Jin sudah pulang apabila V tiba. V duduk ditempat Jin sebentar tadi. Dia renung Jungkook yang lemah diatas katil itu. Dia sedikit sebak melihat Jungkook.
"Jungkook, kau bangunlah. Aku janji dengan kau yang aku tak kan gaduh-gaduh dengan suga lagi. Tadi, Jiwoo ada cakap yang dia nampak kau air mata kau mengalir time kitorang gaduh. Aku minta maaf sebab buat kau macam ni." Luah V.
"Aku sayang kau. Aku tahu kau kuat. Kau bangun lah Jungkook. Kau lawan lah sakit kau tu. Kau tak sayang kitorang ke? Lagi Dua minggu kita ada test exam. Tak kan kau nak gagal Jungkook?" Luah V sendirian.
V tunduk untuk beberapa minit. "Tak apa lah. Kau rehat lah. Aku jaga kau. Aku akan sentiasa ada kat sisi kau. Aku sayang kau Jungkook."
'Aku tak kuat, Jungkook. Aku tak kuat tengok kau sakit macam Ni.' Bisik hatinya.
Hampir seminggu Jungkook tidak sedarkan dirinya. Eomma Jimin dan Rapmon turut pernah hadir melawat Jungkook. Yugyeom pun pernah datang untuk lawat Jungkook. Parents Baekhyung turut hadir untuk melihat keadaan Jungkook.
BTS semua ada kat Dalam wad Jungkook. Jin duduk di sisi Jungkook. J-Hope, Suga dan Jimin duduk di sofa. Manakala V dan Rapmon berdiri di kaki katil.
"Jungkook, bila kau nak bangun? Lama sangat Ni kau rehat. Kau jangan lah tinggalkan kitorang." Kata Jin sendirian.
Jungkook tersedar. Kepalanya sedikit sakit. Matanya kabur. Jungkook pejam dan celikkan semula matanya. Jungkook pandang sekeliling. Dia berkerut dahi.
Perlahan-lahan dia bangun. Dia lihat sekeliling. Putih? Kosong? Aku kat mana ni?
"Nenek!!! BTS!!!" Laung Jungkook. Dia terpusing-pusing mencari mereka.
"Aku kat Mana Ni? V!!! Rapmon!!! Suga!!! Jin!!! Jimin!!! J-Hope!!! Korang kat Mana?!!!" Laung Jungkook lagi.
"Baekhyung hyung!!! Yugyeom!!!! Tolong aku!!!"
"Jungkook!" Panggil seseorang.
Pantas Jungkook pusing. Dia sedikit terkedu. "Nenek!!!" Pantas dia peluk neneknya.
Nenek Jungkook tersenyum. Jungkook leraikan pelukannya. "Nenek, Jungkook kat Mana? Jungkook takut, nek."
Neneknya tersenyum. "Jungkook jangan takut heh? Ramai yang sentiasa ada untuk Jungkook. Diorang semua tunggu Jungkook kat sana."
Jungkook berkerut dahi. "Nenek cakap apa Ni? Kenapa nenek pakai baju warna putih? Apa ni nenek? Siapa yang tunggu Jungkook?"
"BTS, Baekhyung hyung, Yugyeom, Soo Min, Myeong, Mi Cha, Yoora dan Hana."
Jungkook berkerut dahi lagi. "Diorang? Mana diorang, nek?" Tanya Jungkook.
"Jungkook pulang lah ke alam sebenar Jungkook. Diorang semua tunggu Jungkook. Jungkook jangan lah buat diorang sedih."
Jungkook keliru. "Nenek ikut Jungkook heh?"
Nenek Jungkook menggeleng. "Tak boleh Jungkook. Alam kita dah lain. Maafkan nenek, Jungkook."
"Apa maksud nenek Ni? Nenek nak tinggalkan Jungkook?? Tak boleh. Jungkook nak ikut nenek."
"Belum tiba masa nya lagi untuk Jungkook ikut nenek. Jungkook teruskan lah hidup Jungkook. Ramai Yang akan jaga Jungkook kat sana." Kata neneknya.
Jungkook menggeleng. Air matanya mengalir. "Nenek tak boleh lama. Nenek pergi dulu, Jungkook."
Jungkook menggeleng. "Tak!!! Nenek!!" Jungkook mahu mencapai tangan nenek nya. Tetapi gagal. Perlahan-lahan bayangan neneknya hilang.
YOU ARE READING
BTS HIGH SCHOOL
FanfictionKisah kehidupan 7 orang sahabat yang berbeza. Sahabat yang sentiasa ada bila susah dan senang. Membantu antara satu sama lain. Salah seorang daripada mereka terpaksa berkerja Pada waktu malam untuk mencari duit tanpa pengetahuan sahabatnya yang lain...