V membuka pintu rumahnya. v mengeluh. 'balik-balik nampak mamat ni. Aduh.' Bisik hati V. Dia melangkah tanpa memandang ke arah bapa tirinya.
"Baru nak balik? Asal kau tak berambus je. Senang hidup aku." Bapa tiri V.
V berhenti melangkah. "Yang kau sibuk pahal? Sukahati aku lah nak balik awal ke lambat ke. Yang kau ni tak ada kerja lain ke? Kerja nak makan duit mak aku je. Macam mana lah mak aku boleh kahwin dengan orang macam kau?"Kata V sinis.
Bapa tirinya yang tadinya duduk di sofa menonton televisyen, terus bangun. "Ehh apa masalah kau ni? Kalau tak cari pasal dengan aku sehari tak boleh ke?"
V ketawa sinis. "Aku cari pasal. Otak kau letak mana?"
Bapa tirinya terus kearah V. "Aku paling pantang kalau orang menjawab apa yang aku cakap. Ehh kau sedar sikit heh diri kau tu. Kau tu budak-budak. Hormat aku."
"Perlu ke aku hormat dekat orang yang ambil kesempatan untuk makan duit mak aku je. Eii kalau aku tahu macam ni, aku lagi rela hidup merempat lah." V.
"Kau nak hidup merempat? Hah pergi lah. Tak ada siapa nak halang. Aku lagi gembira. Kau tu bukannya daripada darah daging aku."
V menahan geram. "Kalau aku tak fikirkan mak aku, dah lama aku blah. Tapi disebabkan aku tak percayakan kau, aku cuba untuk tahan. Bila-bila masa kau boleh bunuh mak aku, nak rampas harta dia. Mak aku penat-penat kerja, kau tahu minta duit je. Perangai kau ni dah mengalah aku yang budak sekolah ni. Dah tua tu, buat cara macam dah tua."
"Ehh kau ni boleh tahan juga heh mulut kau. Aku tanya kau sikit heh. Betul ke kau ni dari darah daging mak kau tu?" Bapa tirinya tersenyum sinis.
V dah menggenggam penumbuknya. Tangannya sudah diangkat. Hampir sahaja dia mahu menumbuk lelaki dihadapannya itu. "TAE!!!" Serentak mereka memandang kearah pintu. Mak V berdiri di muka pintu seperti terkejut melihat perbuatan anaknya.
Bapa tirinya tersenyum sinis. V merengus kasar.Terus dia masuk kedalam bilik, mengambil beberapa helai pakaian lalu disumbat kedalam beg sekolahnya. Dia memakai jaketnya lalu menggalas beg. V melangkah keluar dari bilik.
"Malam ni orang tak balik. Malas nak hadap muka mamat tak guna ni." Kata V lalu berjalan kearah pintu.
"Tae nak pergi mana? Esok balik ye." Kata Eomma nya. Suaranya seperti mahu menangis.
V bangun selepas memakai kasut. "Tengok lah kalau orang rasa dah ok." Dia terus berlalu.
Eomma nya memandang bapa tiri V."Anak kau kan? Biadab."Kata bapa tirinya lalu masuk ke dalam bilik. Dihempasnya pintu bilik kuat-kuat.
Dari jauh J-Hope dapat lihat V berjalan menuruni tangga. J-Hope berkerut dahi. 'Mana pula V nak pergi. Macam tergesa-gesa je.' Bisik hati J-Hope.
Jarak diantar rumah V dan J-Hope tak ada lah jauh sangat. Tapi tadi J-Hope terpaksa kekedai untuk membeli barang. Jadi, V pulang ke rumah flat seorangan sahaja.
J-Hope melangkah masuk kedalam rumah. Dia mengeluh kecil. Dia terus ke arah sofa lalu dihempaskan badannya keatas Sofa. "Eomma tak Balik lagi. Hermm."
Dia termenung seketika. "Sampai bila aku boleh Tahan hidup macam ni?" J-Hope bersandar. Terlepas lagi keluhannya.
Dia teringat akan kata-kata Miss Suzy sebelum pulang.
"Nanti baru saya tahu apa masalah awak yang sebenarnya. Mana tahu, saya boleh tolong selesaikan. Sebab saya tahu yang awak semua ada masalah emosi." Miss Suzy.
YOU ARE READING
BTS HIGH SCHOOL
FanfictionKisah kehidupan 7 orang sahabat yang berbeza. Sahabat yang sentiasa ada bila susah dan senang. Membantu antara satu sama lain. Salah seorang daripada mereka terpaksa berkerja Pada waktu malam untuk mencari duit tanpa pengetahuan sahabatnya yang lain...