"Ha ha ha. Funny."
"Betul."
"Tipu, mana ada budak dua puluh tahun boleh afford rumah kawasan elit."
"Betullah, abang aku beli banglo sebelah rumah kau ni ha, tak percaya?"
"Nope. Anyway, nak minum apa?" mamat tembok memandang sekeliling dapur, macamlah tertampal menu dekat kabinet dapur tu.
"Erm, unicorn hot chocolate?"
"Eh boleh, hippo hot chocolate tak nak?" tanya aku semula sambil tersengih, tangan membuka kabinet lalu mencapai dua cawan putih dengan pinggan kecil.
Aku membuka cawan kaca yang khas untuk memanaskan air kemudian susu coklat aku tuang ke dalam. Cawan diletakkan di atas pemanas kemudian aku duduk di kaunter berdepan dengan mamat tembok.
"Sambung cerita, berapa umur abang kau?"
"Err, 20, 21 something?"
"Oh, so that means your parents must be damn rich."
"Nah, mak ayah aku dah takde."
"Oh, sorry." mamat tembok tersenyum nipis, aku menjeling ke arah cawan pemanas, dua minit lagi.
"So how come abang kau afford banglo sebelah tu? Aku dengar mak aku kata siap renovate dalaman lagi."
"Abang aku ada kerja, masyuk lah jugak. Takdelah renovate, just betulkan benda yang rosak sikit dekat dalam tu. Yang kau berminat sangat nak tau macam mana abang aku afford banglo sebelah tu dah kenapa?" aku tersengih, secara jujurnya aku memandang tinggi orang yang berjaya pada usia yang muda, macam abang kepada mamat tembok, kalau banglo tu sewa sekalipun, sewa sebulan pasti mahal, tapi ni dengan ferrari sebiji dekat garaj rumah, aku ternampak kay ternampak.
"Holla, susu dah mendidih." aku kembali ke alam nyata, suis aku tutup dan susu coklat panas aku bahagikan kepada dua cawan.
"Topping?"
"Whipped cream, marshmallow, sprinkles, caramel drizzle. That's all." aku mengecilkan mata, boleh tahan menyesal aku tanya, kalau aku tau tadi aku bagi oolong tea mak aku je.
Peti sejuk aku buka dan segala topping yang diminta aku sediakan, selesai segala urusan , dua cawan hot chocolate dengan chocolate covered spoon aku letakkan ke atas kaunter.
Tak sia-sia aku berlatih buat segala minuman dan dessert, salah satu impian aku lepas habis sekolah adalah buka kafe, semoga impian aku tercapai.
"Aku malas buat homemade punya, susu kotak pun boleh lah en. Dan aku tak de pewarna." kening aku angkat dua kali lalu telefon aku capai. Tangkap gambar luh.
"Jadi, bila kau mula tinggal sini?" tanyaku kepada mamat tembok.
"Two months? Rasanya. Masa first time aku tegur kau tu aku dah tinggal dalam sebulan lebih." aku mengangguk faham, memang orang baru lah ni.
"Asal aku jarang nampak kau balik?" tanya mamat tembok.
"Aku dengan abang aku tinggal dekat kondo bandar Roula. Dekat dengan kolej dengan sekolah aku."
"Ohh." keadaan senyap seketika, mamat tembok menghirup hot chocolatenya. Selepas memperkenalkan diri sebagai jiran baru kepada mak dan ayah aku, kami akhirnya mengambil keputusan untuk melepak di dapur.
"Mesti kau rindu parents kau kan?" tanyaku membuka topik, walaupun topik ni aku rasa tak berapa sesuai, aku boleh mengubahnya selepas melihat reaksi mamat tembok, namun yang ditayangnya adalah reaksi selamba.
"Bolehlah, kita ada sejadah, Tuhan dan doa, so..." dia mengangkat bahunya lalu mengukir senyuman, haila tabahnya, kalau aku dah kemurungan rasanya.
"Kalau kau ada parents, kau rasa kehidupan kau lagi baik tak?" ternyata soalan aku tu menyentapkan mamat tembok, dia memandang aku dengan muka pelik.
"Aik, kehidupan aku sekarang tak ok ke? Rumah ada, transport ada, abang ada, pakaian ada, semua aku ada, parents je tak ada." aku diam seketika, betullah apa yang dikatakan dia tu.
