"Korang, jangan lah macam ni. Korang kena kuat. Bukan korang je yang sedih, aku pun sedih lah. Kitorang pun sedih. Tapi jangan lah lemah macam ni. V perlukan kekuatan korang." Nasihat Namjoon lembut.
"Kau dengar tak apa doktor cakap tadi? Nanti V bangun, dia tak kan kenal kita semua. Itu ok lagi, kita boleh rapatkan diri kita dengan dia. Tapi kenangan kita selama ni? Tawa kita? Tangis kita? Boleh ke kita ingatkan dia semula semua kenangan tu?" Balas Jimin.
Namjoon terdiam. Begitu juga Hoseok.
"Aku dah penat lah nak hadap semua ni. Lepas satu2 benda jadi dekat kita. Sampai bila weh kita nak hadap semua benda ni? Sampai bila? Tolong lah, aku dah penat. Tolong. Aku dah tak larat lah nak hadap semua ni. Aku give up." Jungkook terus bangun dan terus berlalu dari situ.
"Jungkook!" Panggil Namjoon tetapi panggilan tersebut diabaikan.
Namjoon pandang Hoseok. "Jhope, ikut Jungkook. Aku takut dia buat kerja gila nanti." Arah Namjoon. Hoseok angguk dan terus berlalu pergi.
"Taehyung-ah, ni aku Jin. Aku tahu kau kecewa sangat dengan apa yang dah berlaku dalam hidup kau. Tapi tolong V, tolong kuat. Aku tahu kau boleh kuat. Aku tak kuat nak tengok kau macam ni. V, tolong bangun. Tolong sedarkan diri kau sekarang." Luah Jin.
Air matanya mengalir laju di pipi. "Lepas kau bangun nanti, aku janji aku akan lindung kau daripada di sakiti. Aku akan lindung korang semua daripada disakiti. Tolong bangun, V. Aku sayang kau. Aku tak nak kehilangan kau. Kawan2 kita semua dah lemah, V. Diorang dah tak kuat macam dulu. Kau tolonglah bangun dan hiburkan kitorang macam biasa." Luah Jin lagi.
"Kita baru je janji nak pergi lepak sama2 kan. Kita nak celebrate kejayaan kita sama2 kan. Kau bangun lah, V. Aku dah penat dengan semua ni." Jin tertunduk. Dia tidak dapat lagi tahan rasa sakitnya. Dia menangis teresak2.
Jungkook berdiri menghadap ke laut. Air matanya tidak berhenti mengalir. Tangannya memagang pemegang besi di situ. Kepalanya di tundukkan. Bahunya terjungkit2 kerana menangis.
Hoseok berlari kearah Jungkook. Dia pegang bahu Jungkook. "Kau buat apa kat jambatan ni Jungkook?" Tanya Hoseok.
"Aku dah penat dengan semua ni. Aku dah tak larat. Aku dah tak kuat. Aku dah give up." Kata Jungkook dalam tangisannya.
"Kau jangan buat kerja gila lah, Jungkook. Ni bukan penyelesaiannya. Kau kena kuat, Jungkook. Aku tahu kau boleh kuat. Kita semua boleh kuat. Kuatkan semangat kau Jungkook." Hoseok.
Jungkook masih menangis. "Sampai bila kita nak hadap semua ni? Sampai bila? Aku dah penat lah." Jungkook.
Hoseok tidak mampu berkata apa2 lagi. Dia terus memeluk sahabatnya itu apabila dia lihat Jungkook sudah menangis teresak2.
"Ni bukan jalan penyelesaian yang sebenar, Jungkook. Kita kena kuat." Kata Hoseok.
Tepat jam 9 malam Encik Kim kembali ke hospital untuk menjaga Taehyung. Dia melangkah masuk ke wad Taehyung. Dia lihat Jin tertidur dengan kepalanya diletakka di sisi Taehyung.
Perlahan2 encik Kim kearah Jin. Dia menggoyangkan sedikit badan Jin. "Jin. Bangun Jin." Kejut Encik Kim.
Jin tersedar. Dia pandang Encik Kim. Pantas dia bangun. "Encik Kim dah lama ke encik Kim sampai?" Tanya Jin.
"Baru je." Balas Encik Kim sambil tersenyum. "Mana yang lain?" Tanya Encik Kim.
"ermm diorang dah balik. Saya suruh diorang balik sebab saya tengok diorang macam dah penat tadi." Balas Jin.
"Ohhh. Ermm terima kasih sebab jaga Tae." Ucap Encik Kim.
"Ehhh tak ada apa lah. Saya memang nak jaga dia pun tadi." Jin balas.
Encik Kim tersenyum lalu duduk di kerusi yang Jin duduk tadi. Jin ke kaki katil. Encik Kim renung Taehyung lama.
"Tae dapat keputusan paling tinggi ke dalam kelas?" Tanya encik Kim.
Jin terdiam seketika. "Erm haah. Keputusan dia meningkat dan dia dapat keputusan paling tinggi dalam kelas kitorang. Tae happy sangat bila dapat tahu keputusan dia paling tinggi. Perkara pertama yang dia nak buat lepas dia dapat keputusan tu adalah dia nak tunjuk dekat eomma dia. Dekat sekolah berapa banyak kali dia cakap yang dia tak sabar nak tunjuk keputusan dia tu dekat eomma dia. Sebab dia tahu eomma dia mesti happy. Dia yakin yang akhirnya dia dapat balas segala penat lelah eomma dia selamani. Kitorang ingat kitorang nak celebrate kejayaan dia dekat tempat favourite kitorang, tapi dia cakap sebelum kitorang celebrate dia nak balik rumah dan dia nak bagitahu eomma dia pasal berita gembira ni. Dia nak tengok sangat wajah gembira eomma dia. Tapi kitorang tak sangka lain pula jadinya." Cerita Jin.
