BAB 14

626 36 0
                                    

Setelah puas mereka berbual, mereka buat keputusan untuk pulang kerumah masing-masing. Mereka juga telah puas berborak dengan Baekhyung dan Yugyeom.

J-Hope menemani Jiwoo pulang kerumahnya. Mereka berhenti disebuah rumah banglo yang sangat besar. J-Hope sedikit terkedu apabila melihat rumah tersebut.

"Ni lah rumah Appa yang baru." Jiwoo.

J-Hope tersenyum. "oh ok Erm tak pe lah, abang balik dulu. Jumpa esok heh." J-Hope mengikut permintaan Jiwoo untuk memanggilnya 'abang'.

"ehh. Tunggu lah Jiwoo nak ambil barang-barang Jiwoo." Jiwoo.

J-Hope berkerut dahi. "Nak buat apa?" J-Hope.

"Jiwoo pindah sini sebab nak hidup dengan abang." Jiwoo.

J-Hope terdiam seketika. "Tak. Jiwoo tak boleh tinggal dengan abang." Jiwoo berkerut dahi.

"Kenapa?" Jiwoo.

"Jiwoo tak boleh tinggal dengan Abang. Jiwoo tak patut rasa kehidupan abang. Jiwoo dah bahagia dekat sini. Kenapa Jiwoo nak hidup dekat sana?" J-Hope.

"Abang, Jiwoo tak kan bahagia tanpa Abang disisi Jiwoo. Lagipun Appa dah bagi kebenaran." J-Hope terdiam.

"Jiwoo yakin appa bagi kebenaran?" J-Hope.

"Arghhh tak kisahlah. Jiwoo tetap nak ikut abang. Jiwoo dah lama kemas barang Jiwoo dah. Abang tunggu. Kalau Abang tak tunggu, Jiwoo anggap abang tak sayang Jiwoo." Jiwoo terus berlalu masuk.

J-Hope terkedu. Tiba-tiba dia ternampak seseorang Yang sudah lama dia tidak jumpa. Orang yang sangat dia sayangi 15 tahun yang lepas.

Lelaki tersebut berhenti dihadapan J-Hope. "Annyeong, Ap... Appa." J-Hope.

Lelaki tersebut tidak balas. Dia berpeluk tubuh. Dia lepaskan nafas kasar. "Hoseok." Kata lelaki tersebut

"Kau dengar sini heh. Aku sayang Jiwoo sangat-sangat. Kau ingat aku senang-senang je nak bagi Jiwoo tu kat kau dengan perempuan tu? Kalau Jiwoo tu tak merayu kat aku, aku tak kan benarkan dia ikut kau. Tapi terpaksa." Kata lelaki tersebut. J-Hope langsung tidak memandang lelaki tersebut.

"Kau ingat heh, kalau apa-apa terjadi dekat Jiwoo, aku tak kan maafkan kau sampai mati. Kau dengar tu." Kata Lelaki tersebut.

J-Hope terasa sedikit sebak. 'Aku ingat dia dah berubah. Rupanya tak.' Bisik hati J-Hope.

Jiwoo datang kearah mereka dengan beg-begnya. Dia tersenyum gembira. "Appa, Jiwoo pergi dulu heh. Appa jaga diri betul-betul. Jangan buat kerja banyak-banyak. Nanti sakit, eomma juga yang susah." Pesan Jiwoo.

Appanya tersenyum. "Ye lah. Jiwoo pun. Kalau ada apa-apa, call Appa. Kalau duit dah Habis, bagitahu appa." Pesan appanya.

"Ye lah appa. Jiwoo sayang Appa." Jiwoo cium pipi appanya. J-Hope hanya mampu mengukirkan senyuman terpaksa.

"Hoseok, hoseok ingat heh apa yang appa pesan tadi." Kata lelaki tersebut dengan lembut.

J-Hope ukirkan senyuman terpaksa. Dia angguk perlahan. "Tak pa lah. Kitorang pergi dulu. Bye!" Jiwoo. J-Hope bantu angkat beg-beg Jiwoo. Dia berjalan mendahului Jiwoo.

Jiwoo tersenyum gembira lalu mengikut langkah J-Hope. Tidak lama kemudian, mereka tiba dia kawasan rumah flak.

Jiwoo sedikit terkedu. Mereka mendaki anak tangga ke tingkat 4. Tiba sahaja dihadapan rumah, J-Hope membuka pintu. "Masuklah Jiwoo. Rumah ni tak besar sangat macam rumah appa Jiwoo." J-Hope.

Jiwoo angguk tanpa kata-kata. J-Hope pandang Jiwoo. Dia tersenyum sinis. "Kenapa? Tak selesa? Kan abang dah Kata yang Jiwoo tak boleh hidup dekat sini. Jiwoo tak nak dengar. Dah Jom lah Abang hantar balik." Kata J-Hope.

BTS HIGH SCHOOLWhere stories live. Discover now