22 ▪ Yeke Tak Ingat?

1.2K 155 23
                                    

Orang kata, kalau seseorang ada masalah dengan apa-apa aspek dalam kehidupan lebih afdal kalau diluahkan kepada orang yang boleh dipercayai, contohnya kawan.

Kalau anda seorang yang tidak mempunyai kawan, maka sudut kaunseling, ibu bapa dan bak kata Harraf Ukail yang sedang duduk di depan aku ni, dia kata kita ada Tuhan, sejadah dan doa.

Kalau terlalu malu dengan kaunseling atau ibu bapa yang terlalu sibuk, maka pergilah bercakap dengan batu, jalan tar, pokok dan sebagainya, janji diluahkan, seperti menulis diari dan sebagainya.

Itu masalah seseorang manusia lah, tapi,

apa masalah Harraf duk tenung aku dari tadi?!

"Kau pandang apa Kai?" Adelyn menghayunkan tangannya di depan muka Harraf, menyuruhnya kembali ke dunia nyata, dunia yang dipenuhi realiti kehidupan makhluk hidup.

"Ha? Oh tak, aku terfikir benda tadi." Aku memandang Adelyn yang duduk di sebelah kiri aku, sambil mencicah s'more yang baru dibakar ke dalam coklat yang aku rasa adalah Nutella, aku memandang Adelyn yang mula mengigit perlahan makanannya.

Tak faham aku, s'more tu gabungan biskut, coklat dan marshmallow, ni nak cicah coklat lagi, cubalah cicah sambal belacan, baru ada rupa orang melayu.

"Ad, MT, rapat betul korang eh?" tanya aku sambil menggosok kepala Adelyn seperti apa yang MT baru buat tadi, selepas gerakan ketiga, Adelyn menepis tangan aku dengan muka yang merah padam, marah ke malu ni?

"Kitaorang sama kelab dekat sekolah lah, tu yang rapat... Sikit." balas MT.

Aku mengangkat kening, "Dah tu macam mana kau muncul dekat sini?" MT memuncungkan mulutnya ke arah jari Adelyn.

"Tu... Kan majlis kata kalau baju tak sama warna kena ada benda yang menyatakan kita pasangan, so cincin yang aku simpan tuk girlfriend aku, aku pinjamkan dekat Adelyn dulu." aku memandang cincin di tangan Adelyn.

"So kau lah Ad yang dapat jemputan, how?"

"Erm bantuan dalaman?" katanya lalu mencapai buah strawberi yang dihias di bibir cawan.

Aku menganggukkan kepala, lalu pandangan mata dialihkan ke jari dua manusia tersebut, terdapat setengah bentuk hati di cincin masing-masing, itu bermaksud tu cincin couple.

Pelik pun ada, makwe MT ni tau ke tak dia keluar dengan Ad? Siap bagi cincin dekat orang lain untuk pakai pulak tu, yang MT datang majlis ni jugak kenapa?

"Kenapa kau gosok kepala dia tadi?" tanya aku kepada Harraf, dia mengangkat bahu.

"Saja, kitaorang kan kelab drama, hehehe." aku memandang Harraf tajam, dia menundukkan pandangan ke arah kek black forestnya.

Baru sahaja nak sembur dia dengan soalan yang bermain di otak aku tadi, aku ternampak Beta yang berjalan mendekati meja kami, nafas aku seakan terhenti apabila melihat muka dia-

Asal ayat aku terlebih baku pulak harini?

Muka dia tanpa sebarang senyuman seperti biasa, apabila melimpasi meja kami, dia sempat mengecilkan matanya sambil memandang aku.

Walaupun aku tak pasti kenapa dia pandang aku macamtu, tapi aku syak dia marah aku sebab sorokkan pasal Leonardo Hernandez daripada dia.

Haish, bukan salah aku, siapa suruh dia kata bad news untuk Emery.

Tapi bila fikir balik...

Aku bangun dari duduk lalu mengejar Beta, dia yang sedang berjalan entah ke mana terhenti apabila aku merentap tangannya.

"Kau dah jumpa Emery kan? Okay, boleh kau-"

"Aku cuma nak tolong orang carikan Emery, yang selebihnya dia uruskan, well, walaupun dia ada bagitau aku suruh perhatikan-"

WTFTTWhere stories live. Discover now