah nak habis. lagi 4 chap and one bonus chap. mohon bersedia utk sekolah ye
YOU ARE READING
fixation "parkjimin"
Fanfiction:-was 'blind' Obsesi , bahaya dan memuaskan. Psiko , bahaya dan menjijikkan. Dendam , bahaya dan menyakitkan. Karma , mungkinkah wujud? Buta , gelap tanpa cahaya. Cinta , indah dan membahagiakan. Dan , aku juga ingin bahagia