"Hey Eowyn!" aku memusingkan badan, memandang Henna yang sedang berlari ke arah aku dengan rambut ekor kuda yang sedikit lembap, mungkin kerana peluh akibat penat berlatih di padang yang disinari matahari.
Yang aku bermonolog dengan ayat terlebih komsas ni dah kenapa?
Henna berhenti di depan aku, nafas ditarik dalam kemudian memandang aku.
"Kau pernah cheerleading?" aku menggeleng.
"Kau fleksible tak?" aku menggeleng lagi.
"Alah, aku tak cukup orang lah, ingat nak ajak kau." ok jadi?
"Erm takpelah, tapi kalau kau ada calon sesuai tolong roger aku tau, urgent, bulan depan dah hari sukan. Thanks, bye." Henna memusingkan badan sambil melambai ke arah aku, aku lambai kembali, sejak bila entah aku okay dengan minah ni, sejak adegan simbah-tarik-tolak tulah kot.
Aku berpaling ke kiri, Adelyn yang baru siap mengikat tali kasut mengejar langkah aku.
"Fuh, aku suruh tunggu kau main cabut macamtu, kwajar." aku tersengih, Adelyn memandang keadaan sekeliling, dia nampak lebih gembira selepas menjejakkan kaki ke sekolah lamanya.
Uniform yang berlencana SMK Cendana aku kerling, juga tanda nama di bawah lencana.
Eowyn Rafifah, aku tergelak.
"Aku takleh ah weyh, ada dua Eowyn Rafifah dalam sekolah ni..." Adelyn menjeling aku.
"Aku dah kata nak guna name tag aku kau tak nak."
"Mana sempat..."
"Sempat lah weyh. Pukul 6:30 kita keluar rumah, kau nak aku jahit dalam kereta pun takde masalah tau."
"Kau yang kabut tiba-tiba nak ikut sekali."
"Biarlah, kalau kau pergi sekolah aku nak buat apa dekat rumah?"
Aku diam, malas nak berdebat dengan Adelyn, langit tiba-tiba nampak kelabu, mendung, cuaca yang paling sesuai untuk tidur... dalam kelas. Untung pasukan sorak yang nak buat latihan lepas ni.
Sambil berjalan kembali ke arah kelas, aku memberi taklimat ringkas kepada Adelyn buat kesekian kalinya.
"Masa cikgu nak kira orang, kau cepat-cepat keluar dari kelas, kalau tak sempat, kau sorok bawah meja." Adelyn membuat muka bosannya lagi.
"Meja dia jangan conteng, dia boleh tau walau kau lukis garisan halus sekalipun." Adelyn mengangguk.
"Budak kelas aku rasanya tak perasan pun dengan-"
"Kau tak nampak ke budak sebelah kiri kau pandang aku lain macam."
"Ailey?"
"Haa ye, adik Beta."
"Tah, dia pelik lah kot kau tiba-tiba datang dengan uniform sekolah nama aku pastu duduk dekat tempat Mila." kami akhirnya sampai di hadapan kelas, namun muka Beta pula yang kami nampak, bersandar di dinding luar kelas sambil bermain dengan cincin di jari telunjuk kiri.
"Hey Eo-- eh, Adelyn?" Adelyn tersenyum kelat, macam tak menyenangi kemunculan Beta.
"Kau still marah pasal semalam ke?" Adelyn memandang ke arah lain, semalam?
"Queen, kawan you marah dengan I, macam mana ni?" Beta memandang aku dengan muncung dimulut, macam muka Ijoy dah aku tengok.
"Harambe, bukan salah I, dia marah you, dan I taktau apa-apa, apa yang you all buat semalam?" aku membalas kata-kata Beta, gedik betul ber I-you dengan Queen-Harambe.
"Kwajar eh you." jawab Beta, Adelyn memutarkan mata ke atas lalu melangkah laju memasuki kelas, aku berpaling, memandang Adelyn yang mula duduk, mata terpandang Ailey, dia sedang membaca novel Inggeris dengan V-soy kotak di atas meja.
YOU ARE READING
WTFTT
Teen Fictionnote: cerita ni dah tergantung sejak tahun 1798 France - US war jadi jangan baca, banyak lagi cerita yang sangat interesting dan yang paling penting completed aha <3 Sebuah fiksyen remaja yang tidak begitu remaja. . . . Kau pernah tau... bila ke...