"Mak kau hijau!"
"Mak kau lah hijau!" aku menempik seorang budak yang hampir melanggar aku dengan basikalnya, apa hengko fikir kau tinggal dekat kawasan orang kaya ni kau dah dikira anak Tuhan ke? Dasar setan.
Budak tersebut memberhentikan basikalnya lalu turun, dia mengangkat jari tengahnya di depan muka aku... Yang aku agak ada dalam 10 meter.
Bukan jari tengah budak tu 10 meter, jarak diantara jari budak tu dengan muka aku lah.
"Aku ingat kau anak Haji Azman! Siap kau nanti aku cari bapak kau!" terus budak tersebut melompat naik semula ke basikalnya dan mengayuh pergi.
Aku bercekak pinggang lalu melibas kolar baju aku, apa pagi-pagi macamni dah buat aku panas. Aku meletakkan jari telunjuk aku di pengimbas, pagar kecil berbunyi sekali lalu aku melangkah masuk.
Aku menjeling ke tembok sebelah, lepas aku balik semalam sampai pagi ni aku masih tak nampak dia dekat atas tembok tu.
Ke dia tu tak suka siang-siang? Drakula gitu?
Aku tersengih sendiri kemudian melangkah masuk ke dalam rumah, dalam beberapa jam lagi Adelyn nak datang rumah, ada benda yang dia nak bincang dan cakap dengan aku.
Aku menutup pintu di belakang aku kemudian berjalan ke arah ruang sosial rumah, nama macam formal tapi sebenarnya ianya ruang tamu.
Aku nampak Emery yang sedang memangku laptopnya di atas riba, muka seriusnya langsung tidak menampakkan secebis kerutan namun masih terserlah muka dingin.
Aku melangkah ke dapur lalu membancuh secawan milo, selepas mencicip dalam tiga sudu, aku membawa cawan tersebut ke tempat Emery duduk.
"Em, nah air."
"Air apa?"
"Milo."
"Titiba jadi baik kau ni, ada apa?"
"Aku teringin nak minum tadi, tapi dah minum sikit dah tak nak pulak." Emery dengan senang hati menyambut cawan yang dihulur, dia cicip sedikit kemudian jari sambung menaip di papan kekunci.
"Berdasarkan fikiran aku semalam, kau dengan Ailey dah kenal sebelum ni kan? Sebab masa kau tunjuk gambar sorang perempuan tu, Ailey en? Plus tu sehari sebelum Ailey pindah masuk."
Emery sekadar menganggukkan kepalanya sekali, dia merenggangkan tangan kemudian bangun.
"Aku kenal dia dekat insta, udah sana, aku nak masuk bilik." laptop dilipat dua kemudian dikepit diantara tepi badan dan lengan, dia melangkah naik ke tangga dan terus ke tingkat dua.
Bila masa pulak abang aku tu ada media sosial?
Aku mengambil balang berisi popcorn di atas meja, penutupnya aku buka lalu alat kawalan jauh aku ambil, saluran youtube aku buka dan lagu GD untitled, 2014 aku buka.
Ketika aku sedang menghayati lagu yang aku langsung tak faham maksudnya, pintu yang berada di tingkat dua terhempas kuat, aku tersentak lalu kepala aku alihkan ke arah tangga yang mula bergema dengan bunyi tapak kaki.
"Oh my god Eowyn, what the f*ck? I never trust mama's memory but this sh*t is real?"
"Calm your ti-, oh, you don't have one, kau pehal sampai mencarut macam babi terkacuk syaitan ni?" Emery berjalan dengan laju ke arah aku lalu mengangkat hujung sofa, cepat-cepat aku bangun dan sofa kembar tiga yang diduduki aku sesaat sebelum ini terbalik ke belakang.
"Babi!" Emery meronyokkan kertas yang berada di tangannya lalu dicampak ke depan, aku yang masih terkejut berjalan perlahan ke arah kertas tersebut lalu mengutipnya.
YOU ARE READING
WTFTT
Teen Fictionnote: cerita ni dah tergantung sejak tahun 1798 France - US war jadi jangan baca, banyak lagi cerita yang sangat interesting dan yang paling penting completed aha <3 Sebuah fiksyen remaja yang tidak begitu remaja. . . . Kau pernah tau... bila ke...