"Hokaloh, rumah papa, suka hati papa lah." dengan itu, papa bangun dari duduk dan berlalu keluar dari rumah, aku tercengang, begitu juga dengan Emery, mungkin dia menganggarkan satu jawapan yang lebih mencabar seperti,
"Err, tak ada pape." Ha. Penuh dengan saspen bukan?
"Kalau korang nak balik, bagitau Wara, Wara boleh sampaikan terus dekat papa." kepala papa yang tiba-tiba tersembul di muka pintu dipandang, dan kepala tersebut hilang semula dari pandangan.
"Jomlah kita balik, esok kau kena pergi sekolah."
"Alah, cuti sehari je ke?" tangan aku menyentuh leher, panas sudah menggendur, senang betul penyakit demam aku pulih.
"Cukuplah tu, kau kata hari Selasa ada kelas addmath, ni kau dah tertinggal kelas, tak puas lagi?" aku mendecit, tertinggal kelas je pun, aku pro addmath kot. (Riak detected)
"15 minit lagi aku turun, tunggu kat motor." Aku senyap sambil memerhati Emery yang mula menaiki tangga, aku menyandar kasar pada sofa, bibir dikeman sambil menjeling ke arah pintu.
Aku bangun, kaki mula melangkah menuju ke arah garaj, ada sesuatu yang perlu dikenal pasti.
×
"Em! Em!" aku hampir terlanggar Emery di pertengahan tangga, Emery sempat mengelak dari aku yang mahu merempuhnya, dan akibatnya aku jatuh sambil kedua belah tangan menahan pada anak tangga yang seterusnya.
"Apa?" tanyanya sambil membetulkan sarung tangan hitam, tangannya dihulurkan untuk membantu aku bangun. Sengih yang tidak dapat ditahan akhirnya tertayang, bajet cool je abang aku ni.
"Tu, kau tau tak ada satu pintu dekat garaj?" tanyaku sambil menarik tangan Emery menuju ke arah garaj.
"Tau..."
"Macam tak pasti je jawapan kau tu, alah pintu kayu yang ada ukiran macam daun tu..." Emery terhenti, lalu lengan aku dipegang untuk menghadapnya.
"Kenapa dengan pintu tu?"
"Bilik tu, serius cantik gila!" kataku, mata dibesarkan tanda teruja. Emery mengecilkan matanya.
"Then?"
"Ada rak dekat sekeliling bilik, pastu ada album gambar, kenapa aku tak pernah tau rumah ni ada album gambar?" Pelik, album gambar sepatutnya disimpan rapi di dalam rumah, lepastu semua album dekat bilik tu ada lock, tak pelik ke?
Emery diam.
"Weyh." tali begnya aku tarik perlahan. Emery memandang aku.
"Jom lah, pintu tu tak kunci..." ajakku, perkara tak normal okay kalau pintu dekat luar pengawasan tak berkunci, mesti papa lupa nak kunci, tak kisahlah bila dia masuk, janji ada segugus kunci tergantung dekat lubang kunci.
Sekali lagi aku cuba untuk menarik Emery, namun dia membatu, matanya kuyu, seperti sedih.
Sepuluh minit aku dan Emery berdiri di depan rumah, menghadap kolam renang yang berada di sebelah kanan.
"Kau tau tak?"
"Obviously, no." balasku.
"Papa ada rahsia, yang dia tak nak kita tau." dah nama pun rahsia, apa kejadah Emery meraban ni?
"Kalau aku bagitau kau satu benda, agak-agak kau percayakan aku tak?" mata Emery masih fokus ke hadapan, aku mengangkat kening.
"Contoh?"
"Apa dia?" Emery memandang aku.
"Tadi kau nak bagitau aku benda." Emery memandang aku, kemudian tersengih.
YOU ARE READING
WTFTT
Novela Juvenilnote: cerita ni dah tergantung sejak tahun 1798 France - US war jadi jangan baca, banyak lagi cerita yang sangat interesting dan yang paling penting completed aha <3 Sebuah fiksyen remaja yang tidak begitu remaja. . . . Kau pernah tau... bila ke...