Bab 40

475 30 2
                                    

"Maksudnya appa kau dengan Miss Suzy tu dah lama kenal?" Tanya Namjoon.

Taehyung angguk. "Itulah yang appa aku cakap."

"Dah tu kau setuju ke?" Tanya Jimin.

Taehyung diam seketika sebelum angguk. "Setuju. Satu hari nanti mesti aku akan duduk jauh daripada dia. Tak kan aku nak biarkan dia sorang2. Walaupun dia cuma ayah tiri aku je, tpi dia tetap appa aku kan. Aku nak bila aku tak ada dengan dia nanti, ada lah orang boleh tengok2 kan dia. Dia pun perlukan teman hidup. Aku tak ada hak nak halang." Terang Taehyung.

Mereka angguk faham. "So, maksudnya lepasni kau jadi adik Soo Min lah kan? Soo Min lahir awal daripada kau. Wah, tak sangka ada adik beradik satu kelas dengan kita." Kata Jungkook.

Taehyung berkerut dahi tidak faham. "Adik Soo Min?" Tanya Taehyung.

"Ohhh haah kau tak tahu lagi. Soo Min tu sebenarnya anak kepada Miss Suzy. So, lepasni kau kira adik dia lah." Terang Jin.

Taehyung angguk faham. "Ohhh cakap pasal Soo Min, mana diorang semua? Tak masuk kelas lagi ke?" Tanya Taehyung.

"Well diorang memang macam tu setiap hari. Lonceng dah bunyi baru masuk kelas. Menyinggah ke kelas lain dulu sebelum masuk kelas." Hoseok.

"Wahh sedapnya mengata kitorang heh!" Tepat2 mereka melangkah masuk ke dalam kelas.

BTS menunjukkan barisan gigi mereka. "Bukan selalu." Balas Hoseok pendek.

"Banyak lah kau punya Bukan selalu. Dah lah pergi duduk tempat korang. Berkumpul je kerja korang." Soo Min.

BTS muncung sebelum gerak ke tempat duduk masing2. "V, lepasni kau duduk satu rumah dengan Soo Min, kau kena sediakan kapas banyak2 lah. Aku rasa dalam sehari lebih sepuluh kali kau kena dengar dia bebel." Perli Yoongi.

Taehyung hanya tertawa kecil. "Ehhh kurang ajar kan kau. Sedap betul mulut kau tu bercakap. Aku bagi makan kasut saiz 5 kang baru tahu." Bebel Soo Min.

Mereka ketawa. "Mianhae Soo Min-ah." Kata Yoongi. Soo Min balas dengan jelingan maut. Rakan2nya yang lain hanya mampu ketawa melihat telatah Soo Min.

Taehyung tersenyum manis. Terasa bahagia pula bila sama2 dengan diorang ni. Ni ke kebahagiaan yang dia lalui selamani? Sayangnya dia tak ingat satu pun kenangan dia bersama mereka sebelum kejadian tu. Itu yang buatkan dia sedih.

Sebulan telah pun berlalu. Akhirnya Encik Kim dan Miss Suzy telah disatukan. Ingatan Taehyung juga perlahan2 kembali dengan bantuan insan2 yang dicintainya. Lebih2 lagi BTS yang tidak pernah berhenti berusaha mengembalikan ingatan Taehyung. Mereka membawa Taehyung ke semua tempat yang terdapat banyak kenangan mereka bersama. Dari situ, perlahan2 Taehyung mengingati kenangan2 mereka bersama.

Hari ini Taehyung dan keluarga barunya bersiar2 bersama2. Mereka ke shopping mall untuk berbelanja. Taehyung ke bahagian makanan2 ringan untuk mencari makanan ringan yang menarik minatnya.

"Tae?!" Tegur seseorang.

Taehyung tersentak lalu memandang suara yang menegurnya tadi. Taehyung mengangkat keningnya. "Ye saya?"

"Tae!" Wanita itu tiba2 sahaja memeluk tubuh Taehyung dan membuatkan Taehyung terkejut. Pantas Taehyung menolak perlahan tubuh wanita itu.

"Maafkan saya. Tapi saya tak kenal mak cik. Mak cik siapa, ye?" Tanya Taehyung dengan sopan santun.

"Ni Eomma, Tae. Eomma. Eomma tahu Tae marahkan eomma. Tapi Tae jangan lah macam ni. Eomma tak sangka Tae betul2 maksudkan yang Tae tak kan kenal eomma bila Tae jumpa Eomma. Maafkan Eomma, Tae. Eomma tahu eomma salah." Rayu wanita itu.

BTS HIGH SCHOOLWhere stories live. Discover now