Tepat jam 8 malam, Jimin sudah berada di hadapan rumah banglo keluarga Suga. Dia duduk dikerusi batu dihadapan rumah Suga.
Suga memakai jaketnya dan topi. Dia berjalan kearah meja belajar lalu mencapai phonenya. Earphone disumbat ke telinganya. Lagu di phonenya dibuka. Dia memainkan sebuah lagu agar dia tidak dapat mendengar pentengkaran mak dan ayahnya.
Suga menuruni anak tangga itu. Dari jauh dia dapat melihat mak dan ayahnya masih lagi bertengkar. Dia berjalan kearah pintu.
Eomma dan appanya berhenti daripada bertengkar. "Yoongi, nak pergi mana malam-malam Ni?" Tanya Appa Suga. Suga Tidak membalas, malah terus berlalu keluar dari rumah itu selepas menyarung kasut PUMA miliknya.
Appa Suga mengetap gigi menahan geram. "Kau lah ni, tak reti ajar anak. Tengok sekarang dia dah jadi Biadab." Appa Suga.
Eomma nya berkerut dahi. "Ehh Salah saya pula. Apa tugas awak sebagai seorang bapa? Tak kan semua benda saya nak buat. Awak boleh fikir tak." Eomma Suga.
Appa Suga merengus Kasar. "Kau sibuk sangat nak anak kan. Pandai-pandailah didik dia. Kalau boleh aku tak nak dapat dia tu. Menyusahkan aku je nak didik lah apa lah." Appa Suga. Eomma Suga sedikit terkedu.
Suga diluar pintu yang mencuri-curi dengar pentengkaran antara Eomma dan Appa nya juga terkedu. Dia dapat merasakan seperti dia Bakal mengalirkan air mata.
Suga mengetap bibirnya. "Aku pun tak minta nak hidup Dalam keluarga ni. Kalau tak suka, bila-bila masa aku boleh pergi. Tak payah seksa aku sampai macam Ni." Rintih Suga perlahan.
Jimin yang berada diluar juga terdengar akan pentengkaran antar Eomma dan Appa Suga. Jimin terdiam. Muncul rasa kasihan pada Suga.
Suga membuka pagar rumahnya. Dia melangkah kearah Jimin. Dia cuba untuk mengukirkan senyuman walaupun hakikatnya hatinya hancur bagai dilenyek Lori besar.
Jimin merenung Suga. "Kau OK tak?" Jimin.
Suga mengangguk. "OK"
Jimin Diam seketika. "Tapi tadi..." Tidak sempat Jimin menghabiskan ayatnya, Suga sudah memotong.
"Aku OK lah. Dah Jom lah. Lambat nanti." Suga terus berlalu. Kemudian diikuti Jimin.
Jungkook sudah bersiap-siap untuk pulang kerumah. Dia mengemas barangnya. Tanpa dia sedari, Baekhyung berada dibelakangnya. Jungkook menggalas beg sekolahnya.
Alangkah terkejutnya Jungkook apabila melihay Baekhyung dibelakangnya. "Hyung? Terkejut saya." Jungkook.
Baekhyung memang dah menganggap Jungkook seperti adiknya sendiri. Dia tak kisah jika Jungkook hendak memanggilnya dengan pelbagai nama. Tetapi dia tidak suka jika Jungkook memanggilnya Boss atau encik atau nama-nama yang menunjukkan seperti dia tu majikan Jungkook.
Baekhyung ketawa kecil. "Chill lah. Saja nak buat kau terkejut." Baekhyung.
Jungkook ketawa kecil. "Ni ada apa nak jumpa saya?" Jungkook.
Baekhyung memandang sekeliling sebelum mengeluarkan sampul Surat dari kocek seluarnya. Dihulurkan sampul surat itu kepada Jungkook. Jungkook berkerut dahi. Dia mengangkat keningnya sebagai tanda tidak faham.
"Ambil lah. Gaji untuk kau." Baekhyung.
Terbeliak mata Jungkook. "Gaji? Ehhh tapi haritu baru je dapatkan." Jungkook.
Baekhyung tersenyum. "Itu haritu, ni harini." Baekhyung.
Terkebil-kebil mata Jungkook. "Ehh Mana boleh. Tak adil lah nanti bagi pekerja lain." Jungkook.
YOU ARE READING
BTS HIGH SCHOOL
FanfictionKisah kehidupan 7 orang sahabat yang berbeza. Sahabat yang sentiasa ada bila susah dan senang. Membantu antara satu sama lain. Salah seorang daripada mereka terpaksa berkerja Pada waktu malam untuk mencari duit tanpa pengetahuan sahabatnya yang lain...