"Kalau kau nak tau, ada parents, tak semestinya hidup kau bahagia. What if ayah aku kaki mabuk, kaki perempuan? Mak aku kaki club?" belum sempat aku memotong percakapannya, dia mengangkat sudu coklat di depan muka aku, tanda sekejap.
"Ok, untuk menguatkan hujah aku, meh aku kasi contoh, my girlfriend, dulu dia bahagia, perfect family, kaya, nak apa ada apa, but she's not perempuan yang jenis manja-manja tak dapat duit belanja 15k sebulan nak lompat dari tingkat 20, no.
Dan dekat sini aku bukan nak menguatkan fakta yang dia bahagia sebab duit keluarga dia, tapi isu... Aku tak tau nak klasifikasikan sebagai apa, kau dengar jelah.
Ayah dia baru je kahwin dengan bini kedua dia, mak dia relaks je, but we never know what's in the inside. GF aku tu dia tak boleh terima, dah lah dia tu anak bapak, tiba-tiba ayah dah tak balik rumah, balik pun singgah satu malam dan pagi-pagi dah cabut lari cari bini muda, dia depressed, so she decided to run away. From her house, from her mum and her sister.
Dia anak Tan Sri, ya typical drama scene but kalau kita dekat situation tu, kau takkan rasa semua ni klise, kau akan rasa 'why the hell these thing happen to me?' kau mana rasa semua benda tu, kau cuma rasa macam, kenapa semua musibah tu tak kena dekat pakcik tu? Baby tu? Kucing tu? Why me?"
"What the hell, childish gila, kalau kes ayah kahwin dua dan dia depressed sebab tak dapat kasih sayang terus lari dari rumah, aku tak tau lah berapa jumlah remaja lari dari rumah sebab ayah kahwin dua. Like, come on setiap orang ada ujian dia sendiri."
"Haah senanglah kau nak cakap, but not to be rude, imagine you suddenly have a freaking step-mother, ayah kau tak balik rumah, tinggalkan mak kau yang tunjuk muka selamba tapi menangis setiap malam dalam bilik, imagine those kind if situation." mamat tembok menarik nafas panjang. Aku terdiam, betul-betul membayangkan situasi tersebut, secara jujurnya, aku takut. Ya, aku takut.
"Ok, jadi apa kaitannya dengan mak ayah kau dah takde?"
"Kaitannya adalah, setiap benda yang terjadi mesti ada hikmah di sebaliknya, Allah mungkin sayangkan mak ayah aku, mungkin juga mak ayah aku pendosa tegar yang dimatikan nyawa, we never know. Plus kalau tengok berdasarkan perangai abang aku sekarang ni. Aku memang ada iras orang kurang kasih sayang.
So bila aku ni takde parents, aku rasa Allah nak uji aku supaya berdikari, jangan kata 'kalaulah parents aku masih hidup bla bla' perkataan kalau tu merujuk kepada kau mempersoalkan takdir, and it's a sin."
Aku terdiam dengan kata-kata mamat tembok.
"Then apa jadi dengan GF kau?"
"Ayah dia dapat tau, ayah dia siasat dan paksa dia balik dengan pengawal keselamatan bapak dia, fon kena rampas, kena kurung dalam rooftop bungalow dengan mak dengan adik dia. And voila, kehidupan serba mewah tanpa kebebasan."
Life being controlled, aku tumpang kesian dengan girlfriend mamat tembok.
"Dia sekolah ke? Home schooling ke?"
"Sekolah."
"Dan dia tak cuba untuk lari lagi?"
"Ermm, aku dah banyak cerita dekat kau..." mamat tembok diam lalu mencicip airnya, "Oh yalah! Damn it aku cerita rahsia dia dekat kau, sht sht." mamat tembok berlari keluar dari dapur dan terus keluar dari rumah, selipar dipakai dengan kelam kabut dan dia berlari ke arah tembok.
"Weyh guna pagar!" dan mamat tembok telah pun hilang dari pandangan, dan aku rasa nak kekalkan nama mamat tembok untuk dia.
×
YOU ARE READING
WTFTT
Teen Fictionnote: cerita ni dah tergantung sejak tahun 1798 France - US war jadi jangan baca, banyak lagi cerita yang sangat interesting dan yang paling penting completed aha <3 Sebuah fiksyen remaja yang tidak begitu remaja. . . . Kau pernah tau... bila ke...