"Eh, kata nak balik rumah?" aku melompat turun dari ninja Emery, selepas mencabut kunci, Emery membetulkan sedikit rambutnya sebelum berjalan melepasi aku.
"Wei jangan seen aku." aku berlari anak untuk mengejar langkah Emery, kepala terasa berat, seperti ada sesuatu duduk melantun di atas kepala.
Emery berhenti lalu memandang aku dengan pandangan pelik, jarinya tunjuk ke arah atas kepala aku.
Dengan takut-takut aku meraba kepala, sesuatu yang keras, dan licin. Lah baru teringat yang helmet apollo berwarna merah terang aku masih belum dibuka.
Aku terus membuka helmet lalu dipegang, Emery meminta helmet dari aku lalu aku berikan kepadanya, selepas Emery mencapainya, dia mencampak helmet tersebut ke tong sampah yang terletak pada tepi jalan.
Aku mengerutkan kening lalu memandang Emery.
"Helmet tu aku dapat dari speedmart tadi, ada sorang apek tu dia kata helmet tu suwey, dia suruh aku buang tapi aku terlupa, kebetulan pulak nak pergi ambil kau dekat sekolah, aku malas nak patah balik kondo nak ambil helmet so aku bagilah kau helmet tu."
"Kiranya betul-betul suwey lah ni? Aku hampir kena langgar kot." Emery berhenti melangkah, dia memusingkan badannya lalu memandangku tajam.
"Tu namanya takdir weyh, benda-benda suwey ni semua karut. Tulah kau, tudung tak pakai tak pe lagi, ni dengan benda basic dalam agama pun tak tau ke?"
Bang! Tepat ke jantung.
"Oh yang aku kata tak pakai tudung takpe lagi tu, aku tak maksudkannya."
Rasa nak berbalah tapi malas pulak, lagipun mamat ni bad mood, tak mo kacau.
Emery kemudian memasuki restoran segera iaitu McDonalds, aku mengikut langkahnya.
"Yow Fifa World Cup!" aku memandang sekeliling, dalam restoran penyokong tegar Yahudi tersebut aku terjumpa satu kepala yang amat dikenali aku.
"Yow Mila Kudiss!" Balas aku kepada kawan baik aku, Mila Heidi, entah dari mana dan bagaimana, satu cawan plastik melayang ke arah aku, namun sempat ditangkap oleh Emery.
Emery memandang sekeliling restoran, mata yang dikecilkan tadi dibesarkan semula, dia kemudian tersenyum sinis sambil mengepal penumbuk dengan tangan kirinya.
Aku menarik hujung baju Emery, sakai ke apa tersengih sinis sorang-sorang macamtu. Emery tidak melayan aku, jadi aku pun mengambil keputusan untuk melihat ke arah yang dipandang olehnya.
Sekumpulan lelaki yang berpakaian acah gengster dengan bibir yang hitam habis sedang menyeringai ke arah aku, meremang terus bulu kaki aku.
"Em, takpelah, kita blah, cawan plastik ajepun.." aku memandang Emery dengan pandangan cuak, Emery mengangkat tinggi cawan plastik lalu menghadap aku.
"Kiranya kau tak kisah lah eh kalau cawan tu terkena kau?" aku menggeleng, apalah sangat cawan plastik saiz besar yang kosong, tu pun terkena dahi aku, bukan sakit pun.
Tapi kalau terkena straw lain cite. Itu bermakna ciuman tak sentuh, tak rela aku.
"Ok then." penutup plastik dibuka, dalam masa dua saat, kepala aku sudah terasa sejuk dan basah, mata yang terkebil-kebil serta-merta ditutup rapat, badanku mengeras, selepas memastikan tiada lagi air bergas yang berais melimpahi kepala aku, aku membuka mata.
YOU ARE READING
WTFTT
Teen Fictionnote: cerita ni dah tergantung sejak tahun 1798 France - US war jadi jangan baca, banyak lagi cerita yang sangat interesting dan yang paling penting completed aha <3 Sebuah fiksyen remaja yang tidak begitu remaja. . . . Kau pernah tau... bila ke...