Kisah kehidupan 7 orang sahabat yang berbeza. Sahabat yang sentiasa ada bila susah dan senang. Membantu antara satu sama lain. Salah seorang daripada mereka terpaksa berkerja Pada waktu malam untuk mencari duit tanpa pengetahuan sahabatnya yang lain...
Akhirnyamereka tiba juga di destinasi mereka. Mereka turun dari bas lalu berdiri menghadap kearah sebuah banglo yang sederhana besar. Mereka semua ternganga. Teruja tambah kagum
"Wow!!!" Kata mereka serentak. Teruja melihat rumah tersebut. Dah lah besar, lepastu kawasan rumah itu sunyi. Tiada rumah lain di situ.
"Miss Suzy, ni rumah siapa?" Tanya J-Hope.
Miss Suzy tersenyum. "Tak apa. Itu tak penting. Sekarang ni kita akan duduk di sini selama 2 minggu. Just fikir tu je." Kata Miss Suzy.
Mereka mengangguk. "Ehh jom lah angkat barang." Kata Rapmon.
"Ehh tak payah." Halang Seojun. Mereka semua berkerut dahi. "Nanti ada orang uruskan. Sekarang ni, Miss Suzy akan bawa korang semua pusing kawasan rumah ni." Kata Seojun.
"Ohhh OK." Setuju mereka. Tetapi dalam otak masih kebingungan.
"Jom guys." Ajak Miss Suzy lalu berjalan mendahului mereka. Mereka semua mengikut langkah Miss Suzy.
Mereka teruja melihat kawasan rumah itu. Siap ada pondok lagi. Cantik pula tu.
Lagi mengejutkan mereka apabila terlihat ada padang sukan di belakang rumah itu. Ada tempat untuk exercise lagi pula tu.
"Huishh!!! Ni rumah ke apa." Kata Yoora.
"Tu lah!!! Ada padang suka? Serious lah?" Mi Cha.
"Weh, tinggal sini nak tak?" Tanya Jungkook.
"Banyak lah kau nak duduk sini. Cukuplah 2 minggu kita duduk sini. Buat apa nak tinggal sini terus. Buang tabiat ke?" Bebel Suga.
Jungkook muncung. "Fine!!! Bebel je." Kata Jungkook perlahan tetapi dapat didengari Oleh V. V ketawa. Apabila melihat V ketawa, Jungkook pun join ketawa. Yang Suga dah duk perhati diorang je.
"Ok semua duduk di sini dulu. Cikgu Seojun akan agihkan kamu semua kepada 3 kumpulan. Jadi satu kumpulan akan ada 4 ahli." Mereka angguk faham mendengar penerangan dari Miss Suzy itu Mereka duduk diatas rumput padang.
Seojun tiba dengan 2 plastik beg berisi sesuatu ditangannya. "Ok semua dah sedia?" Tanya Seojun.
"Dah!!!" Jawab mereka serentak.
"OK, Cikgu sebut nama, kamu duduk ikut kumpulan kamu faham?"
"Faham!!"
"Ok good!!! Kumpulan Merah, Jungkook, Taehyung, Namjoon dan Yoora!!! OK duduk di kumpulan kamu sekarang." Arah Seojun.
Jungkook, V, Rapmon dan Yoora bergerak. "OK seterusnya Kumpulan Kuning, Jimin, Yoongi, Hana dan Soo Min. Gerak sekarang."
Mereka gerak. "Akhir sekali kumpulan hijau, Jin, Hoseok, Myeong dan Mi Cha!!! Duduk dalam kumpulan kamu sekarang, Cikgu nak bagi baju." Arah Seojun.
Setelah selesai, Seojun agihkan baju mengikut warna kumpulan kepada mereka. Mereka kelihatan teruja melihat baju tersebut.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.