"Ad?" aku memandang Adelyn yang semakin jauh akibat aku yang ditarik oleh Ailey dan Emery sekaligus. Aku memusingkan badan ke arah mereka untuk memberitahu supaya melepaskan tangan aku.
Pelik, bukan tadi aku ke yang tarik Emery? Apehal dia yang tarik aku pulak ni?
"Em, Ailey, lepas kejap." mereka melepaskan tangan aku lalu aku memusingkan badan, lampu dimalapkan dan kumpulan tadi telahpun hilang. Aku terpinga-pinga di tengah dewan, Emery membawa aku ke arah meja tadi lalu kami bertiga duduk di satu meja yang sama.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tetamu harini, tak kisahlah fiver, ex-students, special guest or VIP, welcome to your tapes, err I mean welcome to Cendana's annual dinner!" tepukan gemuruh diberikan kepada pengacara majlis tersebut, Juan.
Bekas hancur (crush) aku, rambut nenas bak kata Danielle Bregoli, badan yang sedang dan tinggi lampai, typical lelaki idaman setiap perempuan.
"Do you guys enjoy the dinner prepared? Western and asian food, which one do you guys prefer?" aku tak berapa fokus dengan bab pengacara beramah mesra dengan tetamu, mata aku memerhatikan seluruh dewan, masih tidak berpuas hati kerana tak jumpa Adelyn.
"The girl in blue-gray dress." tiba-tiba aje lampu dewan diarah dari atas kepala aku, aku memandang depan, Juan sedang tersenyum manis memandang aku.
Aku yang tidak pasti dengan keadaan semasa memandang Emery, dia memandang aku semula sambil mengangkat kening.
"What happened?" bisikku kepadanya.
"Kau tak dengar ke tadi?"
"Tak, apa jadi?"
"Dia suruh kau listkan movie yang ada Johnny Depp dengan Helena Bonham Carter." aku ternganga, Johnny Deep aku taulah, Selena Bomham Kata tu siapa pulak?
"Who the hell is she?" Emery memandang pentas sambil mengangkat bahu kepada Juan, sekeping kertas dihulurkan kepada aku dari bawah meja, aku memandang ke tempat duduk sebelah kiri aku, kertas yang diberikan aku sambut.
Aku berdiri lalu membetulkan baju, Juan membuat isyarat, menyuruh aku naik ke pentas, tangan aku mula sejuk, kaki yang sedikit menggigil digagahkan juga untuk naik ke pentas, kalau bukan sebab aku dah berdiri, mungkin aku dah sorok bawah alas meja, takpun dalam kot Emery.
Kaki mula melangkah naik ke tangga pentas, Juan menghulurkan mikrofon yang dipegang kepada aku, selepas menyambut dengan kelajuan siput, aku membuka kertas yang sedari tadi dironyok tanpa sedar di dalam genggaman.
"No notes Eowyn." kata Juan sambil tersenyum nakal, aku memandangnya dengan pandangan menyampah, yang hengko dekat-dekat dengan aku sampai bau kologne kau aku dapat bau ni pehal. Aku melangkah dua tapak ke kiri, tetamu yang memandang kami dari tadi mula ketawa perlahan.
"I can't have a note? What if I don't know the answer?" tanya aku.
"Talian nyawa."
"Kau fikir ni who wants to be a billionaire ke?"
Juan mengangkat bahu, dia menghulurkan tangan, aku yang tak faham memberikan kertas yang diberikan tadi, Juan ketawa, kertas disimpan ke dalam poket lalu dia menghulurkan tangannya semula.
"Hukuman, a dance with me." aku membeliakkan mata, eh gila apa, aku taknak, aku memusingkan badan dan mula berlari, tetapi tangan aku ditarik dan aku terpusing, terus ke dalam dakapan Juan.
Selepas meremang dan menjeling Juan penuh dramatik, aku menolak Juan dengan tangan kiri dan cuba untuk lari lagi. Tetamu yang ada ketawa terbahak-bahak, termasuk si pemberi nota, Adelyn.
"I've been rejected guys," Juan menolak hujung bibir ke bawah, "anybody who's willing to have a dance with me? Untuk gantikan Eowyn?" aku mengusap rambut depan aku yang mula melekat di dahi akibat malu dan gementar semasa lari turun pentas, aku menyembamkan kepala aku ke bahu Adelyn.
"Tak gunaaaa Juan, babun bontot pink, dasar rambut pineapple bau kologne kuat macam loji kumbahan." jerit aku dengan suara tertahan. Adelyn ketawa, dia menolak kepala aku dari bahunya, terasa sejuk seperti besi menyentuh kepala, aku mengangkat muka, cincin Adelyn terkena dahi aku.
