27 ▪ Ailey Yang Misteri

1K 135 12
                                    

Aku membetulkan kedudukan di atas basikal, brek tangan aku picit dan ianya berfungsi dengan baik, aku memalingkan muka, memadang sipi-sipi Adelyn yang membonceng di belakang.

"Dah?"

"Dah."

Kaki aku mula mengayuh pedal basikal (jap perkataan ni wujud ke?) dan destinasi seterusnya adalah rumah aku.

Selepas ibu Adelyn sampai di pondok pengawal keselamatan, keretanya ditahan dan tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran dari tuan rumah atau pesanan dari tuan rumah sendiri.

Dan demi mendramatikkan lagi situasi, mama dan papa tidak menjawab panggilan telefon dan Emery tidak menjawab panggilan ke rumah.

Akhirnya kami keluar dari kereta, memandang Nissan X-Trail ibu Adelyn meluncur pergi lalu kami memandang deretan basikal yang bersusun berdekatan pondok pengawal.

"Maaf cik, saya tak boleh bagi masuk tanpa kebenaran, hatta motor jual aiskrim pun tak boleh masuk kawasan sini, adik-adik guna basikal tu jelah eh? Letak aje depan pagar, nanti orang kami kumpul." kata pakcik yang berumur 40-an tersebut.

Aku dan Adelyn memandang sesama sendiri.

"Nak kayuh asing-asing ke?"

"Sekali jelah, kau pandai bonceng orang tak?" aku mengangguk, menjawab pertanyaan Adelyn. Adelyn membetulkan kedudukan beg sandangnya lalu memeluk pinggang aku.

"Oi oi! Geli!" aku menggelekkan badan sambil mengelak tangan Adelyn yang memeluk aku dengan lebih erat, Adelyn ketawa kuat, kemudian memindahkan tangannya ke bahu aku.

"Oi oi geli!" ejek Adelyn dengan suara yang lebih menjengkelkan.

Aku melajukan kayuhan, melalui laluan berpokok yang memenuhi tepi jalan, laluan yang dikhaskan untuk basikal kami tidak lalui demi menikmati dedaun dari pokok yang jatuh ditiup angin.

Aku terlepas pandang bonggol yang berada di depan dan dengan kayuhan yang boleh tahan pantas, punggung kami terhentak pada tempat duduk dan bakal diakhiri dengan sakit punggung yang bakal berlarutan selama beberapa jam.

"Weyh perlahan sikit." kata Adelyn yang berada di belakang aku, aku memperlahankan kayuhan apabila hampir terlanggar belakang sebuah kereta berupa seperti golf cart tetapi yang digunakan dalam perumahan yang besar, aku menekan loceng, berkali-kali.

Golf cart tersebut berhenti mengejut, dan untuk pengetahuan semua, terdapat tiga jenis brek di dunia.

Brek tangan, brek kaki dan--

"Eh eh eh!"

Brek mulut.

Aku mengeras di atas tempat duduk, nasib baik kaki Adelyn sempat menggesel pada jalan raya dan basikal kami dapat berhenti dengan jarak beberapa inci dari belakang kereta.

Dua orang melangkah turun dari golf cart.

"Lah korang!" dia bercekak pinggang di sisi kereta, memandang kami dengan dahi berkerut.

-×-

"Masuklah." aku membuka pintu dengan lebih luas lalu menjemput tiga orang tetamu ke dalam rumah, mereka bertiga serentak memberi salam, muka tersengih aku tayang selepas menjawab salam.

"Mak ayah abang kau mana?" tanya Beta.

"Mak ayah aku tak sure, abang aku? Ahh dekat bilik dia kot." aku menjeling ke arah tangga, tiada bayangan Emery disitu, kalau rumah ni dipasang cctv, mesti Emery dan memerhatikan kami dari skrin komputer.

"Duduklah, buat macam rumah orang." aku beralih ke dapur, mencari Wara.

"Kak, tolong buatkan air untuk kawan-kawan Wyn eh?" Wara mengangguk dan aku kembali semula ke ruang tamu, bayangan Emery aku nampak, telefon di tangan kanan dan kertas di tangan kiri.

WTFTTWhere stories live. Discover now