Bab 34

300 27 1
                                    

Hoseok terus berlari ke wad yang telah diberitahu oleh Puan Jung. Puan Jung dan yang lain mengikut langkah Hoseok ke wad tersebut.

Bukan sahaja pintu tersebut, Hoseok sedikit terkedu. Dia melihat adiknya sedang baring di atas katil dengan wajah yang pucat manakala Yuri berada di sisinya.

Perlahan kaki Hoseok melangkah kearah Jiwoo. Yuri bangun daripada kerusi itu lalu mengambil beberapa langkah kebelakang untuk memberi ruang kepada Hoseok.

Air mata Hoseok mengalir sedikit. Hoseok duduk dikerusi yang Yuri duduk sebentar tadi. Hoseok melihat adiknya daripada rambut hingga ke hujung kaki.

Dia tidak dapat lagi tahan rasa sebaknya. Jiwoo cuba untuk mengukirkan senyuman walaupun dia rasakan dirinya telah lemah.

Hoseok menangis memandang Jiwoo. Dia pegang tangan adiknya itu. "Kenapa Jiwoo buat abang macam ni? Kenapa Jiwoo tak bagitahu abang? Kenapa Jiwoo rahsiakan benda ni dari abang? Kenapa Jiwoo? Wae?" Tanya Hoseok dalam tangisannya.

Jiwoo hanya diam. Senyumannya masih dikekalkan. "Jiwoo tolong. Tolong jangan senyum. Abang tahu Jiwoo senyum sebab Jiwoo tak nak abang risaukan Jiwoo. Jiwoo jangan tipu abang lagi. Tolonglah, abang merayu dengan Jiwoo. Abang tahu Jiwoo dah tak kuat. Jiwoo jangan paksa diri Jiwoo untuk senyum. Tolong lah." Rayu Hoseok lagi. Hoseok menundukkan kepalanya.

Yuri yang melihat situasi itu hanya mampu menahan sebak sahaja.

Puan Jung dan yang lain melangkah masuk kedalam bilik tersebut. BTS yang melihat keadaan itu, sedikit terkedu. Namjoon kearah Yuri yang sudah menekup mulutnya kerana cuba untuk menahan sedih.

"Abang." Panggil Jiwoo dengan suaranya yang lemah.

Hoseok mengangkat wajahnya lalu memandang Jiwoo. "Jiwoo tak pernah lemah selagi abang ada dengan Jiwoo. Abang kekuatan Jiwoo. Tak pernah sekali pun Jiwoo lemah..." Hoseok mendengar sahaja apa yang dikatakan Jiwoo itu.

"Sebab abang sentiasa ada dengan Jiwoo. Abang selalu buat Jiwoo ketawa dan abang juga lah yang buatkan Jiwoo jadi kuat. Abang juga lah yang buat Jiwoo berani berhadapan dengan semua orang dalam keadaan Jiwoo yang macam ni. Dan abang juga lah penyebab Jiwoo teruskan hidup Jiwoo. Jiwoo buat semua ni untuk abang dan eomma." Sambung Jiwoo.

"Jiwoo tahu kalau Jiwoo bagitahu awal2 yang Jiwoo ada sakit, Jiwoo mesti tak kan rasa kebahagian macam sekarang ni. Maybe Jiwoo tak kan dapat rasa pun kebahagiaan ni. Jiwoo kembali ke keluarga kandung Jiwoo sebab Jiwoo nak rasa hidup bahagia dengan keluarga kandung Jiwoo. Kalau Jiwoo bagitahu yang Jiwoo sakit, abang dengan eomma mesti tak kan gembira. Jiwoo tak nak benda tu berlaku."

"Sekarang Jiwoo dah berjaya satukan eomma dengan abang semula. Jiwoo dah berjaya ubah keluarga abang dan Jiwoo dah berjaya buat abang dan eomma bahagia. Itu je yang Jiwoo nak kan selamani." Air mata Hoseok mengalir laju. Dia mencium tangan adiknya itu.

"Jiwoo sayang abang sangat-sangat. Lebih daripada Jiwoo sayang nyawa Jiwoo." Ucap Jiwoo.

"Abang pun sayang Jiwoo. Sangat2." Balas Hoseok.

Hoseok masih berada di sisi Jiwoo walaupun rakan2nya yang lain telah pun pulang. Puan Jung menghampiri Hoseok.

"Hoseok, balik lah. Dah lewat dah ni. Esok Hoseok nak sek kan." Kata Puan Jung.

Hoseok diam seketika sebelum geleng. Pandangannya masih pada Jiwoo yang sedang tidur. "Tak nak. Hoseok tak nak sekolah selagi Jiwoo tak sihat. Hoseok nak teman Jiwoo." Balas Hoseok.

"Jangan lah macam ni, Hoseok. Esok lepas balik sek, Hoseok datang lah sini lagi. Dah lewat ni. Biar eomma jaga Jiwoo malam ni. Hoseok sayang Jiwoo kan." Pujuk Puan Jung.

BTS HIGH SCHOOLTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang