49 ▪ Pembunuh

959 123 57
                                    

Malam yang sunyi seperti biasa membuatkan  aku terkenang masa lalu, masa di mana semuanya biasa, masa di mana keluarga kami pernah bahagia.

Mars di tangan aku gigit, Snickers yang terletak di atas meja aku biarkan Ailey datang ambil sendiri.

"Izal." aku membiarkan pemilik suara tersebut mengambil tempat di sebelah aku, bar coklat di atas meja dicapai.

"Kau tau tak siapa yang culik Eowyn sebelum ni?" aku mengangkat bahu, semenjak beberapa harini Eowyn nampak cuba untuk tidak mengungkit kes penculikkan dan kehilangan Adelyn, mungkin tidak mahu menimbulkan kesedihan.

"Oh, okay..." keadaan kembali hening.

"Manager tanya tadi, kau pergi mana? Kenapa tak masuk kerja?" Ailey diam, lama aku tunggu jawapan keluar daripada mulutnya, namun sia-sia, 5 minit terus berlalu tanpa sebarang suara.

"I'm just, erm aku pergi jumpa Emery tadi."

"Kenapa? Dia pun ada jumpa aku pukul 12 tadi, dekat kafe."

"Izal, kalau kau suka orang tu dah lama apa kau buat?"

"Tiba-tiba aje kau ni, dah kenapa?"

"Alah jawab jelah, kau buat apa?"

"Confess?"

"Lepastu?"

"Lepastu apa? Macam tulah, sama ada dia rela nak pergi tahap lebih jauh atau kekal sebagai kawan ajelah."

"Kau pernah kena friendzone tak Zal?" Ailey tersengih-sengih apabila melihat aku yang menjeling dia.

"Diam lah."

"Eowyn pernah friendzone kau eh?"

"Aduh Ailey, diam lah."

"Weyhhh betul lah ni Eowyn pernah friendzone kau?" aku mengigit coklat dengan perasaan geram sementara Ailey sibuk bertepuk tangan sambil ketawa kuat.

"Abang aku kena friendzone dowh. Hahahaha!"

"Kau apa tau? Tunjuk muka ais lepastu buat macam tak ada perasaan."

"It's not the real me though, buat apa kau nak risau."

"Jadi siapa crush kau?" pertanyaan aku membuatkan Ailey tersedak coklat, giliran aku pula tersenyum sinis sambil memandang mukanya yang mula berona merah.

"Siapa? Siapa?"

"Mana ada."

"Aduh Ailey, kau adik aku kot, kita kongsi rahim yang sama pada waktu yang berbeza."

"Memandai."

"Siapa? Harraf?"

"Harraf?" Ailey memandang aku dengan muka terkejut, salah ke? Yang dia selalu beriya sangat nak jumpa mamat tu bukan sebab suka?

"Dia kawan baik aku jelah." kemudian dia diam, memandang hadapan.

"Then?"

"Aku cuma, terkejut."

"Kenapa terkejut?"

"Erm, aku... ok mula-mula aku nak minta maaf dulu," aku mengangkat kening. "Abang Harraf yang culik Eowyn dengan Adelyn sebelum ni." mata aku terbeliak, aku bangun dari duduk kemudian berhadapan dengan Ailey.

Ailey yang terkejut turut bangun lalu berundur ke belakang.

"Kenapa baru sekarang bagitau aku?! Siapa lagi yang tau?!" aku meluru masuk ke dalam rumah lalu mencapai telefon aku, nombor Eowyn aku tekan segera.

WTFTTWhere stories live. Discover now