Bab 19

515 33 0
                                    

Yuri menangis teresak-esak dibiliknya. "Oppa jahat!!! Yuri benci oppa!!!" Jerit Yuri.

Semua surat-surat yang dihantar oleh Rapmon setiap bulan semasa di disana, dironyokkan sebelum dicampak jauh-jauh.

Barang-barang pemberian Rapmon juga dibuang kedalam tong sampah. "Mulai harini, dia bukan siapa-siapa lagi dengan aku. Not even my brother." Kata Yuri sendirian.

Rapmon perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik Yuri. Dia lihat banyak ronyokkan kertas bertaburan di lantai. Rapmon cangkung untuk mengutip ronyokkan kertas-kertas itu.

Dia bangun setelah mengutip. Dia melihat satu-satu kertas itu. Hatinya jadi sayu melihat kertas-kertas itu. Dia kearah Yuri. Dia menyelimutkan tubuh Yuri perlahan-lahan. Dia cangkung sedikit di sisi katil Yuri.

"Oppa tak pernah bencikan adik oppa sorang ni. Tapi keadaan yang memaksa untuk oppa buat macam ni. Oppa sayang Yuri sangat-sangat. Maafkan Oppa." Bisik Rapmon perlahan.

Dia bangun. Baru sahaja dia mahu keluar dari bilik itu, tiba-tiba dia ternampak sesuatu yang menarik perhatiannya di dalam bakul sampah di sisi meja belajar Yuri. Rapmon kearah nya.

Dia tersenyum nipis. Dia mengambil barang-barang itu semua sebelum berlalu keluar dari bilik itu. Dia kembali semula ke biliknya.

Dia tertawa kecil. "Yuri dari kecil sampai dah bear, tak pernah berubah perangai tu. Sama macam budak-budak. Rindunya dengan Yuri." Kata  Rapmon sendirian sambil tangannya memasukkan barang-barang dan surat-surat itu kedalam sebuah kotak. Kotak itu kemudiannya disimpan didalam almari.

Rapmon tersenyum. "Cukup lah oppa dapat rasakan yang Yuri sentiasa ada dekat dengan oppa." Katanya sambil melihat gambar dia bersama adiknya sewaktu kecil.

Sudah berapa hari Rapmon dan adiknya tidak bertegur sapa. Dua-dua buat hal masing-masing. Pn. Kim yang melihat dia itu turut pelik melihat kelakuan anak-anaknya itu.

Rapmon berjalan kedapur untuk mengambil air, tiba-tiba En. Kim masuk sekali. Rapmon tidak memandang sedikit pun wajah ayahnya itu.

"Baguslah kalau kau dah sedar kedudukan kau kat mana." Kata En. Kim.

Rapmon terkedu seketika. "Aku tak nak Yuri rapat sangat dengan kau. Nanti tak pasal-pasal dia terikut kau. So kesimpulannya kat sini, kau jangan sesekali cuba rapat dengan dia." Kata En. Kim.

Rapmon pandang En. Kim. "Namjoon sedar siapa diri Namjoon. Kalau appa nak suruh Namjoon keluar dari rumah ni pun Namjoon tak kisah. Pangkat dan harta Appa lagi penting dari anak Appa kan. Tak apa, Namjoon faham. At least, Namjoon tak sibuk dengan kekayaan appa. Terima kasih sebab buat Namjoon lebih kenal dunia ni." Rapmon terus berlalu. En. Kim sedikit terkedu dengan Kata-Kata anak sulungnya itu.

Yuri duduk di katilnya. Dia termenung sendirian. Hatinya sedikit terasa sayu. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dia lihat dan dengar.

"Kenapa Appa buat oppa macam tu?" Kata Yuri sendirian.

Dia cuba memikirkan sesuatu. Cara untuk memulihkan semula hubungan dia dan abangnya. Dia tidak sangka En. Kim lah punca mereka tidak bertegur.

Beberapa hari kemudian, BTS duduk di tempat masing-masing didalam kelas. Rapmon asyik berdiam sahaja sejak akhir-akhir ini.

"Rapmon, kau OK tak?" Tanya Jin.

Rapmon tersentak. Dia pandang mereka semua. Rapmon tersenyum tawar sebelum mengangguk. "Aku OK je."

"Kau tak payah tipu kitorang. Come on, kita kenal dari kecil lagi. Orang lain bolehlah kau nak tipu. But not us." Jungkook.

Rapmon terdiam. "Ni mesti pasal pak cik Kim kan? Dia buat apa lagi kat kau?" Suga.

BTS HIGH SCHOOLTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang