18 ▪ Kecilnya Dunia

1.3K 167 28
                                    

"Hello! Assalamualaikum! Kom apa kombat, bat apa, batma-"

"Ko diam MT, diam." aku menyiku perut MT yang baru sahaja melalak lagu nolstalgia dak 90'an.

"Apa? Ni dah kali kedua bagi salam, kalau kali ketiga dia tak buka pintu lagi, kita kena blah tau." MT menyilangkan tangannya, sambil-sambil tu tangannya curi-curi mengusap tempat disiku tadi.

"Dah lah tempat ni ada banyak gila memori." gumam MT.

"Apa?"

"Nothing."

"Assalamualaikum!" aku menghadang matahari dengan tangan, kamon lah Mila, open up the door.

"Ugh, Mila tak Mila, kalau tak bukak pintu jugak dalam masa 2 minit, kita balik."

"Sabarlah alahai kau ni."

"Petang-petang macamni aku sepatutnya tengah berlatih untuk pertandingan icescate aku tau."

"Weyh, kalau abang aku boleh bawak, teman dan bawak bersabar sekarang ni, aku takkan call kau minta temankanlah, dan siapa suruh kau beriya nak bawak kereta? Drebar aku boleh bawak kot."

"Aku ingatkan kejap je, manalah aku tau lama sampai macamni."

"Fine. Kau nak balik pergilah balik."

"Kau yang cakap eh, bubye." dengan tidak segan silunya MT berjalan masuk ke dalam kereta Honda milik abangnya, aku memandang MT yang kemudian menyarungkan cermin mata gelap, telefonnya kemudian dikeluarkan lalu dimain.

Aku menekan butang interkom di sebelah pagar, cuba untuk berhubung dengan manusia yang berada di dalamnya.

"Eh Eowyn." aku memusingkan badan ke sebelah kiri dan aku ternampak Ailey yang berada 5 meter di hadapan aku, dia yang sedang menjinjing sebuah beg memandang aku, kemudian ke arah pagar yang ditutup rapat.

"Kau cari siapa?" tanyanya.

"Mila."

"Mila?"

"Ni rumah dia kan?" Ailey mengangkat bahu.

"Taktau pulak tu rumah dia." aku menggaru kepala, aik, aku salah rumah ke.

"Kau baru pindah datang sini ke? Takkanlah tak pernah bertembung dengan Mila langsung?"

"Aku tinggal sini sejak... Entah 4 ke 5 tahun, lepastu masa aku 13 aku pindah pergi rumah makcik aku." jari telunjuk Ailey terarah ke rumah selang beberapa dari rumah Mila.

Tinggal sini masa 4 atau 5 tahun, tapi tinggal dengan makcik dia masa 13 tahun, apa benda yang dia tengah cakap ni.

"Jadi kau tak pernah jumpa Mila? Oh ataupun satu minah rambut brunette highlight blonde? Dahlia?"

"Kau tengah cakap pasal aku ke?" tergelak aku mendengar jawapan dari Mila.

"No, highlight blonde, dan kau Ailey, bukan Dahlia."

"Ya aku tau, saje gurau. Oh and I think I saw her once. Kau nak aku tanyakan Beta ke? Sebab dia selalu gak lepak dengan Mila." terus aku menepuk dahi, lupa pasal Mila dengan Beta ni berjiran.

"Pelik dowh kau ni, dengan Mila berjiran, tapi dia tak datang sekolah kau tanya aku." Ailey mengangkat bahu, mood dia baik kot harini, biasanya muka ais je yang ditayang.

"So nak aku tanyakan ke tak?"

"Ya sure." bunyi pintu terbuka dan MT dengan muka monyok menegur aku.

"Lama lagi ke weyh, kau tau tak matahari ni tengah membakar kulit aku." katanya sambil menunjuk ke arah pipinya.

"Harraf?" Ailey memandang MT dengan mata terbeliak. Harraf?

WTFTTWhere stories live. Discover now