BTS jalan bersama-sama kesekolah termasuk Jiwoo. Mereka perasan yang Rapmon diam sahaja sepanjang jalan.
"Rapmon, kau OK tak?" V.
Rapmon tersentak. "Hah?? OK." Tipu Rapmon.
"Orang lain kau boleh tipu. Tapi bukan kitorang. Kitorang kenal kau dah 15 tahun. Bukannya 5 tahun." Kata Suga.
Rapmon terdiam seketika.
"Rapmon, kita dah janji kan susah senang kita sama-sama. Kau jangan tanggung masalah kau sorang-sorang. Bagitahu kitorang. Mana tahu kitorang boleh Tolong." J-Hope.
Rapmon mengeluh kecil. "Hujung minggu Ni adik aku balik."
Mereka terdiam seketika. "Ohh OK aku faham kau." Jungkook.
"Ni kes ayah kau kan?" Jin.
Rapmon angguk. "Rapmon, kau ada life kau sendiri lah. Kau nak kisah ke apa yang ayah kau cakap tu? Ayah kau tu puji adik kau macam-macam, sebab dia nak kau sakit hati je. Sebab dia fikir, dengan cara tu, kau boleh berubah." Jimin.
"Haah. Tak semestinya adik beradik kena sama sifat dia. Tak mustahil, orang yang masuk special class macam kita ni boleh berjaya satu hari nanti tau. Belum tentu lagi orang yang belajar tinggi-tinggi kat luar negara tu, boleh ada kerjaya yang sentiasa dipuji orang." Suga.
"Setuju. Kau buktikan lah dekat bapa kau yang kau ni jauh lebih OK Dari adik kau. Alah, kita dah biasa bincang kan pasal benda ni." Jin.
Rapmon hanya diam. Dia mengangguk perlahan. BTS senyum pandang Rapmon. Jungkook peluk bahu Rapmon. "Alah, kitorang kan sentiasa ada untuk kau. Kalau bapa kau tak boleh nak sayang kau, kitorang boleh. Kau kan leader kitorang. Kau tunjukkan lah yang kau kuat kat depan kitorang. Kuat depan kitorang tak bermaksud kau pendam kesedihan kau sorang-sorang. Kau kena juga bagitahu kitorang. Tapi jangan sedih macam Ni. BTS, sprang sedih, semua sedih." Jungkook.
Mereka tersenyum termasuk Jiwoo. Rapmon turut tersenyum mendengar kata-kata Jungkook. Lalu di gosoknya kepala Jungkook seperti budak-budak. Jungkook hanya ketawa. Begitu juga yang lain.
Mereka berjalan keluar dari sekolah bersama-sama sambil ketawa mendengar lawak V. Langkah mereka terhenti apabila Jimin berhenti melangkah.
Mereka pandang Jimin pelik. "Tu driver aku tu. Dia buat apa kat sini?" Jimin.
Mereka ikut arah Yang dipandang Jimin. Mereka berkerut dahi. Kemudian mereka mengikut langkah Jimin kearah drivernya.
Drivernya terus berdiri tegak apabila melihat Jimin. "Pak cik buat apa kat sini? Ermm setiap hari kan Jimin Balik dengan diorang Jalan kaki." Kata Jimin.
"Ermm arahan dari eomma Jimin untuk menjemput Jimin dan kawan-kawan Jimin." Mereka semua berkerut dahi.
"Kenapa pula?" V.
"Haah. Nak pergi mana?" Jin.
"Ermm kita kena pergi hospital." Semua terkejut.
"K...kenapa?" J-Hope.
"N...ne...nenek Jungkook." Kata drivernya tergagap.
Jungkook tersentak. "Ne... Nenek? K... Kenapa dengan nenek?" Jungkook.
"Nenek Jungkook masuk wad." Jungkook merasakan kakinya seperti lemah.
Mereka yang lain juga terkedu. "Ermm Soo Min." Panggil J-Hope.
Soo Min dan rakan-rakannya pandang J-Hope. "Kau jaga Jiwoo kejap boleh. Kitorang pergi hospital." Pesan J-Hope.
"Ohh OK. Kalau ada apa-apa berita, bagitahu kitorang." Kata Soo Min risau.

ANDA SEDANG MEMBACA
BTS HIGH SCHOOL
FanfictionKisah kehidupan 7 orang sahabat yang berbeza. Sahabat yang sentiasa ada bila susah dan senang. Membantu antara satu sama lain. Salah seorang daripada mereka terpaksa berkerja Pada waktu malam untuk mencari duit tanpa pengetahuan sahabatnya yang lain...