Eowyn = Air (dalam bi)-oh-win
-×-
Mila yang sempat melihat Eowyn dan Emery kelam kabut berlari ke mana entah kehairanan.
Dia melihat ke arah meja yang diduduki oleh Emery tadi, beg sekolah Eowyn yang masih tersadai elok pada kerusi tetapi helmet Emery tidak lagi kelihatan.
Mila berhenti menghalang barisan manusia-manusia yang ingin membeli makanan, dia pergi ke meja mereka lalu menyandang beg dan beg plastik pakaian Eowyn lalu kembali ke meja yang didudukinya tadi.
"Kawan kau eh tadi tu?" tanya rakan semejanya.
"Haah." Mila menyedut air yang masih berbaki separuh, dia menjeling ke meja sebelah apabila salah seorang dari mereka menghembuskan asap rokok ke muka Mila.
"Menyesal aku tak suruh kawan aku belasah kau sampai mampus tadi." jelas kelihatan lelaki itu menyeringai, kawan-kawannya yang lain menikus, takut dengan amukan kawan kepada Mila sebentar tadi, iaitu Emery.
Memang sejak Mila duduk di meja sebelah mereka, dia asyik diganggu, baling french fries lah, asap rokok main hembus-hembus lah, garu kepala dah macam setan tengah bercakar dan itu adalah benda yang paling pantang bagi Mila. Jap, syaitan bercakar ke?
Nak tukar tempat apakan daya, tempat kosong pun takde.
Selepas menegur Eowyn, Mila terkejut habis apabila melihat mereka membaling secawan air kepada Eowyn, dan lagi terkejut apabila Emery menyiram adiknya sendiri. Lelaki-lelaki tersebut terus berubah riak, Mila terus membawa Eowyn ke tandas sementara Emery berjalan ke arah lelaki-lelaki tersebut.
Sekembali Mila dari tandas, Emery sedang dipaut oleh rakan semeja Mila dari terus menyerang mereka. Pelanggan-pelanggan yang lain beriak selamba, seperti hal-hal ini berlaku setiap kali oleh manusia yang sama, nasib baik tak ada budak-budak masa tu.
Kata Emery mereka adalah mat-mat rempit yang memang kerja mereka mencuri bahagian-bahagian motosikal, kawan-kawan Emery sudah ramai yang kena, memang semua dah tau tu kerja mereka tapi alasan biasa, takde bukti.
Emery langsung tak kisah dengan perbuatan mereka di dunia luar, sebab semua tu langsung tak berkaitan dengannya. Dan abang mana yang tak marah bila adik kena kacau, (walaupun lepastu abang buli adik dia balik), perasaan sayang tu confirm ada.
Emery apa lagi, selepas sengaja menyiram adiknya sebab taknak bagi nampak ke-syaitan-an abang dia sendiri, Emery menyuruh Mila acah-acah seperti lepas menguruskan mereka.
Lelaki itu mahu menghembus lagi, tapi mulut dan hidung lelaki itu sempat dikepit dengan ibu jari dan jari telunjuk kawan Mila.
"Bro, dari tadi kau kacau girlfriend aku, aku sabar je, jangan melebih boleh tak?" lelaki tersebut menolak tangan yang dikepit pada mulut dan hidungnya kemudian terbatuk-batuk.
Beta menahan senyum, memang itu sebabnya dia menutup ruang penafasan lelaki tersebut, ni namanya telan asap. Apa guna bakar duit tu, baik buat beli makanan, atau makan je asap rokok tu.
"Kau tak payah nak sembang Romeo depan aku, aku ni takde awek, kena rembat dengan member aku sendiri. Ah gi mati semua tu!" lelaki tersebut menyedut rokoknya.
Beta terdiam, dia ternampak satu post dekat insta ni, gengster memang sayang awek sendiri, sanggup bawak kawan kalau awek kena kacau, gaduh-gaduh dan ambik balik awek sendiri, kalau menanglah. Ah, dah kenapa aku cerita pasal gengster.
"Takpe bro, cuma sepanjang aku dengan girlfriend aku lepak dekat sini boleh tak jangan merokok?" Beta tersenyum, nak guna ayat bunga bukan sekuntum memang klise habis, dalam hatinya terketar-ketar, takut nanti makan penumbuk.
