56 ▪ Legasi

585 44 13
                                    

Telefon di kediaman Eowyn tidak diangkat, menyebabkan Ailey dan Beta terkandas di bahagian sekuriti utama di taman perumahan Moon.

"Apa jadi? Bukan semua orang ada dekat rumah ke?" Ailey menjawab soalan Beta dengan mengangkat bahu, Beta tidak berputus asa, dia memberitahu pengawal supaya menghubungi lot rumah Eowyn sekali lagi. 

Nasib menyebelahi mereka apabila telefon rumah tersebut diangkat, nafas manusia di seberang kedengaran berat, seperti baru habis melakukan marathon.

"Hello..."

"Jet? Kau ke ni? Semua sibuk sangat ke? Aku dah call banyak kali kenapa tak angkat?" Beta paling pantang dengan orang yang tidak menjawab panggilan, baru sahaja dia mahu sambung memarahi Jet, Ailey menghalang abangnya dengan pandangan mata.

"Izal sekarang bukan masa, suruh dia tekankan butang hijau dulu." Dia tidak senang duduk, sedari tadi sudah 3 kali dia menarik nafas dalam. Beta memandang Ailey risau, di tangan Ailey memegang sebatang kayu yang dibalut dengan kain putih pada bahagian yang dipegang.

"A... aku rasa aku sorang dekat rumah ni sekarang..." Kata Jet yang kemudiannya meletakkan gagang telefon.

"Jet?" Ailey memandang Beta, lampu LED yang bernombor lot rumah Eowyn yang tadinya merah sudah berubah hijau. Tanpa membuang masa, Beta terus menekan pedal minyak keretanya sehingga ke kediaman mereka.

"Jet? Kenapa kau sorang? Mana yang lain?" tanya Ailey sebaik sahaja terserempak dengan Jet yang membuka pagar untuk mereka, Jet mengangkat bahu dengan muka keliru, Ailey memandangnya lama, tangan Jet digenggam manakala Beta terus berjalan masuk ke dalam rumah.

"Jet. Jet pandang aku." Ailey memandang muka Jet dalam, kulit putih bersihnya kelihatan lebih pucat daripada biasa, rambut putih ibarat aisnya biasanya disikat ke atas, tetapi kali ini, ianya jatuh ke dahi, matanya kuyu memandang Ailey.

"Kau okay?" Jet mengetap bibirnya, tangannya mula menggigil dan dadanya mula turun naik, "Jet rileks." Ailey menarik tangan Jet ke pavillion, selepas melabuhkan punggung, Ailey mengambil bantal lalu dialas sebagai sandaran Jet, rantai yang dipakai Ailey dibuka lalu dia hayunkan di hadapan Jet.

Jet mengenggam tangan Ailey, matanya kosong, " Ailey tolong aku."

"Jet, pandang rantai ni." Anak mata Jet mengikut hayunan rantai Ailey, "tarik nafas dalam-dalam," Jet mengikut arahan Ailey, matanya mula tertutup secara perlahan-lahan. "Tarik nafas, rileks, jangan risau, tak ada apa yang ganggu kau."

5 minit berlalu, Ailey yang sedari tadi tidak berubah kedudukannya perlahan-lahan mengalihkan kakinya yang mula terasa kebas. Mata Jet terbuka perlahan-lahan, Beta yang tiba-tiba berlari keluar dari pintu terus mendekati mereka.

"Bilik kerja Dean bersepah." kata Beta, Jet menjeling batang bojutsu Ailey disebelahnya.

"Kenapa kau bawak benda ni Ailey?" 

"Aku taktau. Aku rasa nak bawak tadi." Jawab Ailey jujur.

"Kau tau apa jadi dekat Dean dengan Maya?" Tanya Beta kepada Jet, Jet memandang kolam ikan di sebelahnya, seperti biasa, ianya terbias permandangan balkoni rumah MT, terkejut, Jet mengalihkan pandangannya ke arah balkoni tersebut.

"What the hell." gumam Jet.

"Kenapa?"

"Kau tak nampak ke?" Beta dan Ailey berpandangan, "nampak apa?" tanya mereka serentak.

Beta mula hilang sabar, dia memegang bahu Jet lalu digoyang kasar, "jangan tukar topik Jet! Jawab soalan aku!" Ailey menolak tangan Beta, "sht ubat kau," dia kemudian menarik abangnya ke arah paip berdekatan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 22, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

WTFTTWhere stories live. Discover now