40 ▪ Misi Mencari Delyna

779 105 23
                                    

"Emery, motor kau ada lagi?" aku mencapai surat-surat yang berterabur di tepi meja kecil di sebelah sofa, manalah tau ada lagi surat dari MT tapi Emery terlepas pandang.

"Takde, aku balik kondo haritu pun naik kereta." Emery membelek novel yang aku tak sempat tengok apa tajuk dia, dia kemudian bangun lalu merenggangkan badan.

"Aku ada perkembangan terbaru pasal kes Adelyn ni, kau nak dengar?" aku berhenti membelek, kepala aku geleng perlahan.

"Eh? Kenapa pulak?" dari suara Emery, aku tau dia terkejut, aku pun terkejut dengan respon sendiri.

"Aku tau kau boleh uruskan, kau bukan biasa-biasa." aku diam sebentar, "Lagipun aku prefer dengar sekaligus, kau tau, terus ke penghujung cerita?" telefon di poket aku keluarkan.

"Sekurang-kurangnya lepas kau dengar kau boleh kaitkan sikit-sikit dari apa yang kau tau, ataupun kau boleh cadangkan cara apa lagi untuk tambah maklumat." aku mengusap skrin telefon apabila mendengar bidasan dari mulut Emery, sinis bunyinya.

"Okay aku dengar lepas ni, ada tempat nak pergi, boleh tolong hantarkan?" aku dan Emery berbalas pandangan, lama.

"Mana?"

"Rumah tumpangan Adelyn."

"Dekat mana tu?"

"Aku tunjuk arah."

-×-

Belum sempat tangan aku mengetuk pintu bercat putih di hadapan mata, seorang lelaki membuka pintu sambil menggosok matanya, dia kemudian memandang aku.

"Jual barang ke? Tak nak, terima kasih."

"Eh eh!" aku menahan pintu dari tertutup, sebelah matanya tertutup, sebelah lagi separuh terbuka.

"Apa dia?"

"Adelyn Aurora tinggal sini kan sebelum ni?" lelaki tersebut menutup separuh dari pintu rumah, dia kemudian menjerit memanggil seseorang, dan beberapa saat kemudian, seorang gadis berambut merah berdiri di hadapan aku.

Ahh! Minah dalam potret dalam rumah ni, laki tadi mesti laki dalam gambar tu jugak.

"Cari siapa?"

"Maaf mengganggu, saya tau Adelyn tak ada dekat sini tapi, awak tau tak dia tinggal dekat mana? Alamat rumah dia ke?" gadis di hadapan aku memandang aku, aku tersenyum kecil.

"Kawan dia ke?" aku mengangguk.

"Maaf, tak tau." cepat-cepat aku menahan pintu dari tertutup.

"Kalau macamtu tau altenatif lain tak untuk berhubung dengan mak dia?" gadis tersebut terdiam lama, aku masih tidak mahu mengalah, ekor mata mencuri pandang ke dalam rumah.

"Err, mana boleh bagitau wak, habis lah saya kena marah nanti."

"Please? You know what is happening to Adelyn don't you? I'm with her while the whole incident is happening although I was unconscious, but I'm just wanna help. She's my best friend." aku cuba memandang gadis tersebut dengan mata yang meminta simpati, tapi...

"Maaf, tak faham, bahasa Inggeris kan tu?" aku memandang gadis tersebut dari atas ke bawah, rambut merah, muka barat, yang laki tadi tu pun bukan muka melayu, takkan tak pandai bahasa Inggeris?

"Saya bukan dari sini." katanya lalu tersenyum seperti faham dengan pandangan pelik aku, tapi aku masih tak faham.

"Best friend tu kawan baik kan?" tanyanya, aku mengangguk laju, gadis tersebut meluaskan pintu lalu mengalih ke tepi, senyumannya menunjukkan yang dia sedang mengajak aku masuk ke dalam rumah.

WTFTTWhere stories live. Discover now