BTS, Soo Min, Yoora, Hana, Mi Cha dan Myeong makan bersama2 di kantin. Rancak mereka berbual sambil ketawa.
"Korang dah terima ke tawaran daripada Big Hit Entertainment?" Tanya Yoora.
"Belum lagi. Kitorang masih dalam perbincangan." Balas Namjoon.
"Masih bincang? Dah lama orang tu bagi tawaran ni kan." Mi Cha pula bersuara.
"Memang lah. Kitorang boleh je nak terima... Tapi family kitorang belum tentu boleh terima." Balas Yoongi pula.
"Haah betul tu. Walaupun kitorang dah ok dengan family kitorang tapi belum tentu lagi diorang boleh percayakan kitorang." Hoseok pula membalas.
"Korang pujuk lah diorang. Ni impian korang kan." Soo Min.
Mereka diam. "Hei. Lama tak sembang ngan korang."
BTS mula mengeluh apabila melihat 2 namja yang amat mereka kenali berada di hadapan meja makan mereka.
"Kau nak apa?" Tanya Jimin tanpa pandang. Matanya hanya fokus pada makanannya sahaja.
"Nothing. Saja je nak jumpa korang. Ye lah sejak kawan korang ni amnesia, korang pun dah makin sombong dah kitorang perhatikan. Ke korang sombong sebab dah menang pertandingan nyanyian haritu? Wow baru menang sikit dah sombong dah." Eunji bersuara.
"Kitorang sombong ke apa ada masalah dengan kau ke? Kau tak payah semak dekat sini boleh tak. Dah tak ada kerja lain ke? Kalau dah tak ada kerja sangat, baik korang pergi betulkan vokal korang tu. Banyak kena betulkan tu. Baik korang betulkan sekarang. Nanti dah dapat yeojachingu, tak dapat korang nak nyanyikan lagu untuk diorang." Sindir Jin selamba.
"Wow! Makin biadab mulut kau sekarang kan? Vokal kitorang tak ganggu hidup korang pun kan. So, tak payah sibuk lah." Eunji.
"Memang lah tak ganggu hidup kitorang, tapi ganggu pendengaran kitorang. Bising lah korang ni. Dah lah blah sekarang. Aku nak makan ni." Jungkook pula bersuara. Selamba sahaja dia membalas.
"Ehh kau ni kan. Tak padan dengan tak ada keluarga. Ohhh ok aku dah faham sekarang kenapa kau bercakap macam tak pernah diajar. Kau kan tak ada family, sebab tu kau bercakap macam ni. Sian lah tengok kau ni. Muda2 dah tak ada family. Lepastu kau menyusahkan hidup kawan kau. Tak malu ke?" Tangan Jungkook terhenti daripada sambung menyuap makanan di mulutnya. BTS dan yang lain turut terhenti daripada sambung makan. Mereka pandang Jungkook serba salah.
Taehyung mula angkat wajahnya dan pandang Eunji dan Kwang Min. "Tu ok lagi daripada ada family tapi hidup macam tak ada family. Family kau ajar kau hidup untuk kacau hidup orang lain ke? Family kau ajar kau menghina orang lain ke? Macam tu ke family kau ajar kau?" Taehyung tertawa Sinis. BTS dan yang lain pandang Taehyung seperti tidak percaya.
"Sedih gila hidup korang ni. Sibuk hina orang lain. Diri sendiri tak pernah nak sedar2."
Taehyung bangun lalu menghampiri mereka berdua. Taehyung pegang bahu Eunji. "Kau dengar baik2 heh. Balik ni kau pergi depan cermin, kau cermin diri kau. Perfect sangat ke diri kau ni sampai kau nak hina orang lain. Lepastu kau tengok family kau, perfect sangat ke kehidupan kau sampai kau nak hina kehidupan orang lain." Eunji terkedu mendengar kata2 Taehyung.
Taehyung tersenyum sinis. "Jom lah korang. Lambat pula nanti." Taehyung terus mengangkat pinggannya, begitu juga yang lain. Mereka meninggalkan Eunji yang masih terkedu di situ.
Mereka melangkah masuk ke kelas mereka. "Baek lah V. Berani gila kau cakap macam tu. Ayat kau memang win gila. Aku tak boleh nak tahan ketawa tengok muka Eunji tadi. Bengang gila seh muka dia." Myeong.
Mereka ketawa. "Aku just cakap perkara betul. Aku tak boleh nak ingat berapa banyak kali dia dah hina kita semua. Tapi kata2 dia tadi tu memang biadab sangat. Sukahati dia je nak hina Jungkook macam tu. Dia ingat dia siapa agaknya nak hina2 orang." Taehyung.
YOU ARE READING
BTS HIGH SCHOOL
FanfictionKisah kehidupan 7 orang sahabat yang berbeza. Sahabat yang sentiasa ada bila susah dan senang. Membantu antara satu sama lain. Salah seorang daripada mereka terpaksa berkerja Pada waktu malam untuk mencari duit tanpa pengetahuan sahabatnya yang lain...