Bab 30

362 30 14
                                    

Jin dan Puan Kim duduk di bangku yang terletak di kawasan rumah yang didiami sementara oleh mereka. Jin melentokkan kepalanya dibahu Puan Kim. Rindunya. Itu yang dia rasakan sewaktu itu.

Puan Kim tersenyum melihat anaknya itu. "Jin." Panggil Puan Kim.

"hmm?" Balas Jin pendek.

"Eomma nak cakap sikit dengan Jin. Eomma harap Jin boleh terima dengan hati yang terbuka." Kata Puan Kim.

Jin senyum. "Jin dah lama terima." Jawapan Jin itu telah membuatkan Puan Kim berkerut dahi.

"Apa maksud Jin?" Tanya Puan Kim.

Jin mengangkat kepalanya daripada bahu Puan Kim. Dia pandang wajah eommanya itu. "Eomma dah kahwin lagi, kan? Ye Jin dah terima dengan hati yang terbuka." Balas Jin sambil tersenyum.

Puan Kim tersenyum nipis. "Lagipun eomma buat pilihan yang baik. Dia baik, boleh terima jin dan BTS, and caring. So, Jin tak kisah." Balas Jin lagi.

Puan Kim pandang wajah anaknya. "Maksud Jin...."

Jin memotong kata-kata eommanya. "Appa Seojun." Jin senyum. Puan Kim terkedu.

"Macam mana Jin tahu semua ni?" Tanya Puan Kim.

"Jin pernah nampak eomma jumpa dengan cikgu seojun and Jin pernah terdengar perbualan eomma dengan cikgu seojun dekat phone. Tapi Jin saja je buat macam Jin tak tahu apa-apa." Jelas Jin.

Puan Kim tersenyum melihat anaknya itu. "Kita mulakan hidup baru?"  Tanya Puan Kim.

Jin senyum. Dia angguk. "Tapi Jin still nak duduk rumah Jin yang sekarang ni." Puan Kim berkerut dahi mendengar jawapan Jin.

"Sekarang Jungkook kan tinggal dengan Jin. Lepasni Yoongi mesti akan balik rumah dia semula. Jin kesian dekat Jungkook. Jin tak nak tinggalkan dia sorang-sorang. Eomma benarkan Jin tinggal dengan Jungkook, heh?" Jelas Jin.

Puan Kim tersenyum apabila mendengar jawapan anaknya itu. Dia tahu bahawa Jin tidak akan pernah melupakan sahabatnya yang dalam kesusahan di belakang. Puan Kim angguk.

"Arraseo. Tapi Jin kena janji dengan eomma, Jin kena datang rumah eomma juga. Ajak Jungkook sekali nanti. Boleh?" Kata Puan Kim.

Jin angguk sambil tersenyum. "Arraseo eomma! I love you." Pantas dia peluk eomma nya itu.

Puan Kim tersenyum. "Ehh ni dari tadi eomma tak nampak bayang Jungkook pun. Mana dia?" Tanya Puan Kim.

Jin terdiam. Dia baru teringatkan Jungkook. Sejak daripada dia balik tadi dia tak nampak bayang Jungkook. Dia leraikan pelukan.

"Jin pergi cari Jungkook heh. Good night eomma." Kata Jin.

"Nae. Good night too." Balas Puan Kim. Jin terus bangun dan berjalan menuju ke pintu.

Dia terserempak dengan Seojun di pintu. "Ehh Jin." Sapa Seojun.

Jin senyum. "Good night, Appa!" Katanya lalu terus meninggalkan Seojun yang terpaku disitu sendirian.

"Appa?" Katanya sendirian. Dari jauh dia dapat lihat Puan Kim duduk di bangku. Dia ke arah Puan Kim.

"Jin dah tahu ke?" Tanya Seojun lalu duduk di sebelah Puan Kim.

Puan Kim angguk. "Dah lama dah dia tahu. Cuma dia saja buat-buat tak tahu."

"Maksud awak?" Tanya Seojun. Puan Kim menceritakan perkara sebenar kepada Seojun.

Jin mencari Jungkook di merata tempat didalam rumah itu. Member yang lain semua tengah spend time dengan family masing-masing. Kenapalah baru sekarang aku teringatkan pasal Jungkook? Bisik hati Jin.

BTS HIGH SCHOOLWhere stories live. Discover now