"Kau kenapa?" Emery yang sedang mengacau bahan tumisan di dalam kuali nipis memandang aku sambil tangan sebelah kirinya mencekak pinggang, aku yang sedang mengacau...
Mengacau Emery kemudian duduk semula di atas bangku tinggi.
"Aku suruh kau kacau ayam tu, yang kau kacau aku kenapa?"
"Oh yeke, kau cakap kacau ayam tadi."
"Tulah maksud aku. Jadi?"
"Muka kau macam ayam." Emery mengeluh kuat lalu menggosok rambutnya ke bawah, aku ketawa kecil kemudian sambung membuat latihan akaun.
"Aku panggil kau sebab nak kau tolong aku masak, sinilah, latihan boleh buat nanti."
"Takpe terima kasih." Emery tidak melayan aku, dia sambung fokus pada masakannya, apron putih yang diikat di pinggangnya aku perhati.
"Em."
"Hmm?"
"Kenapa punggung kau macam makin besar eh?"
"Sohai." dan aku ketawa lagi.
"Gurau jelah." buku latihan akaun aku tutup, perhatian aku beri sepenuhnya kepada Emery.
"Kau suka masak ke?"
"Tak."
"Dah tu sepanjang dekat kondo?"
"Kita nak makan apa kalau aku tak masak?" aku mendecit, "kau perli aku ke?"
"Terasa ke?"
"Tak, termakan." perbualan penuh janggal terhenti, aku menjuihkan bibir, cuba untuk memulakan perbualan yang lebih penting.
"Em, kau okay?" Emery memasukkan ayam yang baru dimasak tadi ke dalam tumisan bawang, dikacau sekejap kemudian sos pasta dituang.
"Maksud kau?"
"Sejak kau dapat tahu pasal erm, you know."
"Oh tu ke," Emery membuka kabinet lalu botol kecil berisi herba itali dikeluarkan lalu diletakkan sedikit ke dalam sos. "Okay."
"You sure?" dia tidak melayan soalan aku, ini baru sikit, kalau aku teruskan ke soalan seterusnya mau dibaling kuali nanti.
"Kau... Pernah terfikir nak cari mak ayah kandung kau? Okay aku tak bermaksud nak kurang ajar, tu cuma soalan tapi kalau kau tak selesa tak jawab pun takpe, aku cuma curious dan aku jumpa —"
"Tak, tak pernah, tak nak, tak teringin." bunyi senduk kayu yang bertembung dengan periuk besi kedengaran, bunyi keletak keletuk dan kemudian penutup periuk diletak kasar pada perbukaan periuk.
Emery menanggalkan apronnya lalu berjalan ke arah tempat duduk di depan aku, kerusi ditarik lalu dia memandang aku.
"Muka kau penuh dengan persoalan Wyn, kau nak tanya benda ke?" aku bertentang mata dengan Emery, mukanya nampak tenang, tapi aku tau, dia tengah marah.
"A- ah tak pelah." kelam kabut aku menyimpan pen ke dalam kotak pensel, baru sahaja aku mahu bangun dari duduk, Emery bersuara.
"Apa aku nak buat lepas aku dapat tau?" aku duduk semula, siku aku letakkan ke atas permukaan meja lalu aku menongkat dagu.
"My insecurities, aku taknak ambil serius," Emery mula bersuara setelah dua minit mendiamkan diri.
"Insecure dengan?"
"Aku taktau, aku takut orang dalam rumah ni layan aku dengan dingin? Aku taktau macam mana nak cakap, kau faham kan?" aku senyum segaris kemudian mengangguk kecil.
YOU ARE READING
WTFTT
Teen Fictionnote: cerita ni dah tergantung sejak tahun 1798 France - US war jadi jangan baca, banyak lagi cerita yang sangat interesting dan yang paling penting completed aha <3 Sebuah fiksyen remaja yang tidak begitu remaja. . . . Kau pernah tau... bila ke...