41 ▪ I'm So Sorry

758 113 20
                                    

Aku tergamam apabila mata memandang Delyna yang duduk tegak di atas bangku tinggi dengan kanvas di hadapannya, berus yang berterabur di meja sebelahnya diabaikan, jarinya penuh dengan cat poster pelbagai warna, dia tidak berhenti menconteng, langsung tidak menggunakan berus.

"Semenjak Lyn hilang, nilah kerja dia." aku mengetap rahang, langsung tidak berani untuk menatap muka ayah kepada kembar Aurora, uncle Daud.

"Sorry uncle." Gumamku, entah dia dengar atau tidak apa yang aku cakap.

"Maaf sebab libatkan kamu sekali Eowyn, uncle rasa bersalah sangat." Aku kembali menatap Delyna, bahunya terhinggut-hinggut, belakang telapak tangannya digunakan untuk mengelap muka, kemudian tangannya kembali berlari di atas kanvas.

"Ni semua salah uncle, kalau bukan sebab uncle tak bagi perhatian yang sepatutnya dekat mereka berdua, mesti benda macamni takkan terjadi." Aku memeluk erat diari biru muda, berhenti bercakap uncle. Tolonglah.

"Uncle redha. Tapi uncle betul-betul berharap sesiapa yang ambil Adelyn tolong pulangkan balik anak uncle." Mata yang bertakung aku kesat kasar, sampai bila aku nak menangis, kenapa aku asyik play victim sedangkan Adelynlah mangsa yang sebenarnya.

Beranikan diri Eowyn. Bagitau ayah kawan baik kau yang kaulah punca semua ni berlaku.

Ah berani? Kau berani ke Eowyn Rafifah? Kau penakut!

Tingkap kaca besar yang memaparkan keadaan di dalam studio melukis aku pandang semula, Delyna termenung memandang kanvas di hadapannya, tangannya kemudian naik mengusap lembut permukaan kanvas.

Kalau aku dapat tengok muka Delyna secara berdepan sekarang, mesti creepy habis.

"Lyna uncle tengok makin hari makin senyap, kadang-kadang dia selongkar bilik Lyn, bila ditanya apa yang dia cari, dia kata diari, password, uncle tak faham."

Aku menelan liur.

"Uncle sedar semenjak hujung tahun lepas, uncle dah kurang faham dengan anak sendiri." Semakin kuat aku memeluk diari kedalam dakapan, tiba-tiba Delyna memusingkan badannya lalu menghadap kami.

Muka Delyna macam orang yang nak pergi berperang, bezanya warna di mukanya bukan hitam hijau tua. Tetapi berwarna-warni, kedua belah pipinya terdapat cat biru merah, tepi bibirnya pula putih kuning.

Eh, aku baru describe warna Jalur Gemilang ke?

Delyna memandang aku tajam, secara automatik aku menelan liur lalu berundur setapak ke belakang.

Ya Tuhan, tolong selamatkan aku daripada Delyna Aurora binti Daud yang mukanya baru on mood membunuh.

-×-

"Ada apa kau cari aku?" tangan dan pipi Delyna kini bebas dari sebarang warna, sebelum memasuki studio ni, aku dah pun simpan diari ke dalam beg sandang aku.

"A... aku cuma saja datang cari kau." jawabku dengan nada gugup, Delyna mendengus.

"Apa kata kau cari kakak aku?" bang! Tepat ke jantung.

"Kitaorang tengah usahakan..."

"Ohh usahakan..." tangannya disilangkan ke dada. "Jadi ada perkembangan?" aku mengangguk laju.

"Apa perkembangannya?" aku terus mencarut di dalam hati, aduh, Emery nak bagitau tadi tak nak dengar.

"Takda?" berapa lama entah aku terdiam, terus Delyna menyerang aku dengan tanggapannya, memang benci habis minah ni dengan aku.

WTFTTWhere stories live. Discover now