47 ▪ Gambar

795 114 67
                                    

Aku meletakkan jari pada pengimbas lalu melangkah masuk selepas pagar dibuka, pengawal yang berjaga di pondok mengangkat tangannya lalu aku membalas, selepas aku berjalan melepasi pancuran air di tengah laman, aku terhenti.

Bola mata bergerak ke kiri, aku ternampak Emery dan seorang lelaki asing sedang duduk di pavilion, masing-masing menunjukkan muka serius dengan kertas berterabur di atas meja.

Aku berjalan mendekati mereka lalu menjeling ke arah kertas-kertas tersebut, perasan dengan kewujudan aku, lelaki asing tadi memandang aku dengan senyuman nipis.

"Hui, korang buat apa dekat sini?" Emery memusingkan badan apabila terdengar suara aku, tangan aku ditarik dan sebelum aku sempat membuka kasut, aku ditarik ke bawah bumbung pavillion.

"Kitaorang tengah siasat latar belakang Haziq Ukail tu, sebab tu aku blah terus tadi." aku cuma melengkungkan sedikit hujung bibir lalu salah satu kertas aku ambil.

"Ni nombor pendaftaran nombor telefon Harraf, ic palsu, pandai betul dia." dia atau abang dia?

Kertas yang lain aku ambil.

"Ni latar belakang Haziq, semua maklumat dalam tu tak ada dalam jabatan pendaftaran, nampak gaya dia hidup dalam bayang je selama ni."

"Maksud kau? Dia dengan Harraf sekali? Boleh ke?"

"When there's money, everything is possible, tengok kantoi atau tak je." aku menelan liur lalu menjeling kertas yang tertulis hak milik rumah.

"Tu maklumat tanah, rumah sebelah tu bawah nama pemilik lama, selama ni dia sewa je rumah tu." aku diam lalu kasut ditanggalkan.

"Dia mesti ada orang lagi besar yang tolong dia dengan semua benda ni." lelaki asing tadi memandang Emery, aku duduk di antara mereka lalu menongkat dagu.

"Obviously, dia muda lagi kot, takkan ada pengalaman dalam semua benda ni kalau tak ada orang atasan." aku cuma diam sambil memerhatikan kedua jejaka tersebut berbincang.

"Aku dah siasat latar belakang Harraf, dia memang tak sekolah selama ni, Haziq pun sama, aku dah pergi rumah lama diaorang dan diaorang kata tak ada orang nama Haziq dan Harraf yang pernah tinggal sana."

"Takkanlah nama pun guna nama palsu? Dan Ailey kata dia kenal Harraf dengan abang dia sejak abang dia ulat buku lagi."

"Ha, itu aku taktau."

"Tapi- ugh, tak logik gila do kau ni, banyak lagi kot cara untuk siasat dia tapi kau dapat maklumat seciput ni je?" aku memerhatikan riak wajah lelaki asing yang tersenyum memandang Emery.

"Well, let just say Haziq comes off clean, dan dia punya boss is the best I don't know, best boss ever?" Emery mengeluh, lelaki tadi memandang aku dengan kening terangkat.

"Adik kau ke?" matanya yang terus memandang tepat ke mata aku menghantar sesuatu perasaan ke seluruh badan, aku menyilangkan tangan ke dada, gila, aura dia lagi kuat dari Bora.

"Takdelah, nenek aku. Dah, berapa upah kau haritu? Aku lupa."

"Takpelah, aku bagi free, aku sendiri pun tak puas hati dengan pencapaian aku kali ni. Kalau ada apa-apa cari aku lagi tau."

"Mimpi lah kau, kau penyiasat peribadi paling teruk yang aku pernah jumpa." lelaki tersebut tergelak kecil, dan sekali lagi dia membuat pandangan mata dengan aku.

"Siapa nama kau?"

"Ew dude, aku abang dia okay? Rule number one, do not tackle a girl when her brother is around."

Aku dan lelaki tersebut melawan pandangan, ada sesuatu tentang lelaki ni yang aku tak suka, sesuatu seperti... bahaya.

"Aku Alex." dan Alex diseret keluar oleh Emery sebelum sempat aku membuat respon apa-apa.

WTFTTWhere stories live. Discover now