01 ▪ The Jewelry

5K 465 62
                                    

Pintu 99 speedmart menjadi sandaran, aku menyilangkan tangan ke dada sambil tersenyum senget memandang Emery dari jarak jauh. Emery kelihatan sedang menyusun stok-stok barangan yang hampir kehabisan ke atas rak. Aku berjalan ke arah berdekatan dengannya, sebotol air coke aku ambil lalu berjalan ke kaunter, dia tidak perasan dengan kewujudan aku.

Sedang aku membuka dompet untuk membayar kepada akak penjaga kaunter yang putih melepak ditambah dengan muka lawa itu, seseorang menyambar dompet aku dari belakang.

Terkejut, aku terus berpaling.

Akak kaunter nampak tersentak, mungkin disangka kes samun namun apabila melihat salah seorang rakan sekerjanya yang bertindak sebegitu, mukanya yang terkejut habis tadi kembali tenang.

Aku mengerutkan dahi, tangan dihulurkan untuk meminta semula dompet aku.

"Kau datang dengan apa?" tanya Emery.

"Kaki aku yang lawa ni. Asal?" tangan aku dimasukkan ke dalam poket sweater, baju hitam yang dipakai Emery aku jeling sekilas, tangan kanan dikeluarkan, habuk yang melekat di bajunya aku tepuk.

Emery memberikan semula dompet aku lalu sekeping not hijau aku keluarkan dari dompet, akak kaunter yang tersenyum sedari tadi membuka mulut.

"Adik?" tanyanya kepada Emery, Emery sekadar tersengih, tangannya diletakkan ke dalam poket seluar.

Bagus kak, nasib akak ni tak cakap aku girlpreng abang aku sendiri, biasanya aku baca novel kalau adik-beradik keluar sama-sama...

"Couple?" sila meninggal, aku dengan abang aku, aku tengok sweet semacam pun, 10 kali keluar sama-sama, 10 kali orang boleh agak adik-beradik.

Mungkin tak ada sense of couple?

"Sibuk je Yura." balas Emery.

Aku menjelingnya, apa kasar sangat dengan perempuan.

"Kau tengok muka dia ni ada iras aku ke?" Emery menolak pipi aku ke depan dari belakang aku, secara refleks aku menyiku perutnya kuat.

"Bapak ganas kau ni, baru nak hantar kau balik, jalan kaki lah kau." Emery terus berlalu pergi, meninggalkan akak kaunter yang sedikit ternganga dengan aksi spontan sebentar tadi.

"Terima kasih." botol coke aku ambil dan aku terus berlalu pergi dari 99 speedmart.

Dalam perjalanan balik, aku terfikir soalan Emery tadi, dia bermuka mat salleh mengikut papa manakala aku bermuka melayu mengikut mama, yang aku dapat dari genes papa hanyalah senyuman, mata aku berwarna coklat cair manakala mata Emery berwarna biru muda, memang tak ada iras adik-beradik pun.

Sambil berjalan, kaki tidak berhenti dari menyepak batu kecil di tepi jalan, selepas berjalan selama 15 minit, aku melangkah masuk ke dalam perkarangan kondominium, kad akses disentuh pada permukaan sensor, bunyi 'klik' kedengaran, aku menolak pintu kaca lalu masuk ke kawasan menunggu lif.

Butang lif ditekan, pintu terbuka, aku menapak masuk ke dalam lif lalu menyentuh kad pada sensor di bahagian paling bawah pada butang nombor.

Menyusahkan, selagi kad tidak disentuh, selagi tu nombor 28- tingkat di mana aku tinggal tidak dapat ditekan. Perkara yang sama dibuat lagi sebelum memasuki kawasan lot rumah, kad disentuh lagi, pintu dibuka dan dipastikan tutup rapat agar kad tidak disekat.

Dan sekali lagi, kad disentuh pada sensor dan pintu kaca aku tolak, kunci dimasukkan ke dalam lubang pintu kayu, timbol dipulas dan akhirnya terbuka, finally home.

Kunci dan kad akses aku campak ke atas kaunter yang tidak jauh dari pintu masuk. Badan aku rebahkan ke atas sofa selepas membuka penghawa dingin.

Rumah yang sunyi, didiami oleh aku dan Emery, aku tak reti memasak, Emery yang paling hebat kalau bab dapur, kerja rumah aku yang buat secara keseluruhan, kalau mengharapkan Emery, dah ada 10 keturunan pun aku tak rasa dia akan basuh pinggan mangkuk yang dia guna.

WTFTTWhere stories live. Discover now