34 ▪ Confession Night

1.2K 131 32
                                    

# Chapter paling panjang yang aku pernah tulis setakat ni, sila sediakan kopi, popcorn dan gula-gula.

Aku meneliti skrin di tepi pintu, dizoomkan, dan di unzoom semula, sah, ada dua manusia yang tengah berdiri di luar pagar rumah.

"Adelyn!" aku menjerit memanggil Adelyn yang aku tinggalkan sebentar tadi untuk melihat siapa yang menekan loceng, Adelyn dengan garfu kecil masih di tangannya menjengukkan kepala.

"Ape?"

"Tengok ni!" Adelyn berjalan malas ke arah aku, skrin aku zoom kan ke satu-satu muka.

"Haa dah sampai dah, bukak ah pintu." aku memandangnya pelik. Dah sampai? Dia tau ke diaorang nak datang? Takde orang telefon ke rumah pun.

"Aku dah jawabkan tadi. Hehehe." jawab Adelyn sambil tersengih-sengih ibarat persoalan tertulis di dahi aku, bunyi loceng ditekan sekali lagi, terlompat aku dibuatnya.

"Bukaklah cepat, kesian diaorang panas-panas dekat luar tu."

Aku bukan nak kata Adelyn ni bangang ke apa au, tapi mana ada matahari pukul 2 pagi macam ni?!

-×-

"Yarghhh omaigod rindunya kat korang!" aku memeluk Mila dan Delyna sekaligus lalu berpusing-pusing di tengah ruang tamu, mereka berdua turut melakukan perkara yang sama.

Pelukan aku lepaskan dan aku tertangkap muka Adelyn yang tersenyum nipis di tepi sofa. Perlahan-lahan, dia duduk di atas sofa lalu sambung menyuap keknya.

"Weyh kita lupa ajak Ad." bisik aku kepada dua monyet di hadapan aku.

"She's okay, dia yang plan ajak jumpa harini." Delyna menyelongkar beg kertas di tangannya sambil menjawab persoalan aku.

"Tapi sekarang pukul 2 pagi?"

"Esok lah tu kan?" jawab Mila pula, eh dua manusia ni.

"Mak ayah korang bagi pulak?" terus Mila dan Delyna memandang di antara satu sama lain.

"Ayah aku tak tau." Delyna tersengih, "Mak aku yang hantar." disebabkan teringat yang mak dan ayah Adelyn dan Delyna sudah mula tidak sehaluan, aku diamkan sahaja.

"Aku suruh Dahlia panggilkan Uber untuk aku-"

"Woi, uber apa sia pukul 2 pagi macamni?"

"Lek lah, tak habis cakap lagi. Lepas check yang ada Uber tapi Dahlia takut bagi aku naik sorang-sorang, aku call nombor Del yang dia hantar alamat dekat Dahlia tadi, dia kata mak dia boleh ambik, haaa kat sinilah aku sekarang, by the way ayah aku taktau."

Delyna ada nombor Dahlia? Eh, macam mana sia?

"Kalau ayah kau kerah semua anak buah dia turun padang sampai dekat rumah aku, aku taktau eh, taktau." sambil itu aku berjalan ke arah sofa lalu duduk berhadapan dengan Adelyn.

"Alahhh apa taktau pulak, ni rumah kau kot." aku menggelengkan kepala sambil mencapai balang popcorn haritu. Sebiji dimakan dan aku telan dengan payah, lemau. Aku menutupnya lalu balang disimpan semula.

"Tumpang tanya." serentak kami memandang Delyna yang duduk di sebelah kakaknya.

"Kerah anak buah? Oh dan siapa Dahlia? Aku ingatkan tu nombor baru kau." tanya Delyna, Adelyn terus memandang aku yang sedang menggigit lidah, Mila kekal tenang, balang popcorn yang aku letakkan tadi dia capai semula.

WTFTTWhere stories live. Discover now