Encik Kim menghelakan nafas kecil. "Sepanjang hidup dia, tak pernah sekali pun hidup dia bahagia. Pak Cik yang jadikan hidup dia jadi macam ni. Pak cik bersalah. Pak Cik selalu buat dia stress hidup dekat rumah tu, pak cik juga yang juga yang buatkan eomma dia selalu marah dia walaupun sebenarnya itu salah pak cik. Pak Cik kesal dengan perbuatan pakcik." Encik Kim tidak dapat tahan rasa sebaknya lagi. Dia menangis di sisi Taehyung.
"Encik Kim, Encik Kim dah berjaya buat tae bahagia. Walaupun hanya buat sementara sahaja. Sejak encik kim berbaik dengan tae, Tae selalu happy. Dia suka cerita aktiviti yang dia dah buat dengan Encik Kim. Kitorang tak pernah tengok dia se happy tu. Saya nak ucapkan terima kasih sangat2 sebab sudi jadi appa yang terbaik untuk tae. Dia sayang encik kim sangat2. Dia dah anggap encik kim betul2 seperti appa yang membesarkan dia daripada kecil lagi." Terang Jin.
Encik Kim diam.
Keesokan harinya Miss Suzy dan Seojun datang melawat Taehyung di hospital pada waktu persekolahan.
"Macam mana keadaan Taehyung sekarang?" Tanya Seojun.
"Macam ni je lah. Dia masih tak sedarkan diri dia. Mungkin dia terlalu kecewa dengan apa yang baru terjadi pada hidup dia." Balas Encik Kim sambil matanya memandang Taehyung yang masih tidak menyedarkan dirinya.
Seojun menepuk perlahan bahu Encik Kim. "Encik bersabarlah. Ada sebab disebalik apa yang terjadi ni semua. Saya bersyukur encik Kim sudah berbaik dengan Tae. Kalau tidak, mesti Tae dah tak ada sesiapa lagi dengan dia sekarang. Mungkin hidup dia pun akan berubah 100%. Sekarang ni kita sama2 lah bersabar dan bantu Tae. Saya pun berharap agar encik dapat bantu Tae. Saya tak nak keputusan Tae menurun semula." Kata Seojun.
Encik Kim mengangguk perlahan. Tiba2 phone Seojun berdering. Dia keluar sebentar untuk menjawab panggilan tersebut.
"Sampai bila awak cuti?" Tanya Miss Suzy.
"Mungkin saya cuti harini je. Saya kena kerja juga walau apa pun yang jadi. Saya nak kumpul duit. Saya nak bawa Tae keluar daripada rumah tu. Rumah tu dah beri kenangan yang pahit dekat Tae. Saya nak Tae lupakan apa yang dah terjadi semalam." Encik Kim balas.
"Awak dah berubah." Kata Miss Suzy.
Encik Kim pandang Miss Suzy. "Maksud awak?" Tanya Encik Kim semula.
"Yeah saya nampak yang awak ni betul2 sayangkan Tae. Awak sanggup buat apa sahaja untuk bahagiakan Tae. Tak macam dulu. Saya bangga dengan awak." Puji Miss Suzy sambil tersenyum.
"Tae dah tak ada sesiapa lagi selain saya dan kawan2 dia. Saya sedar yang sebenarnya Tae mampu buat saya bahagia. Dia yang ubah hidup saya menjadi lebih baik. Dia selalu bagi semangat dekat saya untuk jadi kuat. Dia juga yang menghilangkan rasa penat saya bila balik kerja. Kalau saya berbaik dengan dia daripada dulu lagi, mesti perkara ni tak kan berlaku." Encik Kim.
"Ni bukan salah awak. Tae tak pernah salahkan awak atas apa yang terjadi. Semua ni jadi bersebab. Awak kena kuat. Awak jangan risau. Saya akan sentiasa ada untuk bantu awak. Kalau awak ada masalah apa2, bagitahu je saya. Saya akan bantu apa yang saya mampu." Miss Suzy. Encik Kim diam.
"Tae, bangunlah. Appa rindu Tae sangat2. Tae tolong bangun. Appa dah tak kuat nak tengok tae macam ni. Tae tolong kuatkan diri Tae. Appa janji tae tak kan terluka lagi bila tae sedar nanti. Appa akan bahagiakan Tae. Appa janji. Appa sanggup buat apa sahaja demi kebahagiaan Tae. Tae tolong bangun." luah Encik Kim dalam tangisannya. Seojun dan Miss Suzy sudah lama pulang. Tinggal Dia dan Taehyung sahaja di situ.
{Like>Comment>Share}
![](https://img.wattpad.com/cover/90775883-288-k230962.jpg)
YOU ARE READING
BTS HIGH SCHOOL
FanficKisah kehidupan 7 orang sahabat yang berbeza. Sahabat yang sentiasa ada bila susah dan senang. Membantu antara satu sama lain. Salah seorang daripada mereka terpaksa berkerja Pada waktu malam untuk mencari duit tanpa pengetahuan sahabatnya yang lain...