20 ▪ Leomery

1.2K 180 36
                                    

"Em! Backpack kid!" tayangan video di atas pentas aku tunjuk.

Terus aku dan Emery tergelak sampai tak ingat dunia, memang sejak aku tengok video ni dekat youtube, budak ni muncul je memang aku dan Emery takkan berhenti gelak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terus aku dan Emery tergelak sampai tak ingat dunia, memang sejak aku tengok video ni dekat youtube, budak ni muncul je memang aku dan Emery takkan berhenti gelak. Emery yang merah mukanya mencapai cawan yang berisi cocktail, selepas meneguk, dia meletakkan semula cawan ke atas meja.

"Aku dengar lepas persembahan kita kena pergi laman belakang." aku memandang Emery, dia yang sedang bermain telefon kemudian menutup skrin lalu memandang aku.

"Apa dia?" tanya aku semula.

"Laman belakang, ada parti." aku memandang Emery dengan muka blur.

"Lepas majlis persembahan apa semua ni, diaorang buat suprise parti dekat belakang, sebab tu tema majlis makan malam ni prom night." aku mengangguk dengan ragu-ragu, Emery bangun dari duduk, telefonnya dihulurkan kepada aku.

"Jagakan, nak pergi toilet jap." aku mencapai telefonnya lalu dibelek-belek.

"Nak tengok gambar tadi tau." Emery mengangkat tangannya kemudian berlalu pergi.

Selepas membuka skrin lock, aku menekan galeri dan terus ke gambar yang aku dan Emery ambil tadi, jari kemudian ditolak ke kiri, sehinggalah gambar sebelum ini.

Tiba-tiba telefon aku berdering, aku melihat nombor yang tidak diketahui tertera di atas skrin, aku membiarkannya lalu sambung melihat gambar.

Telefon berdering sekali lagi dan nombor yang sama tertulis di atas, aku melarikan jari ke atas skrin lalu telefon aku tekap ke telinga.

"Hello."

"Hello Eowyn."

"Siapa ni?"

"Beta."

"Celah mana kau dapat nombor aku ni?"

"Celah ketiak aku, aku ada benda penting nak cakap ni. Kau kat mana?" aku menjauhkan telefon aku dari telinga lalu sambung menolak jari ke kiri skrin telefon Emery. Aku terhenti pada satu gambar, lama aku tenung gambar tersebut, selepas dizoom sehingga lubang hidung manusia tersebut, aku melopong.

"Hello?"

"Haa ape?"

"Kau kat mana?"

"Majlis sekolah."

"Omg really? Yang majlis makan malam tu ke? Okay, dengar sini eh, aku dekat meja resepsi, dalam senarai ex-student aku jumpa nama sorang manusia ni, guess who?" aku masih memandang telefon Emery.

"Lamanya jawapan kau, aku jumpa nama Emery, man finally, aku nak jumpa kau sekarang, nak minta tolong kau cam kan muka, pleasee Eowyn..." aku diam lalu bangun dari duduk, telefon aku dilekapkan pada telinga dan telefon Emery dipegang erat.

Aku mencelah di antara kerumun manusia yang sedang berdiri sambil berbual sementara menunggu majlis bermula.

Kaki mula melangkah keluar dewan, selepas berkira mahu mengambil simpang ke kiri iaitu taman bunga, ataupun kanan untuk ke kolam renang, aku memilih kanan.

WTFTTWhere stories live. Discover now