15 ▪ Heidi Beradik

1.4K 155 10
                                    

Sedih, perasaan pertama aku ketika melihat keadaan adik Mila, kulitnya pucat dengan biru di sesetengah tempat. Aku tau itu bukan kesan pukulan, tapi simptom hampir lemas.

Mila menarik nafasnya, bibir dikemam dengan dahi yang berkerut.

"Dahlia, are you awake?" kepala adiknya diusap, dan ketika itu baru aku perasan warna rambut adiknya, diwarnakan brunette dengan highlight blonde separas dada, ni ke rupa mangsa penderaan mental?

"Wake up Dahlia, mak tunggu hukuman aje ni, aku dah tolong kau kot semalam, bangun weyh..." Mila menggoncang bahu adiknya, kepalanya disembam ke bahu Dahlia yang aku percaya itulah nama adik dia.

Aku mengelipkan mata, baru sahaja aku mahu menenangkan Mila yang menggoncang adik dia macam tengah buat milkshake, Dahlia menolak kepala Mila jauh dari bahunya.

"Kak, dramatik sungguh kau ni, aku tengah tidur lah." Dahlia membuka mata, matanya bertembung dengan mata Mila dahulu kemudian mata aku.

"Hey, sorry tak bawak apa-apa untuk Dahlia." tegur aku sambil tersenyum malu.

"Tak apa." Dahlia tersenyum, dia kemudian mengalihkan pandangan ke arah Mila pula,

"Akak dah checkup?" tanya Dahlia.

Mila memandang aku, kemudian Dahlia semula. Dia menggeleng perlahan.

"Bahaya lah kak. Ada muntah-muntah? Sakit dada ke? Dahlia tau akak pun kena- umph." Mila menekup mulut adiknya lalu tergelak, bahu sebelah kanan Dahlia ditepuk perlahan.

"Alah alah budak ni, baru bangun dah membebel macam mak nenek, nak minum air? Akak ambilkan." tekupan di mulut Dahlia dilepaskan, aku memandang Mila pelik sambil jari mengetuk besi katil.

"Oh weyh, abang aku dekat wad selang tiga dari sini." rupanya nilah benda yang aku nak ingat dekat taman tadi, rasa bersalah gila sebab terlupa Emery, masa nak masuk pintu ni baru aku teringat yang Emery dekat sini jugak.

"Mil, kau dengar ke tak ni?" Dahlia memandang Mila, kemudian lengan baju sekolah Mila ditarik perlahan, kalau kuat kang terpelanting pulak jug dekat tangan dia.

"Apa dia?" aku ulang semula pernyataan aku, Mila memandang aku dengan muka pelik sambil tangannya meletakkan jug dan cawan ke atas meja, aku mengangkat kening sebagai balasan.

"Asal bunyi kau relaks gila, dia okay ke tak?" aku mengangguk.

"We'll get going then, sampai hati kau Wyn, lambat betul kau bagitau yang abang aku tu masuk hospital." Dahlia dan aku tergelak.

"Abang hotak kau." aku membuat muka serius lalu belakang Mila aku tepuk kuat. Akibatnya Mila terbatuk-batuk sambil memaut sisi katil Dahlia.

Aku mengusap belakang Mila, teruk gila batuk dia sampai Dahlia lompat turun dari katil dia untuk tolong aku papah Mila duduk dekat sofa walaupun sebenarnya tak perlu pun.

"Alah akak ni, kan orang dah suruh jumpa doktor." Mila bangun secara drastik, terundur ke belakang aku sebab terkejut.

"Berhenti mention doktor Dahlia Heidi, kau fikir senang-senang macam tu je ke aku nak lepaskan mak kau tu bila ada peluang macam ni?" Dahlia bangun dari sebelah kakaknya kemudian kembali ke katil, kepalanya diselubung dengan selimut.

"Cakap aku dramatik, kau pun sama." Mila menggosok dadanya, dia dengan selamba berjalan ke arah pintu lalu berjalan keluar.

"Err, erm Dahlia," Dahlia menarik selimut ke bawah sedikit.

"Get well soon okay?" Dia mengangguk perlahan.

"Akak tolong suruh kakak saya jumpa doktor eh? Saya dengar dari ayah pagi tadi lepas dia tolong saya keluar dari kolam dia terus buat laporan polis, padahal waktu dia kena dengan mak tak jauh beza dengan saya pun."

WTFTTWhere stories live. Discover now