"Our princess tonight? The friend of the one who rejected me just now?" aku memandang Juan, mamat ni dah desperate sangat ke sampai panggil aku dengan Adelyn ni? Adelyn menggeleng sambil tersenyum, Juan mengangguk.
"Fine, no fun lah korang ni, next activity please." pentas diturunkan dan menjadi rata dengan lantai, tetamu lain kagum dengan keadaan yang baru dilihat mereka, Adelyn yang tengah menggumam entah apa menepuk tangan.
Aku berdiri dan menyelinap diantara manusia yang mula berdiri, lampu pentas diarahkan ke sebuah pintu di belakang pentas yang telah menjadi lantai rata tadi.
"Enjoy your party tonight!" mula-mula mereka terpinga-pinga, tetapi selepas beberapa orang diantara mereka melangkah ke pintu belakang, mereka bersorak kuat dan diiringi dengan lebih ramai manusia yang excited.
"As planned." kata Adelyn sebelum menarik lengan aku.
Baru sahaja kaki memijak tanah di sebalik dewan ini, aku menekup mulut, ini kali pertama aku datang ke parti yang direka dengan cantik gila ni, sesiapa saja party planner mereka, dia memang manusia yang kreatif dan bijak menceriakan keadaan.
"Siapa party planner dia ni? Wahhh aku nak jemput dia plan kan majlis kahwin aku lah macamni." aku berjalan ke tangga yang menuju ke bawah sambil menarik Adelyn, siapa kisah dengan kasut tumit tinggi 4 inci yang aku tengah pakai, yang penting sekarang aku nak pergi coklat fountain setinggi 3 kaki tu.
"Aduh." aku berhenti berlari, benda apa yang aku baru tersepak ni, aku mengapai lampu yang diikat pada tali yang disangkut pada pokok di atas kepala aku lalu disuluh ke tanah.
"Apa bendanya ni? Bunga kantan? Apehal ada bunga kantan dekat sini?" aku menoleh ke arah Adelyn, dia sedang menahan senyum lalu tangannya direnggangkan, mencapai tiga batang bunga kantan yang salah satunya telah jatuh ke tanah.
"Nice, sesuai dengan baju aku." Adelyn mengetuk ketiga-tiga bunga tersebut ke batang pokok untuk menghilangkan tanah yang berlebihan, aku memandangnya pelik, kemudian pandangan dialihkan ke bunga tadi.
"I don't get it, kalau tengok dari batang bunga tu, jenis yang dah cantas lama lepastu memang dah sedia untuk jual dekat kedai, siapa pulak yang cucuk dekat sini?" aku memandang pokok yang lain, manalah tau ada bunga yang sama.
"Alah kecoh lah kau, jom ah duduk, aku nak ambil dessert jap, duduk kat bar sana, order air apa-apa yang kau nak." Adelyn berlalu pergi selepas menolak lembut bahu aku, aku memandang sekeliling, tau pulak Adelyn ada bar dekat sini, aku memanjangkan leher, tengok bar tersebut di arah mana.
Sedang aku melangkah dengan penuh ayu ke arah bar, Adelyn muncul di depan aku sambil tersenyun lebar, aku senyum balik tetapi dia berjalan melepasi aku.
Kecilakaan apakah ini? Aku memusingkan badan, dan aku nampak MT aka Harraf Ukail, tengah menggosok kepala Adelyn yang tengah tersenyum bahagia, Harraf tunjuk ke arah bunga di tangan Adelyn dan Adelyn menayangkan di tepi mukanya sambil tersenyum comel.
Allahu, aku rasa aku ni potato pulak tiba-tiba, Adelyn memusingkan badan, memandang aku dan matanya terbeliak.
"Bab- Eowyn!" MT terlompat, masa kembali normal, kenapa benda tadi macam berlaku dalam slow motion, asal Adelyn comel sangat tadi?
Oh ya Allah, aku bukan les, cuma Adelyn tu dah macam ciri-ciri seorang girl crush dah, tapi...
Kenapa MT usap kepala Adelyn tadi? Kenapa dia dekat sini? Eh haahlah, Adelyn bukan ex-student form 5, apehal dia ada dekat sini?
"Kau kenal dia ke Kai?" Adelyn memandang MT, MT memandang aku, aku memandang mereka silih ganti.
Yap, satu lagi persoalan muncul.
×
YOU ARE READING
WTFTT
Fiksi Remajanote: cerita ni dah tergantung sejak tahun 1798 France - US war jadi jangan baca, banyak lagi cerita yang sangat interesting dan yang paling penting completed aha <3 Sebuah fiksyen remaja yang tidak begitu remaja. . . . Kau pernah tau... bila ke...