Bab 39

325 29 4
                                    

"V, ni appa kau. Dia lah yang jaga kau sepanjang kau koma." Beritahu Namjoon.

Taehyung pandang encik Kim. Encik Kim duduk di sebelah Taehyung. Dia memegang tangan Taehyung.

"Ni appa, Tae. Appa." Beritahu Encik Kim. Encik Kim cuba untuk menahan rasa sebaknya.

Taehyung tak tahu kenapa. Tapi hati dia tiba2 rasa sebak apabila melihat wajah Encik Kim. Tiba2 sahaja air matanya mengalir.

"A...A...Appa." Taehyung.

Air mata Encik Kim mengalir apabila melihat Taehyung. Dia memeluk anak tirinya itu. Apabila dia lihat wajah Taehyung, mesti peristiwa pahit yang berlaku pada Taehyung dan dia akan kembali dalam ingatannya.

"Appa rindu Tae sangat2. Terima kasih sebab sedarkan diri Tae." Ucap Encik Kim sambil mengusap lembut kepala Taehyung.

"Maafkan Tae sebab buat appa risau. Tae janji, Tae tak kan buat appa risau lagi." Balas Taehyung.

Encik Kim leraikan pelukan. Dia pandang wajah Taehyung. "Appa janji, appa akan jaga Taehyung baik2 lepasni. Appa tak kan benarkan ada sesiapa cuba untuk sakitkan Taehyung. Appa akan bahagiakan Taehyung lepasni. Appa Janji." Ucap Encik Kim lagi.

Taehyung tersenyum. "Eomma mana?" Semua terdiam mendengar soalan Taehyung. Encik Kim pandang BTS.

BTS berbalas pandangan antara satu sama lain. Encik Kim kembali pandang Taehyung. "Lepasni kita akan mulakan hidup kita berdua je. Eomma dah tak ada. Tapi Tae jangan sedih, appa sanggup jadi eomma dan appa untuk bahagiakan Tae. Itu janji appa pada Tae." Encik Kim.

Tae terdiam seketika. "Eomma dah tak ada? Tae dah tak ada eomma? Mana eomma Tae? Mana eomma?! Eomma sakit ke, appa?" Taehyung mula menangis.

Encik Kim peluk Taehyung. "Tae tolong jangan macam ni. Tae kena kuat. Appa tahu Tae boleh kuat. Appa akan selalu ada dengan Tae. Appa boleh kuat, Tae pun mesti boleh kuat. Tae jangan macam ni please." Pujuk Encik Kim. Air mata dia juga mengalir. Taehyung menangis di dalam pelukan Encik Kim.

BTS hanya mampu menahan sebak sahaja melihat dua beranak itu. Mereka sedih dengan nasib yang diterima oleh mereka dua beranak.

Setelah seminggu Taehyung sedarkan dirinya, Taehyung telah diberi kebenaran untuk keluar daripada wad. Encik Kim membawa beg pakaian Taehyung menuju ke rumah mereka. Taehyung mengikut langkah encik kim daripada belakang.

Encik Kim membuka pintu rumah mereka. "Masuklah Tae. Ni lah rumah kita." Encik Kim melangkah masuk dan terus ke bilik untuk meletak beg pakaian Taehyung.

Kaki Taehyung melangkah masuk ke dalam rumah itu. Dia melihat sekeliling rumah itu. Tidak tahu kenapa tetapi dia merasakan seperti hatinya sakit sangat apabila melihat rumah itu.

Taehyung memegang kepalanya kerana terasa sakit. Encik Kim yang baru keluar daripada bilik itu pantas ke arah Taehyung apabila melihat Taehyung seperti sakit kepala.

"Tae, ok tak? Tae rehat lah kat dalam bilik dulu. Appa buatkan bubur nanti." Encik Kim menunjukkan bilik Taehyung kepadanya. Taehyung duduk di katilnya manakala Encik Kim terus kedapur.

Taehyung lihat sekeliling biliknya. Dia lihat banyak gambar yang tertampal di sekeliling dinding biliknya. Taehyung menghampiri gambar2 tersebut.

 Taehyung menghampiri gambar2 tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BTS HIGH SCHOOLWhere stories live. Discover now