10 ▪ Kelabu Lagi!

1.8K 205 35
                                    

"Wyn." aku mencabut sebelah earphone yang sedang memainkan lagu Everyday nyanyian Ariana Grande. Pandangan aku lemparkan ke arah Emery yang sedang bersandar pada pintu.

"Aku rasa, kita stay jelah dekat kondo ni."

"Yeke? Siapa nak bayar sewa? Acik kau?" aku membalas semula alasan yang dinyatakan oleh Emery pada tempoh hari. Aku memandang Emery yang kemudian menggaru kepalanya, earphone dipasang semula selepas melihatnya melangkah pergi dari bilik aku.

Emery muncul semula sambil melayangkan sekeping kertas di depan muka aku.

"Ni, geran rumah. From now on, ni rumah kita." aku memandang muka Emery dan kertas secara bersilih-ganti.

"Aku expect kau jerit 'yayy!', takpun, 'seriously?' paling hambar pun 'oh.'." dengan muka kecewa habis, Emery menurunkan kertas tersebut ke bawah.

Aku mencabut earphone.

"Apa kau cakap tadi?"

"Lain kali orang bercakap bukak lah earphone, hish..." Emery menunjukkan siku ke muka aku, aku tidak dapat menahan diri dari menggulingkan mata ke atas.

"Aku tak nak miss walau sedetik pun lagu favorite aku. Ha ulang apa kau cakap tadi." Emery mengecilkan matanya, aku syak dia nak cekik aku, dua-dua tangan dia dah ada berdekatan dengan leher aku dah ni.

"Okay, okay, tak nak ulang tak apa. Meh duduk." Aku menepuk bahagian kanan katil aku.

Aku memandang laci meja di sebelah kiri aku, dalam tu ada gambar yang aku jumpa pagi tadi.

Nak ke tak nak? Nak nak ke tak nak?

Aku menggelengkan kepala, mamat singapore tu masuk kepala aku pulak dah, aku memandang Emery yang masih setia memandang kertas di tangannya sambil tersengih.

Kepala aku jengukkan ke kanan sedikit, belum sempat aku membaca isi di dalamnya, Emery menarik kertas tersebut ke sisi badannya.

"Duh, tadi bagi, sekarang tak."

"Ah takpe, surprise sikit nanti." balas Emery sambil mengangkat keningnya.

"Oh ya." Emery keluar dari bilik aku, dia kembali semula dengan telefon di tangannya.

Emery menunjukkan aku gambar seorang perempuan berlatar belakangkan dinding berwarna putih.

"Aha, kenapa?"

"Kenal tak? Budak Cends jugak." aku zoom ke muka perempuan tersebut, kemudian menggeleng.

"Tak kenal, umur dia berapa?"

"16 tak silap aku." aku diam selepas itu, kepala mula berputar memikirkan kemungkinan aku pernah berjumpa dengan perempuan tersebut.

Tak ada. Kalau muka kemain lawa macamtu, mesti famous dekat Cends.

"Apa nama dia?" aku pandang semula ke arah Emery yang tersenyum memandang kertas tadi.

"Amenda tu setan, bak sini aku nak tengok!"

-×-

"Oit Mila." aku mencuit Mila yang duduk di sebelah kanan aku.

"Pe." dia kemudian menggerakkan hujung bibir untuk menjawab pertanyaan aku.

Tak, dia tak lumpuh, kami cuma taknak cikgu perasan kitaorang yang tengah bersembang.

"Adelyn balik harini, kau tau en?" Mila mengangguk perlahan, kemudian dia memegang pen mekanikal dan menulis sesuatu pada buku teks.

WTFTTWhere stories live. Discover now