"Takde hal bro. Aku respect kau sebab jaga awek kau." Puntung rokok dicucuh pada tempat abu rokok.
"Girlfriend bro. Aku tak suka orang guna awek, kasar sangat. Sama dengan bini, ada perkataan isteri kenapa nak guna perkataan bini? Isteri tu sebutannya sopan dan lembut, dia dengar pun mesti malu-malu, cuba kalau guna bini, berbunyi gengster dan-"
"Dah, dah, jangan buat ceramah dekat sini, aku cakap sikit kau balas macam nak kasi sama dengan bilangan dosa aku je."
"Hehe, thanks bro." lelaki itu mengangkat tangannya sekali, Beta kembali duduk di hadapan Mila, Mila yang sedang bermain telefon menutup skrin lalu tersengih memandang Beta.
"Apa?"
"Ryan kata kita ni girlfriend dia, so sweet." Beta membuat tangan 'mari sini', tanda menyuruh Mila mendekatkan diri.
"Girl spacebar friend Heidi." Bisik Beta kepada Mila lalu Beta menjarakkan diri dengan senyuman nakal, dan menyebabkan mata di sekeliling menjeling ke arah mereka.
"Damn Ryan, kau punya sweet-" seseorang berdehem di belakang Mila, Beta memandangnya, lelaki yang dia tahan tadi.
"Oh hei, ni beg Eowyn." Mila memberi beg dan plastik kepada Emery dan Emery berlalu pergi selepas mengucapkan terima kasih.
"Oh wow, muka mat salleh sia, kalah aku."
"Back to our topic. Minah tadi kawan baik aku, nama dia-"
"Eowyn Rafifah."
"Ok, so you know her? Jadi kenapa kau tanya aku?" Beta mengangkat bahu, "Saja."
"By the way, macam mana dengan trip ke Australia kau?" Mila mengalihkan pandangan ke arah meja sebelah.
"Okay. Anyway, mana gelaran diri kau? Sebelum ni kemain Beta, Beta, asal sekarang dah normal balik?" Beta diam.
"Apa-apapun, siapa lelaki yang dengan Eowyn tadi?"
-×-
Emery dengan segera mencapai helmet yang baru dibeli olehnya sementara dia menyidai Eowyn sebab nak bagi adik dia tu kering.
Emery menarik Eowyn keluar dari McD sebab nak bagi adik dia kena cahaya matahari dengan angin, tak adalah sejuk sangat dibandingkan dengan air-cond McD, tapi Eowyn pergi tarik dia, lepas kena halau turun dari motor, Emery beralasan nak ambil beg Eowyn yang tertinggal kemudian pergi beli topi, baru patah balik ke McD.
Dan lepas Eowyn yang blur tu kering, baru dia reti bukak sweater yang dipakai lepastu cari tempat teduh. Selagi tak rasa panas, selagi tu dia berdiri tengah panas.
"Nah pakai." helmet diberikan kepada Eowyn, Eowyn memakai dengan senyap kemudian membetulkan tali beg, dia kemudian membonceng Emery.
"Budak yang nametag kelabu tu kawan Mila ke?"
"Apa?! Tak dengar?! " balas Eowyn.
"Nametag kelabu tu boyfriend Mila ke?! Tadi diaorang syok dating sambil bisik-bisik lagi!"
Eowyn terdiam.
"Manalah aku tau, kau ada bercakap dengan laki tu ke?"
"Takde!"
"Bagus! Elakkan diri dari dia!"
"Asal lak?!"
"Just don't okay?! Trust me!"
Emery diam, malas nak membalas soalan Eowyn, mereka kemudian menderum laju meninggalkan perkarangan parkir.
×
YOU ARE READING
WTFTT
Teen Fictionnote: cerita ni dah tergantung sejak tahun 1798 France - US war jadi jangan baca, banyak lagi cerita yang sangat interesting dan yang paling penting completed aha <3 Sebuah fiksyen remaja yang tidak begitu remaja. . . . Kau pernah tau... bila ke...